Sunday, October 23, 2011

NamaSayaIZZATI.blogspot.com

Salam WBT ..

Ye, sy tahu tajuk kali ni agak mencapub ..
saja nak share, boleh?
tengkiu2 ..

Satu hari, sy tanya mak sy, "kenapa letak nama izzati? (mcm x suka la pulak bunyinya" ..
Puan Mama kata, "Sebab makna dia lah" ..

Suatu ketika, dalam bas, dalam perjalanan ke uni,
duduk dgn seorang kakak dari Iraq ..
borak2 sikit, pastu tanya nama ..
dipendekkan cerita, kakak tu x dapat tangkap maksud nama sy sbb sy menyebutnya Izzati, bukan 'Izzati ..

Tadi, berborak2 dgn rakan serumah ..
" URL blog semua org mesti ada maksud tersendiri" ..

Maka, digabungkan kedua-dua peristiwa di atas, terfikir nak kaji sikit maksud nama sendiri ..

 عزتى

Maksudnya? 

"Kemuliaanku" ..

Berdasarkan ilmu bahasa arab komunikasi yg x berapa nk cemerlang di dalam diri,
perkataan  عزتى berasal daripada perkataan عزة , yg membawa maksud kemuliaan ..
dan huruf ى yg menjadikan maksudnya "Kemuliaanku" ..

T_T

Kenapa nangis?
Dua sebab ..

Pertama, betapa besar harapan n impian mak ayah sy terhadap anak mereka yg seorang ni ..
Dan siapa yg mengilhamkan harapan dan impian mereka tu?
Tentunya Allah SWT ..
Semoga sy mampu menjadi seorang Hamba dan Abid yg menjadi lambang kemuliaan islam ..
Allah .............

Kedua?
Hurmm .. sedih sbb x semua org pn panggil sy dgn nama sy yg best tu ..
*perasan*
Bukan ke panggilan nama yg baik, berulang-ulang kali adalah bagaikan suatu doa?

Pernahkah anda mendengar orang tua-tua berkata, nama panggilan itu adalah bagaikan satu DOA? Sebenarnya, setiap apa sahaja yang kita perkatakan, sekiranya ia diulang berkali-kali, ianya akan menjadi satu doa. Ia bagaikan diminta-minta…dan dengan izin Allah, ianya menjadi kenyataan.
Kata penceramah popular, Ustaz Ismail Kamus : “Nama kita atau nama panggilan seharusnya dipilih yang baik-baik. Kerana, apabila setiap orang di sekeliling kita selalu memanggil kita, maka nama kita itu bagaikan menjadi satu doa. Sebab itulah nama kita seharusnya mempunyai maksud yang baik-baik. Bukan pakai pilih ikut sedap didengar”
*sy copy kat sini*

Sorry sorry sorry, sy tahu mmg susah nak tukar nama panggilan ..
Rasa kelakar, rasa x biasa, rasa mcm 'chill lah, nama je' ..
Honestly, sy ok je .. kot ..
Tapi bukan ke doa itu adalah senjata org mukmin?
Jadi, mari saling mendoakan antara satu sama lain ..

P.E.A.C.E

=)

p/s : kalau tgk cerita sy dgn kakak Iraq tu, sedangkan Izzati pn berbeza daripada 'Izzati, apatah lagi .....

Wallahualam ..

2 comments: