Sunday, April 29, 2012

Mawlaya.. ^_^

Selawat dan Salam buat Nabi junjungan, Muhammad SAW..



 إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا    

 Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat  untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya . 

(Al-Ahzab : 56 )




Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah Al-Maahi yang mana disebabkan aku kekufuran dihancurkan. Aku adalah Al-Haasyir di mana ramai orang dikumpulkan selepasku. Aku adalah Al-Aaqib dan Al-Aaqib adalah penutup para Nabi.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : KELEBIHAN
BAB :  Nama Nama Nabi S.a.w

Copied from here..

Mencari buku ni, tapi nampaknya kehabisan stok.. Huhu..


Takpe lah, mungkin bole rujuk sini dulu..
http://www.scribd.com/doc/28063557/Seratus-Sunnah-Rasulullah-Saw



Dan dan, ini sangat osem !


Wallahualam.

=)

Wednesday, April 25, 2012

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri....

Assalamualaikum WBT..
Berehat sebentar bersama, err, bukan KitKat (boikot2)

Dari mukabuku HilalAsyraf[Official]
"Orang yang kata dia cinta kepada lelaki/perempuan, tanpa serius membicarakan perihal rumah tangga,
sesungguhnya dia berbohong dalam cintanya."

Tetiba ada suara halus berkata-kata,

Makanya,

"Orang yang kata dia cinta kepada Allah/RasulNya, tanpa serius melaksanakan perintah Allah

 dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, ......(x mampu nak sambung)........."


T_T


Bersungguhkah aku mencintaiNya dan RasulNya?

Haihh..

Sekian. Adios.

Tuesday, April 24, 2012

Tawakkal yg Macam Mana?


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Musim peperiksaan sudah bermula..
*Dan masih sempat membebel di sini, haihh..

Belajar beberapa perkara dalam beberapa hari ni..
Nak share sikit, buleh? ^_^

Tawakkal dan redha..

Pernah dengar DUIT?
Doa, Usaha, Ikhtiar(yg ni x sure), Tawakkal..
Biasa kot dgr kalau musim2 exam mcm ni..
Dan apa tafsiran kebanyakan org? (yg sy selalu dgr la kan)
Pulun belajar, usaha sungguh2, dah nk dekat exam, doa dan tawakkal..
What say u?

Tp apa yg sy, budak baru belajar ni faham adalah..
Sebelum usaha lg, dah doa dan tawakkal dah..
Sebab, apa2 yg berlaku dalam usaha kita tu, kita x tahu..
Apa yg akan kita buat, semuanya dah ditentukan awal2 lg..
So, kena tawakkal awal2.. Yakin dgn apa yg Allah dah tentukan..

"........dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq : 2-3)

Ok, dah tawakkal.. Lepas tu?

"...........Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...................." (Ar-Ra'd : 11)

Yes, usaha.. pulun belajar.. Belajar dgn ihsan.. Tu satu part dalam berusaha..
Satu part lagi apa? Doa..
Doa banyak2.. Mintak kat Allah banyak2..

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah : 186)

Err, faham tak ek..
Kalua ikut kefahaman sy yg cetek ni, Allah tu dekat dengan kita.. Then, Dia akan mengabulkan doa2 kita..
Tapi ada la syarat2nya.. 1, kita kena la doa, obviously.. 2, kita kena lah memenuhi segala perintahNya.. 3, kita kenalah beriman kepada Allah.. Dan pada sy, beriman ni jugak bermaksud, percaya dan yakin bahawa Allah mendengar doa2 kita, dan akan insyaAllah akan memberikan yang terbaik untuk kita..

Okies?

=)


Till fingers meet the keyboard..
^_^

Saturday, April 21, 2012

Adik2, JOM MOC? ^_^

Assalamualaikum WBT!!

Buat adik2 yg bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tuu, insyaAllah..
Saya nak bgtaw ni..
Ada 2 program menarik yg insyaAllah dapat membantu anda, anda dan anda utk melakukan persediaan sebelum bergelar seorang pelajar luar negara..
Sila lah free kan masa anda, anda xkan rugi insyaAllah..
Anda Mampu Mengubahnya, Kerana Dirimu Begitu Berharga!! ^_^



Urm, venue?
xtaw lagi.. heheh.
Will update later insyaAllah..

Wallahualam..
=)

Friday, April 20, 2012

Hakikat Bahagia?

