Over la ini orang.
Haha. Nak jugak.
Tapi kali ni malas nak membebel banyak2.
Jom layan video2 neh.
Tgk hapdet mukabuku pulak.
"Kamu BELUM LAGI MERDEKA sekiranya kamu masih DIJAJAH OLEH NAFSU KAMU sehingga IBADATMU TIDAK DAPAT MENCEGAH MUNGKARMU,LIDAHMU BERAT MENYEBUT NAMA ALLAH DAN IDOLAMU BUKANNYA BAGINDA S.A.W. DAN ULAMA AKHIRAT, ketahuilah kemerdekaan yg sebenarnya adalah merdeka Tauhidnya daripada syirik kepada Allah."
Kemerdekaan didunia ini bagiku adalah apa yang berada di akalmu , senang sekali terima oleh hatimu, lalu meluncur laju setiap anggota untuk beramal dengannya..tidak mungkin merdeka seseorang itu , jika apa yg difikirkan dan dibuatnya tidak sama dengan gerak hatinya, begitu juga sekiranya hati dan dan anggotanya mampu bersetuju tetapi jauh dari logik akal dan praktikaliti.Begitu juga kiranya anggota dan kudratnya dipaksakan apa yg tidak disukai oleh akal dan hatinya.. Jesteru Ilmu dan kefahaman melahirkan ikhlas, iman dan taqwa... lalu terbitlah rasa ingin beramal dengan bersungguh sungguh untuk apa2 saja yang diyakini dan difikirkannya.. Selamat Hari Merdeka buat Semua Rakyat Malaysia.. Merdekakanlah hati, akal dan fizikal kita dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan daripada kongkongan manusia kepada pergantungan yg tinggi kepada Pencipta... Kerana Kemerdekaan yg hakiki sebenarnya adalah milik Allah, seperti mana Ramadhan mengajar kita ,ia hanya dicapai dengan kembali kepada Fitrah, berusaha meraih rahmat, menagih keampunan dan mengharap kemerdekaan dari api neraka.sesungguhnya kita tidak lebih dari sekadar alat dan asbab..Salam Aidil Fitri waal Istiqlal..
Anda mahu merdeka? Bebaskan diri anda daripada perhambaan sesama manusia dan makhluk, kepada perhambaan kepada Allah semata!
Heheh.
X aci sungguh post kali ni.
Sume cekup dan cedok.
Tapi tu lah, apa yg dicekup dan dicedok tu insyaAllah bertepatan dgn apa yg ada dalam fikiran saya.
Erti dan definisi kemerdekaan yang sebenarnya.
Memikirkan merdeknya kita Malaysia, saya jadi risau.
Risaunya dengan keluarga saya kat rumah.
Risaunya bila balik Malaysia nanti.
Risaunya dengan masa depan Malaysia.
Allah, peliharalah kami. Berkatilah Malaysia dan seluruh rakyatnya. Jadikanlah kami hamba yang taat pada perintahMu semata-mata.
Amiin..
Ok, dah.
Aman.
=)
No comments:
Post a Comment