Friday, August 31, 2012

Post-Raya.

Assalamualaikum wbt!

Haah, saya lagi.
Post kedua hari ni.
Dah lama x menulis rasanya. ("Ada aku kesah?", anda berkata. -.-)

Anyhow anyway. Straight to the point, don't belok2.
What's after Raya?
Setelah duk pulun ketupat, rendang, lemang, sate, lontong, dodol etc.
Setelah beriang ria raya bersama saudara mara, sahabat handai.
Setelah berpuluh-puluh kilometer mengembara mencari rumah2 yg terbuka pintunya buat anda.

*Kan dah pesan, jgn belok2. Haihh.

1st and foremost, ce check balek, mcm mana graf ibadah kita setelah kita kembali kpd fitrah kita?
Apa effect tarbiyah Ramadhan buat kita?

Masih terjaga kah bacaan Al-Quran kita?
Masihkah kita berqiamullail?
Masih ringankah tangan kita menghulurkan bantuan buat mereka yg memerlukan?
"Chill la, raya kan setahun sekali. Lek2 dulu".
Erk.


"kita semua adalah penggali kubur, setiap hari kita sedang menentukan keluasan kubur masing-masing" 


2ndly, mcm mana ingatan kita kepada saudara2 seakidah kita di luar sana?
Mereka di Palestin, Syria, Rohingnya dll.
Masihkah mereka dikenang dalam doa2 kita?
"Alaa, abes tu, tak boleh nak raya ke? Kena sedih2 ke?"
Deyy, bkn la begitu. Err, tp kalau mampu, silakan la.
Cumanya, pendapat dua posen saya, dalam kita beriang ria beraya bersama cornflake tu, selit2 kan lah jugak ingatan buat mereka di sana.
Kenang2 jugak lah mereka dalam doa2 kita.
Klik2 jugak lah link2 yang menceritakan tentang mereka, dan sebar2kanlah kat sedara mara dan sahabat handai kita tu.
Ringan2 kan lah tangan bagi duit raya kat mereka.
Ke camne?

Ketiganya, saya pasti ini antara yg paling osem sekali.
Takyah cerita panjang lah. Hehe.

Ya Allah, terima lah amalan kami.

Keempatnya.
Saya teringat membaca post kak Beah Osem yang ni.
Secara dasarnya (read : basically), saya suka part mujahadah tu.
Kerana bagi saya, hendak mengecap cinta Allah itu hanyalah melalui satu jalan sahaja, yakni bermujahadah, tundukkan nafsu dan perangi keinginan sendiri. Orang-orang yang bermujahadah kerana Allah, itulah definisi hero bagi saya.
Hurm, kalau reflect balik, insyaAllah, masa Ramadhan yg lepas, bacaan Al-Quran lebih terkesan, bangun malam terasa lebih mudah, dll etc.
Ye lah kan, syaitan terbelenggu, surrounding pun sangat pro-kebaikan (baca : sume org pn berlumba-lumba nak buat kebaikan), Alhamdulillah, pada saya, sume tu sgt2 membantu.
Tapi, setelah tamatnya Madrasah Ramadhan itu, setelah kembalinya kita kepada fitrah, segalanya terasa sedikit berat. (Ok, kalau anda x rasa mcm tu, xpe lah. Ni apa yg saya rasa.)
Nak habiskan 1 juzuk sehari, terasa mcm, perghh, mujahadah!
Nak bangun qiam, ye la, bkn nk kena sahur pn, adehh, mujahadah!
Nak start puasa 6? Dalam masa siang yg masih lagi panjang ni? Adoi ai, mujahadah!
Tapi, kerana itu adalah cara utk kita mengecap cinta Allah, mencapai redhaNya, biidznillah, insyaAllah, kita gagahi jua.

Teringat perkongsian dgn seorang sahabat.
Bukan amalan kita yg menjadi kayu ukur untuk kita masuk Syurga.
Tapi kasih sayang dan redhaNya.
Kerana teringatkan kisah seorang abid yg diminta untuk dimasukkan ke dalam syurga atas amalannya yg sangat banyak. Tapi setelah ditimbang segala amalannya itu, ianya lebih ringan dari nikmat sebelah matanya.
Kerana teringatkan hadis Nabi SAW.


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).]



Allahu Allah.
Sungguh, terkadang aku lupa.
Bahawa tiada satu pun amalanku yang akan terlepas dari penghisabanMu.
Bahawa setiap detik membawa aku lebih dekat dengan kematianku.
Bahawa iman, amal dan takwa yang akan menjadi bekal ku untuk menghadapMu nanti.



..................

Last but not least.
Kalau masa usrah, selalu disebutkan,
"Usrah itu bermula selepas usrah".
Mcm tu la lebih kurang.
Makanya, kalau Ramadhan?
"Ramadhan itu bermula selepas Ramadhan"?
Haha, mcm pelik bunyinya. Tapi apa yg sy cuba nak cakap adalah, ce tgk video ni.


Saya terasa rugi, sbb tgk video ni lepas Ramadhan berlalu. Hehs.
Tapi, takpe lah. Alhamdulillah,at least it gives me hope to strive harder after this for the next coming Ramadhan.
(InsyaAllah, sekiranya diizinkan Allah untuk berjumpa next Ramadhan)

Wallahualam.
Remember me in your du'as!

=)

p/s : Merdeka!?






2 comments:

  1. subhanallah. alhamdulillah.

    terima kasih atas perkongsian ni dik. akak sendiripun banyak lagi nak kena mujahadah ni. jauh lagi nak kena berlari.

    jom kita sama-sama mujahadah ye, dik? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak Beah!
      Mari sama2 doakan satu sama lain!

      ^_^

      Delete