Salam Jumaat! ^_^

~~~Untuk umrah hari tu, sy nak sgt pakai jubah putih sy buat ihram..
Sy pn semangat la gosok jubah putih sy..
Lepas tu? masuk dalam check-in luggage..
5 minit kemudian, bwk keluar.. sah2 la kedut!
There goes me membebel2..
"Mcm mana ni, x hensem la jubah kedut2.. Nak g rumah Allah kot.. huhu"

Maka datanglah seorang ukhti memberi peringatan..
"Sebaik-baik pakaian tu kan pakaian taqwa?"
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al- A’raaf : 26)
T_T



~~~Kadang-kadang, serabut fikir..
Saya nak apa dalam hidup ni?
Nak hidup bahagia? Apa makna bahagia?

Dan saya jumpa sedikit sebanyak jawapannya dalam lagu feveret seorg ukhti sy ni..
Tq awak.. hepi belated bday! =p



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


~~~"..aku menyampah orang yang tau bunyik tapi usaha sikit. aku panggil mengada."
Quoted from a fren's blog.. Makan dalammm kot! T_T


Sekian..
Mari mengejar ihsan..

=)

Monday, April 16, 2012

Mekah dan Madinah: Travelog Haramain Saya .. =)

Assalamualaikum WBT..
Khas buatmu kakak, yg kini berada beribu batu jauhnya dari sy.. T_T
Dan buat sesiapa yg sudi membaca tulisan x seberapa ni.. ^_^


Alhamdulillah.. sy dah kembali ke bumi perjuangan, dah kembali ke pangkuan teman2.. meninggalkan bumi Haramain dgn seribu satu 
kenangan.. andai sy dipanggil Tuhan, semoga diterima setiap ibadah yg dilakukan.. andai umur dipanjangkan, semoga masih diterima 
menjadi tetamuMu Ya Tuhan ! 
=')
(quote status fb sndiri .. =p )


Yup, alhamdulillah.. sy dah pulang dari bumi barakah, Mekah dan Madinah.. telah selesai melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.. semoga diredhaiNya..

Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah. (Al-Baqarah : 196)


Kembara bermula ..

Adik-beradik?  
Dalam perjalanan kami ke airport Heathrow, tarbiyah Allah telahpun bermula buat kami apabila penerbangan yg dijadualkan pada pkul 5.40 diawalkan ke jam 3.40 petang.. Cuaknya masa tu sbb kami hanya diberitahu beberapa jam sblum penerbangan.. tp Alhamdulillah, we made it.. dan masa transit kat Tunisia, again kami diuji dgn penantian yg sy kira ckup menguji iman.. lebih kurg 6 jam jugak la menunggu d situ.. mungkin Allah mahu betul2 bersihkan hati kami dgn menguji kesabaran kami sebelum menjejakkan kaki ke bumi Haramain..

Matahari terbit di Jeddah menyambut kami

Alhamdulillah, kami tiba di Jeddah pada pagi 6/4/12.. kami berniat ihram dlm flight.. sepanjang perjalanan ke Mekah cuba dipenuhi dgn alunan talbiah, membetulkan niat dan membersihkan hati, supaya diri betul2 bersedia sbg tetamuNya.. atas sbb2 yg x dpt dielakkan, kami terpaksa menunggu agak lama di airport, dan setelah matahari mula meninggi, barulah kami tiba di Mekah.. maka kami dinasihatkan oleh mutawif (err, org yg tlg assist kami buat umrah tu), Akh Uwais utk melakukan ibadah umrah selepas solat Jumaat .. masyaAllah, solat Jumaat di MasjidilHaram.. =')

Selesai menunaikan solat Jumaat di kawasan Saie, kami dibawa ke tempat tawaf utk memulakan ibadah umrah kami.. perasaan bercampur baur masa tu.. ketaq ada, excited ada.. sbb baca Mastika byk sgt kot dulu, risau jugak la kalau Allah hijab pandangan sy drpd melihat Kaabah masa tu, atas dosa2 yg dilakukan sblum ni, dan atas kelemahan2 lain yg , Allahuakbar, Allah je yg taw.. dan MasyaAllah, pertama kali melihat Kaabah, Allah campakkan perasaan sayu dan gembira dan terharu yg teramat sgt.. err, ntah la, x jumpa word yg mampu describe perasaan tu sbnrnya.. Akh Uwais membacakan doa melihat Baitullah utk kami, dan seterusnya kami pn memulakan tawaf umrah kami.. Allahuakbar, smpai skrg duk terbayang mengelilingi Kaabah sambil membaca zikir2 dan doa2, mengadu dan meminta sebanyak-banyaknya pada Allah .. begitu juga dgn Saie, masa yg ada digunakan sepenuhnya utk berdoa sehabis baik kepadaNya.. 
