Suatu hari, sy duduk depan tv, duk fikir sorang2..
"Betul ke aku nk masuk skolah asrama ni?"
Suatu hari, menghadap borang2 yg perlu diisi..
"Nak jadi cikgu ke, nak jadi doktor ni?"
Suatu hari, mengemas bagasi yg besarnya hampir separuh tuannya..
"Biar betul aku nak pergi oversea ni?"...
Dan kini, aku berfikir sendiri..
"Ni nak g umrah jap lagi ni.. betul ke ni?"
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Bukan niat di hati untuk bermegah dan membangga diri..
Tapi, sebab rasa diri ini kerdil dan hina lah, aku tertanya sendiri..
Begitu besar nikmat dan kurnia Allah sepanjang kehidupanku ini..
Dah cukup bersyukurkah aku?
Adakah aku menggunakan segala nikmatNya dengan betul?
Adakah segala nikmatNya ni membawa aku lebih dekat padaNya?
Apa2 pun, saya yakin, setiap apa yg berlaku, mmg dah tertulis sejak dulu lagi..
Nun , demi kalam dan apa yang mereka tulis.(Al-Qalam : 1 )
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. "................................Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).Dan, atas ilham yg Allah kurniakan, di sinilah saya.. Menjalani kehidupan yg sy kira sgt memberi erti ..
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, (As-Syams :8)
Terima kasih Allah ..
Atas nikmat yg x henti-henti, walaupun diri ini sgt banyak salah dan khilafnya..
Maafkan aku ya Allah ..
Kerana terlalu cuai dalam melaksanakan tugas sbg seorang abid dan khalifah di muka bumi..
Terlalu banyak memberi alasan, terlalu menurut hawa nafsu dan syaitan..
Andai masaku di dunia masih berbaki, aku memohon agar diriku tetap tsabat di atas jalan ini..
Andai sudah tiba masanya utk aku menghadapMu ya Rabb, aku memohon agar segala dosaku padaMu diampunkan, segala dosaku kepada manusia lain dimaafkan, segala hutang piutang dilangsaikan, dan segala hak2 dan tanggungjawab yg terletak atas bahuku, ditunaikan..
Buat rakan2 yg sudi baca post ni, ketahuilah..
Saya yakin sy bukanlah teman ideal buat kalian..
Saya yakin jugak bahawa banyak hati2 dan perasaan yg terluka sbb sy..
Harapnya kalian sudi maafkan sy..
Sesungguhnya sy masih sdg belajar erti sebuah kehidupan..
Tolong sy kalau2 sy terjatuh atau termelencong ye?
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke SyurgaNya!
p/s : dah la tu, g kemas barang nuun..
=)
rindu dah ni haa..
ReplyDeletesafe journey insyaAllah! :]