Wednesday, May 30, 2012

Syria

Assalamualaikum WBT..

Rentetan peristiwa di Syria yang menjadi titik permulaan gerakan2 revolusi di sana, (sila rujuk sini)
Semakin hari semakin banyak berita yg diterima..
Semakin ramai saudara kita yg diseksa..
Semakin ramai saudara kita yg menjadi yatim piatu, tak beribu tak berbapa..
Semakin ramai anak2 kecil dizalimi dan dibunuh tanpa alasan yang nyata!



Hancur hati melihat dan membaca laporan2 tentang mereka..
Antara sumber2 yg saya boleh kongsikan ;

http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

http://www.therevoltingsyrian.com/

http://www.youtube.com/channel/UCbn55rxVlB2xn5Lf-Un-q8g?feature=g-hist

Terbaru , peristiwa penyembelihan beramai-ramai di Haulah..
Allahuakbar, speechless..
Penentangan tanpa senjata yg dilakukan, dibalas sebegitu rupa.. T_T
Dan aku hanya mampu duduk di depan kaca laptop (kaca laptop?) menangisi pemergian mereka yg telahpun syahid di jalanNya..
Tanpa aku sedari, dah hampir setahun sejak revolusi di Syria berlaku..
Tapi, hari demi hari berlalu, apa je yg aku dah lakukan utk mereka?
Klik, baca artikel, klik, share.. Klik, tengok video, klik, share..
Sampai bila?



Apa pun, aku sedar, setiap orang berada di tempat dan pada masa yg terbaik yg Allah dah tentukan..
Maka, insyaAllah, aku yakin, pada masa ini, yg terbaik untuk aku adalah untuk berada di sini..
*bila tanya balik diri sendiri, betul ke dah bersedia untuk ke sana berjuang bersama mereka?*
Aku akan terus klik dan share, walaupun aku tahu, ia mungkin xkan mampu mengubah apa2 ..
Walaupun aku tahu, ia mungkin xkan mampu menghalang tentera2 Asad daripada terus menggila..
Walaupun aku tahu, seandainya aku masih hidup esok, mungkin aku akn mendengar atau melihat syhidnya saudara-saudara ku di sana..

Kerana aku yakin, kemenangan islam itu sesuatu yg pasti..
Dan, kerana doa itu senjata org mukmin..
Semoga Allah redha..




*copied from the "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria" group ;

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

1) Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

2) Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

3) Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat.

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.


Indahnya matahari terbenam hari ini di sini.. Adakah aku berpeluang melihatnya terbit semula esok pagi? Pasti mereka juga sedang melihat sang Matahari yg sama.. Namun pastinya keadaan kami jauh berbeza.. Allah, pertemukanlah kami di syurgaMu.. 

Doa buat mereka,



Sabarlah saudaraku, penantian dan penderitaanmu, Syurga balasannya insyaAllah..


...

No comments:

Post a Comment