Tuesday, January 8, 2013

Baju.




Bila dunia ini berakhir waktunya
Bila nafas ini terhenti helanya
Hanya amal saja, kan kubawa

Slalu ku katakan Islam agamaku
Slalu ku janjikan patuh suruhanMu
Namun slalu aku mendustakanmu

Jangan siksa aku
Di alam kuburku
Sucikanlah aku
Dari segala dosaku

Cukupkah amalku?
Bertemu denganMu
Tak ingin terjatuh dalam Neraka.....

Analogi tak-tahu-relevan-ke-tak.

Setelah bersusah payah merendam, memberus, membilas, menjemur dan menggosok baju anda yang chantek lagi bergaya itu, bila pakai, mesti rasa sayang bila dia kotor kan. Ke tak?

Begitulah islam.

Setelah bersusah payah ber-blind-date dgn makcik Hidayah, berjuang sehabis baik menanggalkan karat2 jahiliyah, bermati-matian memperjuangkan betapa islam itu indah, sepatutnya mestilah rasa sayang nak kotorkannya dengan perbuatan2 maksiat dan apa2 yang bertentangan dengan islam, kan. Ke tak?

*Gigit kuku*

Banyak lagi nak kena belajar ni. Haihh.


Memetik status LangitIlahi di MukaBuku .

"Hari baru adalah peluang untuk bertaubat dan bergerak lebih dekat kepada Allah. Manfaatkan dan jadikan hari baru anda lebih baik dari semalam.

Hari semalam yang telah kita tinggalkan, tidak mungkin kita kutip semula. Hari baru yang masih terus ada dengan kita hari ini, kita manfaatkannya dengan bersungguh-sungguh.

Perbaiki silap yang lepas dan terus berlari ke depan !"

Kerana aku yakin, Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Dan Dia hantarkan pertolongan dari arah yang tak disangka-sangka.
Dia akan mencampakkan rasa itu pada masa yang kita sendiri tak menjangka.
Teruslah beramal, kerana kita tak tahu amalan mana yang akan menjadi asbab rahmat Allah ke atas kita.

A: Kalau (walaupun x elok sebut kalau) mcm ni boleh  lagi dekat dengan Allah, kan senang?
B: Eh, Allah kan dekattt je dengan kita, kenapa nak kena cari sampai mcm tu? (Qaaf : 16, Al-Waqi'ah : 85)
A: Ye x yeeee.. =')




2 comments: