Monday, November 12, 2012

Muslimahku Sayang.

Salam 'Alayk.

Mencilok dan mencedok dari post fb seorang kawan,

"Diriwayatkan daripada Sayyiduna Ali -'alaihissalam- bahawa beliau sedang berada di samping Rasulullah -sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam- ketika baginda bertanya, "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Para sahabat diam tidak menjawab.

Sayyiduna Ali berkata, "Kemudian saya pulang ke rumah dan bertanya Fatimah -'alaihassalam- : "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Fatimah menjawab, "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka."

Kemudian saya memberitahu Rasulullah tentang jawapan Fatimah itu, lantas baginda bersabda, "Fatimah itu sebahagian daripada saya."

Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu'aim dalam al-Hilyah.

Gambar Random.

Dalam sebuah ceramah oleh Abu Usamah At-Thahabi, beliau kemukakan sebuah hadis yang berbunyi,

"When the servant marries, then he has completed half of the deen. Then let him fear Allah (Taqwa) with regard to the remaining half" (Saheeh ul-Jaami no.443)

Malah, ada ulama (baca: ada, bukan semua) yang mengklasifikasikan orang yang tidak berkahwin itu sebagai pendosa. Erk.



Duhai muslimahku sayang.

Terkadang, aku melihat seorang muslimah itu, terlalu memandang berat isu mencari "her other half of the deen", tetapi kurang menjaga diri supaya "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka." Kadang2, seorang muslimah tu lupa, soal pasangan hidup ni kan, urusan Allah. Memang kena usaha, tapi padaku, usaha itu adalah dengan memelihara diri dan menguatkan hubungan dengan Allah, bukan dengan memperlihatkan kepada dunia, akulah muslimah idaman! Erk.





"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Duhai muslimahku sayang.

Hati yang satu itu, jika tidak dipelihara dengan sebaiknya, jika jauh dari Allah, maka akan keraslah ia, kotorlah ia dan busuklah ia. Hati yang macam ni, akan mudah dikuasai oleh syaitan, lalu mengakibatkan anggota2 badan yang lain turut melakukan perkara2 yang tidak disukaiNya.

Allah.

Duhai muslimahku sayang.

Pengharapan sebenar itu seharusnya diletakkan kepada Allah semata-mata. Serahkan hati kita padaNya, semoga terpelihara.

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment