Monday, April 16, 2012

Mekah dan Madinah: Travelog Haramain Saya .. =)

Assalamualaikum WBT..
Khas buatmu kakak, yg kini berada beribu batu jauhnya dari sy.. T_T
Dan buat sesiapa yg sudi membaca tulisan x seberapa ni.. ^_^


Alhamdulillah.. sy dah kembali ke bumi perjuangan, dah kembali ke pangkuan teman2.. meninggalkan bumi Haramain dgn seribu satu 
kenangan.. andai sy dipanggil Tuhan, semoga diterima setiap ibadah yg dilakukan.. andai umur dipanjangkan, semoga masih diterima 
menjadi tetamuMu Ya Tuhan ! 
=')
(quote status fb sndiri .. =p )


Yup, alhamdulillah.. sy dah pulang dari bumi barakah, Mekah dan Madinah.. telah selesai melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.. semoga diredhaiNya..

Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah. (Al-Baqarah : 196)


Kembara bermula ..

Adik-beradik?  
Dalam perjalanan kami ke airport Heathrow, tarbiyah Allah telahpun bermula buat kami apabila penerbangan yg dijadualkan pada pkul 5.40 diawalkan ke jam 3.40 petang.. Cuaknya masa tu sbb kami hanya diberitahu beberapa jam sblum penerbangan.. tp Alhamdulillah, we made it.. dan masa transit kat Tunisia, again kami diuji dgn penantian yg sy kira ckup menguji iman.. lebih kurg 6 jam jugak la menunggu d situ.. mungkin Allah mahu betul2 bersihkan hati kami dgn menguji kesabaran kami sebelum menjejakkan kaki ke bumi Haramain..

Matahari terbit di Jeddah menyambut kami

Alhamdulillah, kami tiba di Jeddah pada pagi 6/4/12.. kami berniat ihram dlm flight.. sepanjang perjalanan ke Mekah cuba dipenuhi dgn alunan talbiah, membetulkan niat dan membersihkan hati, supaya diri betul2 bersedia sbg tetamuNya.. atas sbb2 yg x dpt dielakkan, kami terpaksa menunggu agak lama di airport, dan setelah matahari mula meninggi, barulah kami tiba di Mekah.. maka kami dinasihatkan oleh mutawif (err, org yg tlg assist kami buat umrah tu), Akh Uwais utk melakukan ibadah umrah selepas solat Jumaat .. masyaAllah, solat Jumaat di MasjidilHaram.. =')

Selesai menunaikan solat Jumaat di kawasan Saie, kami dibawa ke tempat tawaf utk memulakan ibadah umrah kami.. perasaan bercampur baur masa tu.. ketaq ada, excited ada.. sbb baca Mastika byk sgt kot dulu, risau jugak la kalau Allah hijab pandangan sy drpd melihat Kaabah masa tu, atas dosa2 yg dilakukan sblum ni, dan atas kelemahan2 lain yg , Allahuakbar, Allah je yg taw.. dan MasyaAllah, pertama kali melihat Kaabah, Allah campakkan perasaan sayu dan gembira dan terharu yg teramat sgt.. err, ntah la, x jumpa word yg mampu describe perasaan tu sbnrnya.. Akh Uwais membacakan doa melihat Baitullah utk kami, dan seterusnya kami pn memulakan tawaf umrah kami.. Allahuakbar, smpai skrg duk terbayang mengelilingi Kaabah sambil membaca zikir2 dan doa2, mengadu dan meminta sebanyak-banyaknya pada Allah .. begitu juga dgn Saie, masa yg ada digunakan sepenuhnya utk berdoa sehabis baik kepadaNya.. 
Kaabah from far.. =')
Ada beberapa tempat yg sempat diziarahi sepanjang berada di Mekah.. pertamanya, kami ke kaki bukit di mana terletaknya Gua Thur, gua yg menyaksikan pengorbanan seorang sahabat kepada Nabi yg dikasihi.. seterusnya kami ke Padang Arafah, kawasan yg wajib dikunjungi org yg melakukan ibadah haji.. ye, ada Jabar Rahmah di situ, tp kami telah diberitahu oleh Ustaz bahawa tiada doa2 khusus atau solat sunat yg perlu dilakukan di situ.. no such thing as doa mintak jodoh ye.. 
Kami juga mendaki Jabal Nur utk melihat Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama baginda.. masa naik tu, duk terfikir, fit nya Nabi ! mencabar jugak la nk mendaki Jabal Nur tu.. tambahan pulak, Nabi jalan kaki kott dari umah Abi Talib ke Jabal Nur, kami? naik bas dari Mekah ke Jabal Nur, then baru mendaki.. T_T .. sgt2 menguji Qawiyul Jismi (Sihat Tubuh Badan) ..

baru separuh perjalanan.. fuhh..
Rasulullah mmg akan selalu panjat Jabal Nur dan beribadah dalam Gua Hira'.. tapi lepas dpt wahyu, amalan tersebut dah x dilakukan oleh Nabi, tetapi diganti dgn amalan bangun malam ie Qiamullail.. itulah amalan yg diwarisi hingga sekarang.. no such thing as bertapa di mana2 gua skrg ni ye..
Kami juga melawat Muzium Dua Tanah Haram dan sebuah ladang unta.. menyaksikan perubahan2 dan penambahbaikan yg dilakukan terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. sy juga telah mencuba susu unta yg dikatakan sgt tinggi khasiatnya.. rasa dia? mcm rasa unta la.. haha ..



Rasanya, setiap org mesti ada aim nk cium Hajarulaswad, Rukun Yamani, pegang Kaabah, bersolat dalam Hijr Ismail, bersolat di belakang Makam Ibrahim dan lain2 .. alhamdulillah, walaupun sy x mampu buat kesemuanya, tp sy diberi peluang utk melihat Hajarulaswad, Rukun Yamani dan Makam Ibrahim secara dekat.. sy juga sempat bersolat di Hijr Ismail, bersujud betul2 depan Kaabah.. Subhanallah, mungkin itulah kenangan terindah buat sy sepanjang berada di Mekah.. masih terbayang Kaabah di hadapan sy, dgn haruman yg xkan sy lupakan.. antara merasa hina dan sgt2 x layak, tp bersyukur sgt2 kerana diberi nikmat dan peluang sebegitu.. Allahu Allah, kalau masa boleh diulang-ulang, sy mahukan ianya kekal di situ shj.. =)

Di waktu solat.. terbaekk kan?
Saya selalu dinasihatkan supaya jgn jln sorang2, buat apa2 pn kena berteman.. tp, ntah la.. berseorangan tu terasa lebih mudah buat sy.. terasa lebih dekat dgn Dia, terasa lebih terisi masa-masa sy.. forever alone mgkin? ngaa.. tp mmg x terasa bahayanya utk berjalan sorg2 ke masjidil Haram, walaupun hari dah lewat malam.. bila dah masuk masjid, lg lah rasa selamat.. x pernah sunyi dan x pernah kosong, sentiasa dipenuhi manusia2 yg sama2 insyaAllah mencari redhaNya, mencari cintaNya .. =)
Namun, satu perkara yg rasanya agak dikesali, adalah apabila ada yg sanggup menyakiti dan menyusahkan org lain, demi mencapai hajat masing-masing.. contohnya, berebut-rebut utk mencium Hajarulaswad dan Rukun Yamani, marah2 masa nk masuk Gua Hira', tolak2 masa tawaf.. huhu..

11/4/12, kami meningalkan Mekah menuju Madinah.. it was a goodbye without saying goodbye for me.. sy redha, kalau itu yg terbaik buat sy.. dan sungguh, redha adalah sesuatu yg lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan.. utk sentiasa bersangka baik dgn Allah, walaupun diuji dgn perkara yg kita selalu minta dijauhkan..

Cantik kan gambar ni? tq En Google.. hihi..

Setibanya di Madinah pada waktu Maghrib, Masjid Nabawi menjadi tumpuan utama.. tempat di mana Kekasih Allah dimakamkan, tempat di mana terletaknya Raudhah, satu daripada taman2 Syurga.. Perkuburan Baqi' juga terletak di situ.. kami x lama di Madinah, namun tetap berpeluang menziarahi beberapa tempat seperti Masjid Quba', ladang kurma Abdul Rahman Al-Auf, dan juga Jabal Uhud.. Hari-hari di Madinah dipenuhi dgn meluangkan masa di Masjid Nabawi.. Madinah sungguh tenang dan damai.. terlihat warisan pemerintahan Nabi yg pastinya sgt tersusun dan berorganisasi.. quote dari seorang sahabat, "Sungguh terasa kasih syg Nabi ! " =')

Jemaah umrah kami, berlatar belakangkan Jabal Uhud.. Kawasan ini menyaksikan gugurnya 70 sahabat Nabi yg syahid mempertahankan islam, dan yg terutamanya mereka yg mempertaruhkan batang tubuh mereka melindungi Nabi daripada diapa-apakan pihak musuh.. Semoga semangat itu juga mengalir dalam diri kita.. Semoga kita menang memperjuangkan agamaNya, ataupun mati sbg seorang syuhada memperjuangkan agamaNya!