Kaabah from far.. =')
Ada beberapa tempat yg sempat diziarahi sepanjang berada di Mekah.. pertamanya, kami ke kaki bukit di mana terletaknya Gua Thur, gua yg menyaksikan pengorbanan seorang sahabat kepada Nabi yg dikasihi.. seterusnya kami ke Padang Arafah, kawasan yg wajib dikunjungi org yg melakukan ibadah haji.. ye, ada Jabar Rahmah di situ, tp kami telah diberitahu oleh Ustaz bahawa tiada doa2 khusus atau solat sunat yg perlu dilakukan di situ.. no such thing as doa mintak jodoh ye.. 
Kami juga mendaki Jabal Nur utk melihat Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama baginda.. masa naik tu, duk terfikir, fit nya Nabi ! mencabar jugak la nk mendaki Jabal Nur tu.. tambahan pulak, Nabi jalan kaki kott dari umah Abi Talib ke Jabal Nur, kami? naik bas dari Mekah ke Jabal Nur, then baru mendaki.. T_T .. sgt2 menguji Qawiyul Jismi (Sihat Tubuh Badan) ..

baru separuh perjalanan.. fuhh..
Rasulullah mmg akan selalu panjat Jabal Nur dan beribadah dalam Gua Hira'.. tapi lepas dpt wahyu, amalan tersebut dah x dilakukan oleh Nabi, tetapi diganti dgn amalan bangun malam ie Qiamullail.. itulah amalan yg diwarisi hingga sekarang.. no such thing as bertapa di mana2 gua skrg ni ye..
Kami juga melawat Muzium Dua Tanah Haram dan sebuah ladang unta.. menyaksikan perubahan2 dan penambahbaikan yg dilakukan terhadap Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. sy juga telah mencuba susu unta yg dikatakan sgt tinggi khasiatnya.. rasa dia? mcm rasa unta la.. haha ..



Rasanya, setiap org mesti ada aim nk cium Hajarulaswad, Rukun Yamani, pegang Kaabah, bersolat dalam Hijr Ismail, bersolat di belakang Makam Ibrahim dan lain2 .. alhamdulillah, walaupun sy x mampu buat kesemuanya, tp sy diberi peluang utk melihat Hajarulaswad, Rukun Yamani dan Makam Ibrahim secara dekat.. sy juga sempat bersolat di Hijr Ismail, bersujud betul2 depan Kaabah.. Subhanallah, mungkin itulah kenangan terindah buat sy sepanjang berada di Mekah.. masih terbayang Kaabah di hadapan sy, dgn haruman yg xkan sy lupakan.. antara merasa hina dan sgt2 x layak, tp bersyukur sgt2 kerana diberi nikmat dan peluang sebegitu.. Allahu Allah, kalau masa boleh diulang-ulang, sy mahukan ianya kekal di situ shj.. =)

Di waktu solat.. terbaekk kan?
Saya selalu dinasihatkan supaya jgn jln sorang2, buat apa2 pn kena berteman.. tp, ntah la.. berseorangan tu terasa lebih mudah buat sy.. terasa lebih dekat dgn Dia, terasa lebih terisi masa-masa sy.. forever alone mgkin? ngaa.. tp mmg x terasa bahayanya utk berjalan sorg2 ke masjidil Haram, walaupun hari dah lewat malam.. bila dah masuk masjid, lg lah rasa selamat.. x pernah sunyi dan x pernah kosong, sentiasa dipenuhi manusia2 yg sama2 insyaAllah mencari redhaNya, mencari cintaNya .. =)
Namun, satu perkara yg rasanya agak dikesali, adalah apabila ada yg sanggup menyakiti dan menyusahkan org lain, demi mencapai hajat masing-masing.. contohnya, berebut-rebut utk mencium Hajarulaswad dan Rukun Yamani, marah2 masa nk masuk Gua Hira', tolak2 masa tawaf.. huhu..

11/4/12, kami meningalkan Mekah menuju Madinah.. it was a goodbye without saying goodbye for me.. sy redha, kalau itu yg terbaik buat sy.. dan sungguh, redha adalah sesuatu yg lebih mudah diungkapkan daripada dilakukan.. utk sentiasa bersangka baik dgn Allah, walaupun diuji dgn perkara yg kita selalu minta dijauhkan..

Cantik kan gambar ni? tq En Google.. hihi..

Setibanya di Madinah pada waktu Maghrib, Masjid Nabawi menjadi tumpuan utama.. tempat di mana Kekasih Allah dimakamkan, tempat di mana terletaknya Raudhah, satu daripada taman2 Syurga.. Perkuburan Baqi' juga terletak di situ.. kami x lama di Madinah, namun tetap berpeluang menziarahi beberapa tempat seperti Masjid Quba', ladang kurma Abdul Rahman Al-Auf, dan juga Jabal Uhud.. Hari-hari di Madinah dipenuhi dgn meluangkan masa di Masjid Nabawi.. Madinah sungguh tenang dan damai.. terlihat warisan pemerintahan Nabi yg pastinya sgt tersusun dan berorganisasi.. quote dari seorang sahabat, "Sungguh terasa kasih syg Nabi ! " =')

Jemaah umrah kami, berlatar belakangkan Jabal Uhud.. Kawasan ini menyaksikan gugurnya 70 sahabat Nabi yg syahid mempertahankan islam, dan yg terutamanya mereka yg mempertaruhkan batang tubuh mereka melindungi Nabi daripada diapa-apakan pihak musuh.. Semoga semangat itu juga mengalir dalam diri kita.. Semoga kita menang memperjuangkan agamaNya, ataupun mati sbg seorang syuhada memperjuangkan agamaNya!


Again, it was a goodbye without saying goodbye for me.. dan again juga, Allah menguji sy, benarkah sy ni seorang hambaNya yg redha.. benarkah sy mampu menerima segala yg ditakdirkan buat sy.. apa yg sy mampu katakan, insyaAllah, sy redha dan sy terima ujianNya ini, walaupun sbg manusia biasa, air mata sy tumpah juga mengenangkan beruntungya rakan2 lain as compared to me.. Jauh di sudut hati, sy tetap mengharapkan keizinanNya utk menjadi tetamuNya lagi.. amiin, amiin, amiin! 

Ngaa, banyaknyaa sebenarnya nk cerita .. tp, rasanya x terkarang ayat2 yg mampu mendefinasi kebahagiaan sepanjang berada di Haramain .. betul lah kak, x bole describe perasaan best tu.. huhu.. apa pun, teringat beberapa perkara yg selalu disebut-sebut sepanjang perjalanan pulang..
-Nak tgk mabrur ke x umrah kita, tgk amalan2 kita lepas balik dari umrah .. Allahuakbar, semoga kami tergolong dalam kalangan org2 yg diterima amalannya.. 
-Allah itu bukanlah hanya di Kaabah .. Allah itu ada di mana2.. kan Allah ada berfirman dlm Al-Quran,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku dekat.  Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.  Sebab itu hendaklah mereka memohon perkenan kepadaKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka memperoleh petunjuk." ( Al Baqarah, ayat 186). 
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16]
Maka, seharusnya, mencari cinta Allah dan Rasul itu bukanlah di Mekah dan Madinah sahaja.. smoga ibadah umrah dan kunjungan ke dua Tanah Haram ini menjadi pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi seorang abid dan khalifah, lebih mendalami erti menjadi seorang hamba, dan benar-benar mengikuti sunnah2 dan jalan juang KekasihNya, Muhammad SAW..

Sekian sahaja dari sy .. Andai seruan Ilahi seperti ini sampai kepada anda juga, jgn tunggu lama2, jgn fikir banyak2, jgn sekali-kali lepaskan ia! Pada sy, ia adalah pengalaman yg xkan mampu ditukar ganti, xkan bisa ditandingi dgn apa2 pn di dunia ni.. serius x tipuu .. ^_^

Wallahualam..
=)

Thursday, April 5, 2012

LastButNotLeast.. ^_^

Assalamualaikum WBT..

Suatu hari, sy duduk depan tv, duk fikir sorang2..
"Betul ke aku nk masuk skolah asrama ni?"

Suatu hari, menghadap borang2 yg perlu diisi..
"Nak jadi cikgu ke, nak jadi doktor ni?"

Suatu hari, mengemas bagasi yg besarnya hampir separuh tuannya..
"Biar betul aku nak pergi oversea ni?"...

Dan kini, aku berfikir sendiri..
"Ni nak g umrah jap lagi ni.. betul ke ni?"



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Bukan niat di hati untuk bermegah dan membangga diri..
