Wednesday, May 2, 2012

~SYuKur~

Assalamualaikum WBT..

Err.. nak jerit, tp kesian kat orang lain..
So, sy jerit pelan2 jek lah kat sini ye?

HOOOORAAAAYYYY!! =D
*Erk, apa yg hepi sangat tu? Astaghfirullah .. Say Alhamdulillah, kan lg elok bunyiknya.. ^_^
Maaf ye kawan2.. Sy tahu kalian belum abes exam..
Baik di Cairo, baik di Malaysia, baik di UK sendiri..

Tapi, patut ke sy bergumbira dan berfoya-foya?(Erk, lain benor bunyiknya)

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.. (Al-Insyirah : 7 )

See? Dah terjawab dah pun .. TAK BOLEH..
Dah selesai exam, maka haruuusslah selesaikan urusan2 yang lain.. ok?

Ok, maka, antara urusan yang sy nk selesaikan adalah, berkongsi dgn kalian video yg menarik ni !


Aik? x tgk pun? X sempat yee, heheh..
Meh sy gtaw apa yg sy faham.. yg sy faham x semestinya yg pakcik Nouman Ali Khan (NAK) cakap tau..

Banyak je yg NAK cakap dan bgtau dalam khutbah beliau ni..
Tapi yg terkesan dan membekas di hati ni, yg nk share sgt ni adalah ayat 7 Surah Ibrahim,

Dan [ingatlah juga], tatkala Tuhanmu mema’lumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah [ni’mat] kepadamu, dan jika kamu mengingkari [ni’mat-Ku], maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (7)
Selalu kan dengar perkataan ni?
Syukur .. dan sabar .. dan syukur .. dan sabar .. dan syukur ..
Kebanyakan kita ni, asal jumpa org lain je,
"Weh, aku ada masalah la,"
"Weh, duit tak cukup la,"
"Weh, keje x siap lagi la,"
"Weh, LAPARR laa .. "

Dan lagi dan lagi masalah2 kita yang kita duk ngadu kat org, duk share kat err mukabuku dan err pengicau dan err, blog?

Analogi femes NAK (yg telah diubah suai semestinya)..

Bayangkan si A ada sebuah peti sejuk, dengan pelbagai jenis jus di dalamnya.. jus anggur, jus mangga, jus kiwi, jus epal, jus durian belanda, jus buah delima..(ok, list ni xkan habis kalau x dihentikan skrg)
Tapi jus kegemaran anda ialah jus oren, dan si A pun "Ohhh, wahai wahai!! Di manakah jus oren kegemaranku!! bla3, dush3, meow3, %*&#%$ !!"

.........................................

Oleh sebab itulah, syukur tu datang sekali dengan sabar..
Cuba kalau si A bersyukur pada awalnya.. pasti dia sudah mengambil, urm, mungkin jus durian belanda yg tidak kurang hebatnya tu, lalu meminumnya dgn penuh gembira.. tidaklah dia hilang sabar bukan?

‎"Instead of focusing all ur energy thinking what is going wrong, why don't u think about what is going right?"-NAK-

Dan, seperti yg selalu disebut-sebut, kita memang akan diuji dengan apa yg kita cakapkan..

Ada la org tu kan, dia exam hari ni.. Maka dia pn jawab lah soalan2 tu dgn semangat waja..
Keluar dewan je, dia yg biasanya x bincang pn soalan2 yg dah dijawab, ter-ber-bincang dgn kawannya itu..
Maka terkeluarlah jawapan2 dari kawannya itu yg membuatkan dia jadi tidak keruan dan kepening-peningan..
"Ouhh, I didnt remember that! Ouhh, I should have wrote that! I read that yesterday!!"
-ye, kawan org tu x cakap Melayu-

Bila sampai rumah, org tu terfikir, "Instead of focusing all my energy thinking of all the answers I didn't write just now, why don't I be grateful of all the answers given? At least I got some answer?!"

Haihh..
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah [ni’mat] kepadamu."

Ya Allah, semoga aku tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur..

Ok, sekian untuk kali ni..
Kenang saya dalam doa anda ye?

=)


No comments:

Post a Comment