Tuesday, April 24, 2012

Tawakkal yg Macam Mana?


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Musim peperiksaan sudah bermula..
*Dan masih sempat membebel di sini, haihh..

Belajar beberapa perkara dalam beberapa hari ni..
Nak share sikit, buleh? ^_^

Tawakkal dan redha..

Pernah dengar DUIT?
Doa, Usaha, Ikhtiar(yg ni x sure), Tawakkal..
Biasa kot dgr kalau musim2 exam mcm ni..
Dan apa tafsiran kebanyakan org? (yg sy selalu dgr la kan)
Pulun belajar, usaha sungguh2, dah nk dekat exam, doa dan tawakkal..
What say u?

Tp apa yg sy, budak baru belajar ni faham adalah..
Sebelum usaha lg, dah doa dan tawakkal dah..
Sebab, apa2 yg berlaku dalam usaha kita tu, kita x tahu..
Apa yg akan kita buat, semuanya dah ditentukan awal2 lg..
So, kena tawakkal awal2.. Yakin dgn apa yg Allah dah tentukan..

"........dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq : 2-3)

Ok, dah tawakkal.. Lepas tu?

"...........Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...................." (Ar-Ra'd : 11)

Yes, usaha.. pulun belajar.. Belajar dgn ihsan.. Tu satu part dalam berusaha..
Satu part lagi apa? Doa..
Doa banyak2.. Mintak kat Allah banyak2..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah : 186)

Err, faham tak ek..
Kalua ikut kefahaman sy yg cetek ni, Allah tu dekat dengan kita.. Then, Dia akan mengabulkan doa2 kita..
Tapi ada la syarat2nya.. 1, kita kena la doa, obviously.. 2, kita kena lah memenuhi segala perintahNya.. 3, kita kenalah beriman kepada Allah.. Dan pada sy, beriman ni jugak bermaksud, percaya dan yakin bahawa Allah mendengar doa2 kita, dan akan insyaAllah akan memberikan yang terbaik untuk kita..

Okies?

=)


Till fingers meet the keyboard..
^_^

No comments:

Post a Comment