Again, it was a goodbye without saying goodbye for me.. dan again juga, Allah menguji sy, benarkah sy ni seorang hambaNya yg redha.. benarkah sy mampu menerima segala yg ditakdirkan buat sy.. apa yg sy mampu katakan, insyaAllah, sy redha dan sy terima ujianNya ini, walaupun sbg manusia biasa, air mata sy tumpah juga mengenangkan beruntungya rakan2 lain as compared to me.. Jauh di sudut hati, sy tetap mengharapkan keizinanNya utk menjadi tetamuNya lagi.. amiin, amiin, amiin! 

Ngaa, banyaknyaa sebenarnya nk cerita .. tp, rasanya x terkarang ayat2 yg mampu mendefinasi kebahagiaan sepanjang berada di Haramain .. betul lah kak, x bole describe perasaan best tu.. huhu.. apa pun, teringat beberapa perkara yg selalu disebut-sebut sepanjang perjalanan pulang..
-Nak tgk mabrur ke x umrah kita, tgk amalan2 kita lepas balik dari umrah .. Allahuakbar, semoga kami tergolong dalam kalangan org2 yg diterima amalannya.. 
-Allah itu bukanlah hanya di Kaabah .. Allah itu ada di mana2.. kan Allah ada berfirman dlm Al-Quran,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku dekat.  Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.  Sebab itu hendaklah mereka memohon perkenan kepadaKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka memperoleh petunjuk." ( Al Baqarah, ayat 186). 
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16]
Maka, seharusnya, mencari cinta Allah dan Rasul itu bukanlah di Mekah dan Madinah sahaja.. smoga ibadah umrah dan kunjungan ke dua Tanah Haram ini menjadi pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi seorang abid dan khalifah, lebih mendalami erti menjadi seorang hamba, dan benar-benar mengikuti sunnah2 dan jalan juang KekasihNya, Muhammad SAW..

Sekian sahaja dari sy .. Andai seruan Ilahi seperti ini sampai kepada anda juga, jgn tunggu lama2, jgn fikir banyak2, jgn sekali-kali lepaskan ia! Pada sy, ia adalah pengalaman yg xkan mampu ditukar ganti, xkan bisa ditandingi dgn apa2 pn di dunia ni.. serius x tipuu .. ^_^

Wallahualam..
=)

7 comments:

  1. Penulis yang baik adalah penulis yang akan mengalir padanya pahala ketika tidur. Teruskan bertinta. :)

    ReplyDelete
  2. Zetottttt. T__T menangis baca. cess. hilang macho. :P

    bestnya pijak dekat tempat yang Rasulullah pernah pijak dulu. bestnya solat dekat tempat Rasulullah pernah dakwah dulu. bestnyaaaaa. semua best! tahniah zetot, Allah bagi zetot pegi sana awal. :')

    thanks sebba sharing. miss you kakak! ^^

    ReplyDelete
  3. hilang macho aku baca entri kau yg ni izzati oii!
    rasa nak pegi jugak lepas baca nihhhh :)
    miss you lotsss!

    ReplyDelete
  4. Pelaut Rabbani : Terima kasih..
    Erna dan inn : lorh, smpai hilang macho dua2 org? haha.. jgn risau, sy lg hilang macho masa di sana.. naseb korg x nmpak je.. =p
    Erna : Alhamdulillah Erna .. Allah bg nikmat yg sgt best kpd hambaNya yg sorg ni, walaupun hambaNya ni selalu je lalai dan leka.. dush2 ..
    anyway, sy doakan Erna smpai ke sana jugak .. mgkin kita bole g sama2? ;) miss u too 'adeq'! ^_^
    inn : haruss in haruss ! mcm yg korg kata, dpt g sama2 dgn awekz, msti best! insyaAllah2.. miss u too!! =)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. misssunshine? : =)
      i think i noe who u r.. kan kakak? ^_^

      Delete
  6. Salam alaik.

    Tengah google perkataan 'Haramain' dan keluar salah satunya blog ini. (=

    Bakal menjejakkan kaki ke Haramain 15/7.
    Doakan moga dipermudahkan segala urusan. (=


    p.s : Salam perkenalan! (=

    ReplyDelete