Thursday, November 29, 2012

Bulatan Gumbira Kita. ^_^

Salam Jumaat!
=)

Alhamdulillah, kita mulakan malam Jumaat kita, dengan penemuan Moonbow. Yes, u read me right. Moonbow instead of Rainbow. Sebab biasanya kita melihat pelangi selepas hujan. Tapi malam ni, kita melihat pelangi di kala bulan purnama.

~7.00 malam, 29/11/12.. =D


Seterusnya, kita sama2 mengambil pengajaran dari surah Al-Israa', ayat 1-11.
Mengkaji asal-usul bani Israil dan perbezaan Yahudi dan Zionis.
Kita diingatkan lagi tentang Al-Quran sebagai pedoman hidup kita. Surat chenta kita? ;)

Dan kita dihidangkan dengan nasi lemak, air tangan org utagha. Eh. Hehe..

Seterusnya, cik pentazkirah kita bercerita tentang sejarah Turki Uthmaniyah!

Tentang keyakinan para sahabat Rasulullah terhadap hadis baginda,
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dan sejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik raja yang telah memimpin sebaik-baik tentera, lalu menawan Konstantinopel, yang kini dipanggil Istanbul.
Baca kisahnya di sini.

Kita juga belajar tentang sejarah pemerintahan Turki, bagaimana Kamal At-Tartuk mengambil tampuk pemerintahan secara licik. Bagaimana sistem2 islam sebelum ini, ditukar kepada sistem sekular, lantas menghilangkan nilai-nilai islam di Turki. Dan lain2 yg sy x sempat nak salin, sbb syok sgt mendengar. Hehe.

Kita juga menyambut bday salah sorang dari kita. Semoga diredhaiNya.

Yes,biri2 kegemaranmu. =)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga amal kita yang sedikit ini, diredhaiNya, dan menjadi bukti kasih sayang kita keranaNya.

Dear usrati.
Sooner or later, kemenangan islam itu pasti.
Are we part of it?
InsyaAllah, biidznillah.


=)

No comments:

Post a Comment