Tapi, sebab rasa diri ini kerdil dan hina lah, aku tertanya sendiri..
Begitu besar nikmat dan kurnia Allah sepanjang kehidupanku ini..
Dah cukup bersyukurkah aku?
Adakah aku menggunakan segala nikmatNya dengan betul?
Adakah segala nikmatNya ni membawa aku lebih dekat padaNya?



Apa2 pun, saya yakin, setiap apa yg berlaku, mmg dah tertulis sejak dulu lagi..
Nun , demi kalam dan apa yang mereka tulis.(Al-Qalam : 1 )
Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. "................................Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).
Dan, atas ilham yg Allah kurniakan, di sinilah saya.. Menjalani kehidupan yg sy kira sgt memberi erti ..

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu [jalan] kefasikan dan ketakwaannya, (As-Syams :8)

Terima kasih Allah ..
Atas nikmat yg x henti-henti, walaupun diri ini sgt banyak salah dan khilafnya..
Maafkan aku ya Allah ..
Kerana terlalu cuai dalam melaksanakan tugas sbg seorang abid dan khalifah di muka bumi..
Terlalu banyak memberi alasan, terlalu menurut hawa nafsu dan syaitan..

Andai masaku di dunia masih berbaki, aku memohon agar diriku tetap tsabat di atas jalan ini..
Andai sudah tiba masanya utk aku menghadapMu ya Rabb, aku memohon agar segala dosaku padaMu diampunkan, segala dosaku kepada manusia lain dimaafkan, segala hutang piutang dilangsaikan, dan segala hak2 dan tanggungjawab yg terletak atas bahuku, ditunaikan..

Buat rakan2 yg sudi baca post ni, ketahuilah..
Saya yakin sy bukanlah teman ideal buat kalian..
Saya yakin jugak bahawa banyak hati2 dan perasaan yg terluka sbb sy..
Harapnya kalian sudi maafkan sy..
Sesungguhnya sy masih sdg belajar erti sebuah kehidupan..
Tolong sy kalau2 sy terjatuh atau termelencong ye?
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke SyurgaNya!



p/s : dah la tu, g kemas barang nuun..

=)

Tuesday, April 3, 2012

What we want in Life..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, Allahuakbar..

Sedang mengembara, mencari cintaNya..
semoga setiap saat selepas ni adalah mujahadah dan ibadah buatku..

Menarik melihat apa yg setiap org mahukan dalam kehidupan.. It shows your priority in life..
Kalau dunia mnjadi priority, maka dunia lah impiannya..
Kalau akhirat menjadi priority, maka keinginan duniawi pn boleh menjadi ukhrawi..
ngaa, mcm mana tu? adaa, percaya lah.. heheh..

Kebaikan dunia dan akhirat..
Haruslah seiring dan sejalan..
Semoga setiap kebaikan di dunia menjadi asbab kebaikan diakhirat, insyaAllah ..

Dikelilingi rakan2 muslimah yg masih belajar, soal jodoh sering disebut-sebut..
ada yg meminta dikurniakan jodoh yg baik, ada yg meminta agar diberi petunjuk kalau pilihannya itu adalah yg terbaik.. insyaAllah dearests, will pray hard for all of u.. (urmm, got to add that to my own doa as well? =p)

paling teruja bila bertanya 2 org anak kecil ttg 3 wishlists mereka..
taw apa jwpn pertama mereka?
"I want to go to heaven!!"
=')
I want to have a good life in the future.
I want all my families' doa to be listened and comes true..
I want Ummi to get her Dr..
I want everyone to have good times compared to bad times so that everyone can go to Syurga..
MasyaAllah, baru setahun jagung, tapi sudah memikirkan kebaikan utk org lain..
smuga Allah memelihara hati-hati suci yg kalian miliki..

Alhamdulillah, Allah campakkan sy ke sebuah tempat yg mana sy dipertemukan dgn insan2 yg superb!
Mereka mengajar sy erti kasih sayang kerana Allah..
Semoga Allah merahmati kalian..
Ucapan dari seorg teman, "Semoga awk pergi dgn hati yg bersih, dan pulang juga dgn hati yg bersih dan suci insyaAllah"
Amiin, amiin !!
=')

2 more days~~

Wallahualam..
=)