Sunday, May 13, 2012

~110~



Salam WBT ..

Betul lah kata orang, masa lapang itu membunuh..
Setelah disibukkan dengan beberapa perkara seminggu selepas exam, tetiba terasa xde apa nak buat..
*Umat semakin tenat, kau boleh kata kau xde apa nk buat? aiyaa*

Anyway, pada post yang ke-110 ni (di mana tajuk post ini mendapat nama) , sy nk ckp pasal sesuatu yg sy rasa sy x pernah mention dlm blog picisan dan hingusan sy ni..
Ce teka ce teka, heheh..

Pasal KAWEN!.. ye, pasal cinta dan kawen dan apa2 lah yg seangkatan dengannya..

Bila selongkar posts yg ada, ada satu draft yg dah sgt lama terperap..
Alkisah ~~

suatu hari, terbaca post ni .. 

yg sy nak tekankan adalah part ni ; 

Ps2: Dik, orang tak ada ugama sahaja yang forever alone, kerana mereka tidak percaya pada tuhan dan tidak pernah berpeluang menyintai tuhan, maka, bercintalah dengan Tuhan semampu mungkin, enjoy the silence, dan kelak, terpulanglah pada Allah, untuk kahwinkan kamu di dunia (jika umur panjang dan ada jodoh) atau di akhirat(jika umur pendek dan beramal soleh)..

Then, terjumpa sebijik komik, adik punya (mcm x perlu mention tp tu lah hakikatnya) .. 


Dalam tu ada la mcm beberapa penulis dan pelukis komik tu elaborate sikit pasal cinta .. pada pandangan remaja .. ada yg tipikal, ada yg islamik, macam2 .. tp alhamdulillah, a good medium for a teenager I think.. =)

Namun, harus diingat, salah satu dis-advantage lampu,t.v dan lain-lain peralatan elektronik berasaskan LED ini ialah harganya yang mahal. Maka wajar, seorang hero mukmin sejati itu mahal harganya. Jika ia lelaki, dek kerana “mahal” dirinya, hanya wanita-wanita solehah dapat mencuri hatinya. Jika ia perempuan, ia umpama mawar berduri, maka hanya lelaki yang terbaik sahaja mampu memilikinya.
(saya copy dari sini)



Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. (yahya bin Mua'dz)

Tadzkirah: (Almarhum Kiyai Haji Ustaz Rahmat Abdullah @ Sang Murabbi)
Memang seperti itu dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di saat lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai. 
Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut kekuatan pada diri. Hingga tulang belulangmu, daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.
~DAKWAH itu CINTA~







Ok, tamatlah kisah ..sorry, so random..

Now, few things happened since, err, the draft was made until now..
Sedara mara dan rakan sebaya dah ramai yg mendirikan rumahtangga, ada yg dah ada anak dah pun.. 
Makcik pakcik duk tanya, siap dgn cadangan calon lg, haha..
Adik2 sendiri dah hint2, "cepat la kawen kak, kalau kau kawen lambat, bila aku nak kawen!" =_=
Topik kawen mcm sgt x asing bila duduk ramai2 kat sini..
Malah ada je kengkawan yg sedang menapak ke tangga seterusnya sebelum kawen..
Bila g umrah hari tu, ada gak org tanya, "Zauj?"
Haha, geleng kepala, sengih kambing, minta didoakan jek lah.. =p
Sampai lah suatu hari, topik ni dibincangkan secara besar-besaran..
Dapat nasihat direct dari kakak2 yg dh kawen, haa..

Hurm, kalau nak banding dulu dan sekarang, sangat jauh bezanya definisi sy tentang kawen, tentang cinta, tentang hubungan sesama manusia..Tak perlu rasanya nak recall apa sy fikir masa, err, muda2 dolu.. bak kata 'pepatah', Jangan Pandang Belakang! haha.. But for now,

~Cinta~
Perasaan cinta mampu mempengaruhi kehidupan seseorang manusia.. Andai cintanya hanyalah pada Allah dan RasulNya, maka kehidupannya akan dipandu oleh syariatNya, biidznillah, insyaAllah .. andai Dakwah dan Tarbiyah adalah cintanya, setiap hela nafasnya takkan dibazirkan untuk perkara2 selain keduanya..cintanya kepada Allah yang Maha Mencintai tu, terasa mahu dikongsi dan dirasai bersama-sama manusia2 lain, yg dicintainya juga keranaNya !

?Kawen?
Haha, eh, gelak pulak.. ye la, skolah pn x abes lagi, ilmu agama pn cetek lagi, ada hati nak kawen! =p
Tapi, kalau xde mindset dari skrg, kalau x bersedia dari skrg, nak tunggu smpai bila? 
*Urm, nak kena blaja masak, blaja jaga anak, blaja kemas rumah, blaja menjahit, sume2 tu ke?*
Lolz.. adakah berkahwin itu berkisar tentang memasak untuk suami, menjaga anak2 dan mengemas rumah sahaja? Yes, unsur2 itu ada, tapi ada perkara yg lagi besar dari itu beb.. iaitu bersedia dari segi ilmu agama, mematangkan fikiran dan memperkasakan usaha2 dakwah dan tarbiyah kita!
Sbb, sy rasa, bila dah keje dan dah kawen, mana ada masa sgt nak hafal Quran, nak blaja hadis2, nak baca sirah.. tup2, dapat anak, nak ajar apa kat diorang nnt? kata nk melahirkan mujahid dan mujahidah untuk ummah.. pastu, kalau lah masa skrg ni, diri sendiri x dibiasakan untuk bersusah-susah dan berpenat lelah untuk melaksanakan dakwah dan mentarbiyah diri sendiri, agak2, bila dah keje dan dah kawen dan dah ada anak nanti, boleh survive ke ek? entah lah, miracle happens, but not always.. ;)



Mencari?
Ini lagi lolz, haha.. Just nak quote pesanan2 yg sy terima.. 
1) Orang yang baik x semestinya serasi dgn kita.. 
2) Org yg baik xkan cuba untuk berhubung dengan kita tanpa sebab dan tanpa ada seorang perantara ..
3) Hubungan sebelum kawen hanyalah akan memperkenalkan kita dengan lakonan seseorang, bukan dirinya yg sebenar..
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan", (94 :5)
Kalau diikutkan peer pressure, kalau diikutkan arus masyarakat sekarang ni, mmg akan tersungkur lah di pertengahan jalan.. Buktinya? Lihat sahaja bayi2 yang x berdosa di jalanan, anak2 yg membesar tanpa pedoman, dan statistik kes2 penceraian.. Tapi, insyaAllah, kalau kita bersusah - payah sikit jaga diri sendiri buat masa sekarang, insyaAllah Allah akan jaga kita sampai bila-bila.. kesulitan yang dirasai untuk mempersiapkan diri, insyaAllah akan membawa kemudahan di kemudian hari..
Sebab sebenarnya, bila sy tgk balik, bersedia untuk kawen ni, akan menjadikan saya seorang hamba Allah yg insyaAllah lebih baik, seorang anak yg insyaAllah lebih baik, seorang rakan individu yg insyaAllah lebih baik.. Maka, kalaulah sy ditakdirkan untuk kawen, insyaAllah, persediaan tu dah ada.. Dan kalau sy ditakdirkan untuk forever alone, sekurang-kurangnya sy dah berusaha menjadi seorang hamba yg diredhaiNya ! InsyaAllah..



Apa jua yang Engkau rencanakan buatku ya Allah, jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa redha, sabar dan bersyukur..


=)



No comments:

Post a Comment