Friday, November 2, 2012
Hati. Limau. Atom.
Pesakit: Assalamualaikum Doktor. Boleh tolong saya tak?
Doktor: Waalaikumsalam WBT. InsyaAllah, saya cuba ye.
Pesakit: Tengkiu2. Sakit sangat ni doktor. Tak tahu nak buat macam mana.
Doktor: Cecita sikit, sakit apa?
Pesakit: Sakit hati.
Doktor: -.-
Simple Maths.
Hakikat bahagia= Merasa Tenang.
Tenang = Mengingati Allah.
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd :28)
Mengingati Allah = Baca Al-Quran.
Al-Quran: Pengubat Penyakit2 Hati.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah pertunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus: 57)
Diberi analogi. Tangan yang luka dan limau yang diperah atasnya.
Maka tangan yang luka dan sakit itu, bertambah sakit lagi.
Siapa yang bersalah, tangan yang sakit, atau limau yg diperah itu?
Jawapannya, tangan yang luka tu.
Sebab, kalau dia tak luka, masakan terasa sakitnya bila limau itu diperah.
Takkan la limau tu yang bersalah. Buat mcm mana pun, limau tu tetap begitu sifatnya.
Masam dan berasid.
(Saya mula2 tak boleh terima analogi ni. Boleh terima explanation dia je. Hoho)
Tangan yang sakit = Hati yang sakit.
Limau = Cubaan dan dugaan dalam kehidupan.
Hati yang sakit, yang penuh perasaan hasad dengki, iri hati, buruk sangka. Tatkala berhadapan dengan dugaan kehidupan yang x pernah berpenghujung ni, pasti akan bertambah parah sakitnya. Disalahkan takdir. Dicaci maki diri sendiri dan orang lain. Tiada yang positif dalam hidupnya.
Tapi, hati yang bersih, yang aman dan tenteram. Kasik lah apa dugaan pun. Senyum pasti terukir. Kesyukuran pasti meniti di bibir. Kerana dia tahu, ujian2 itu kan, tandanya Allah sayang? (Tak kisah la kalau ianya berbunyi perasan. Tak salah bersangka baik dengan Tuhan kan?)
Mengambil ibrah dari atom.
Yang didalam nucleus itu, ada unsur2 neutral dan positif. Yang di sekelilingnya itu, ada unsur2 negatif. Dan semuanya itu membentuk sebijik atom.
Samalah macam kita. Kengkadang baik, kengkadang kurang baik, kengkadang biasa2 aja. Maka, di kala kita rasa kita baik tu, janganlah sombong dan takbur, kerana sesungguhnya, kita terlihat baik kerana Allah telah menyembunyikan aib2 kita.Dan bila kita terkurang baik tu, carilah jalan supaya kita tak kekal begitu. Mohonlah keampunan atas kesalahan kita itu.
Sekian untuk hari ni. Salam Jumaat. Kahfi Jom?
=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment