Thursday, November 29, 2012

Bulatan Gumbira Kita. ^_^

Salam Jumaat!
=)

Alhamdulillah, kita mulakan malam Jumaat kita, dengan penemuan Moonbow. Yes, u read me right. Moonbow instead of Rainbow. Sebab biasanya kita melihat pelangi selepas hujan. Tapi malam ni, kita melihat pelangi di kala bulan purnama.

~7.00 malam, 29/11/12.. =D


Seterusnya, kita sama2 mengambil pengajaran dari surah Al-Israa', ayat 1-11.
Mengkaji asal-usul bani Israil dan perbezaan Yahudi dan Zionis.
Kita diingatkan lagi tentang Al-Quran sebagai pedoman hidup kita. Surat chenta kita? ;)

Dan kita dihidangkan dengan nasi lemak, air tangan org utagha. Eh. Hehe..

Seterusnya, cik pentazkirah kita bercerita tentang sejarah Turki Uthmaniyah!

Tentang keyakinan para sahabat Rasulullah terhadap hadis baginda,
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dan sejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al-Fatih adalah sebaik-baik raja yang telah memimpin sebaik-baik tentera, lalu menawan Konstantinopel, yang kini dipanggil Istanbul.
Baca kisahnya di sini.

Kita juga belajar tentang sejarah pemerintahan Turki, bagaimana Kamal At-Tartuk mengambil tampuk pemerintahan secara licik. Bagaimana sistem2 islam sebelum ini, ditukar kepada sistem sekular, lantas menghilangkan nilai-nilai islam di Turki. Dan lain2 yg sy x sempat nak salin, sbb syok sgt mendengar. Hehe.

Kita juga menyambut bday salah sorang dari kita. Semoga diredhaiNya.

Yes,biri2 kegemaranmu. =)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga amal kita yang sedikit ini, diredhaiNya, dan menjadi bukti kasih sayang kita keranaNya.

Dear usrati.
Sooner or later, kemenangan islam itu pasti.
Are we part of it?
InsyaAllah, biidznillah.


=)

Sunday, November 25, 2012

Choy!

Apa khabar iman?

Random1.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang berkawan dengan macam2 manusia. Macam2 cara org melihat sesuatu peristiwa. Contohnya, isu Palestin, Boikot dan Tunjuk Perasaan.
::> Setiap orang akan dapat apa yang dia niatkan dalam perjuangan mereka. Kalau memperjuangkan isu Palestin atas dasar memperjuangkan Human Right, seperti kebanyakan non-muslim kat UK ni, maka itulah yang memandu perjuangannya. Kalau melihat isu Palestin dan boikot ni atas dasar akidah dan persaudaraan, maka itulah yang akan diperjuangkan. Kalau duk memperjuangkan Palestin sbb ikut trend kat Facebook dan Twitter, err, x salah pun, tapi, silalah tambah ilmu dan pengetahuan ttg isu ini lepas tu. Sama2 insyaAllah. =)




Random 2.
Bro. One way to say "I Miss You" is to pray for each other, may us not be separated in this world, may Allah grant us Husnul Khatimah, and let us meet together again, in Jannah. InsyaAllah. 
=)

Random 3.


Menarik gambar ni. Caption yang ada dalam kepala saya;
"Nak lompat ke bulan, x mampu, nak terjun ke bawah, x mahu. Dah tu?"
Tafsir lah sendiri. Heheh.

Random 4.

"Masa adalah kehidupan"
ISHAB

"Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur [mu] yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan."
(Al-An'aam: 60)

Baru je 21. Dah 22. Aigoo.

Random 5.

 Faineee.. Dush2..


Sekian.
=)

Wednesday, November 14, 2012

Salam 1434H.

Menghampiri pengakhiran tahun 1433H.

Satu ayat sentap dari pemilik website LangitIlahi.

"Katakanlah cukup kepada kehidupan yang sia-sia." di http://langitilahi.com/10893 .. Aigoo..

Perkongsian doa dari kak Beah di http://suratcintarabiah.blogspot.co.uk/2011/11/salam-maal-hijrah-1433.html?spref=fb


Maksud:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Maksud:

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.


Oh, peringatan dari IG,

"Zaman Nabi tak baca doa akhir dan awal tahun. Sebab kalendar Islam yang kita guna pakai sekarang ni hanya digunakan secara rasmi pada zaman 'Umar. Tapi tak salah nak baca sebab maksud doa tu baik. ;) Cuma jangan pula anda mendakwa itu sebahagian daripada sunnah ar-Rasul!

Selamat Tahun Baru 1434H! Moga tahun baru ini akan memperbaharui iman dan semangat kita semua, biidznillah!"

Wallahualam.

P/s: Perghh, pemalas habis ni. Copy n paste semata-mata. T_T

Monday, November 12, 2012

Muslimahku Sayang.

Salam 'Alayk.

Mencilok dan mencedok dari post fb seorang kawan,

"Diriwayatkan daripada Sayyiduna Ali -'alaihissalam- bahawa beliau sedang berada di samping Rasulullah -sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam- ketika baginda bertanya, "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Para sahabat diam tidak menjawab.

Sayyiduna Ali berkata, "Kemudian saya pulang ke rumah dan bertanya Fatimah -'alaihassalam- : "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Fatimah menjawab, "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka."

Kemudian saya memberitahu Rasulullah tentang jawapan Fatimah itu, lantas baginda bersabda, "Fatimah itu sebahagian daripada saya."

Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu'aim dalam al-Hilyah.

Gambar Random.

Dalam sebuah ceramah oleh Abu Usamah At-Thahabi, beliau kemukakan sebuah hadis yang berbunyi,

"When the servant marries, then he has completed half of the deen. Then let him fear Allah (Taqwa) with regard to the remaining half" (Saheeh ul-Jaami no.443)

Malah, ada ulama (baca: ada, bukan semua) yang mengklasifikasikan orang yang tidak berkahwin itu sebagai pendosa. Erk.



Duhai muslimahku sayang.

Terkadang, aku melihat seorang muslimah itu, terlalu memandang berat isu mencari "her other half of the deen", tetapi kurang menjaga diri supaya "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka." Kadang2, seorang muslimah tu lupa, soal pasangan hidup ni kan, urusan Allah. Memang kena usaha, tapi padaku, usaha itu adalah dengan memelihara diri dan menguatkan hubungan dengan Allah, bukan dengan memperlihatkan kepada dunia, akulah muslimah idaman! Erk.





"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Duhai muslimahku sayang.

Hati yang satu itu, jika tidak dipelihara dengan sebaiknya, jika jauh dari Allah, maka akan keraslah ia, kotorlah ia dan busuklah ia. Hati yang macam ni, akan mudah dikuasai oleh syaitan, lalu mengakibatkan anggota2 badan yang lain turut melakukan perkara2 yang tidak disukaiNya.

Allah.

Duhai muslimahku sayang.

Pengharapan sebenar itu seharusnya diletakkan kepada Allah semata-mata. Serahkan hati kita padaNya, semoga terpelihara.

Wallahualam.




Friday, November 2, 2012

Hati. Limau. Atom.


Pesakit: Assalamualaikum Doktor. Boleh tolong saya tak?

Doktor: Waalaikumsalam WBT. InsyaAllah, saya cuba ye.
Pesakit: Tengkiu2. Sakit sangat ni doktor. Tak tahu nak buat macam mana.
Doktor: Cecita sikit, sakit apa?
Pesakit: Sakit hati.
Doktor: -.-





Simple Maths. 

Hakikat bahagia= Merasa Tenang.

Tenang = Mengingati Allah.
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd :28)

Mengingati Allah = Baca Al-Quran.

Al-Quran: Pengubat Penyakit2 Hati.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit- penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah pertunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Yunus: 57)

Diberi analogi. Tangan yang luka dan limau yang diperah atasnya.

Maka tangan yang luka dan sakit itu, bertambah sakit lagi.
Siapa yang bersalah, tangan yang sakit, atau limau yg diperah itu?

Jawapannya, tangan yang luka tu.

Sebab, kalau dia tak luka, masakan terasa sakitnya bila limau itu diperah.
Takkan la limau tu yang bersalah. Buat mcm mana pun, limau tu tetap begitu sifatnya.
Masam dan berasid.

(Saya mula2 tak boleh terima analogi ni. Boleh terima explanation dia je. Hoho)


Tangan yang sakit = Hati yang sakit.

Limau = Cubaan dan dugaan dalam kehidupan.

Hati yang sakit, yang penuh perasaan hasad dengki, iri hati, buruk sangka. Tatkala berhadapan dengan dugaan kehidupan yang x pernah berpenghujung ni, pasti akan bertambah parah sakitnya. Disalahkan takdir. Dicaci maki diri sendiri dan orang lain. Tiada yang positif dalam hidupnya.


Tapi, hati yang bersih, yang aman dan tenteram. Kasik lah apa dugaan pun. Senyum pasti terukir. Kesyukuran pasti meniti di bibir. Kerana dia tahu, ujian2 itu kan, tandanya Allah sayang? (Tak kisah la kalau ianya berbunyi perasan. Tak salah bersangka baik dengan Tuhan kan?)


Mengambil ibrah dari atom.



Yang didalam nucleus itu, ada unsur2 neutral dan positif. Yang di sekelilingnya itu, ada unsur2 negatif. Dan semuanya itu membentuk sebijik atom.

Samalah macam kita. Kengkadang baik, kengkadang kurang baik, kengkadang biasa2 aja. Maka, di kala kita rasa kita baik tu, janganlah sombong dan takbur, kerana sesungguhnya, kita terlihat baik kerana Allah telah menyembunyikan aib2 kita.Dan bila kita terkurang baik tu, carilah jalan supaya kita tak kekal begitu. Mohonlah keampunan atas kesalahan kita itu.

Sekian untuk hari ni. Salam Jumaat. Kahfi Jom?

=)