Saturday, October 15, 2011

Knock Knock !!

Assalamualaikum WBT ..


Apa yg knock2?
tu bunyi hati + jiwa + perasaan sy yg mcm dah kena ketuk2 + tembak2 + tikam2 semenjak dua menjak ni .. hurmmm ..


suatu hari, baca email ..
thanks to Abu Productive, sy diingatkan kembali, bahawa tidur itu adalah salah satu elemen penting dlm hidup kita .. try baca ni .. 
banyak sgt tidur, buang masa, badan letih ..
sikit sgt tidur, sakit kepala, x cukup rehat ..
so, sila lah plan tidur dgn sebaiknya ...


sy rasa pakcik ni comel .. ?


tadi pulak, diingatkan tentang bangun malam n penggunaan masa ..
Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari  kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (4) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (6) Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7) Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (8) [Dia-lah] Tuhan timur dan barat, tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. (9)  (Al-Muzammil : 1-9)
Pernah x, 'ter'bangun malam , tapi x tahu nk buat apa .. mulalah syaitan duk kata, 'p la tido balek .. bkn ada apa nk buat pn' .. rugi lah kalau kita akur akn kehendak syaitan durjana tu ..  


Tahu x kita, masa amalan qiamullail ni mula2 diturunkan, ianya adalah wajib buat Rasulullah n para sahabat .. lepas lebih kurang setahun, barulah ianya dimansuhkan dan menjadi amalan sunat sahaja ..
kenapa ye? Wallahualam .. Allah lebih tahu ...
tp, berdasarkan ayat  "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat" , n berdasarkan kefahaman sy yg sgt cetek ni, qiamullail yg dilakukan oleh Rasulullah SAW n para sahabat itu, adalah sumber kekuatan jiwa mereka, sbb mereka akan membawa satu risalah yg sgt berat di siang harinya .. dan apa yg perlu dilakukan dalam amalan qiamullail?


1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)

3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam. 

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110: 
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)

8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.wditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)
11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)

13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.



Sy copy kat sini .. 


Pastu, baca Al-Quran dgn tartil .. tartil ? Maksud tartil ialah membacanya dengan menunaikan hak-hak huruf al-Quran secara jelas menurut ilmu tajwid .. (copy lg, kat sini .. )
Nak cantek lagi? Fahamkan apa yg dibaca .. cuba cari mana2 part yg boleh terus apply dlm kehidupan seharian .. hafal mana2 ayat atau surah yg mampu dihafal .. 
ye la, nak harapkan masa siang, nk kejar kelas lg, kejar bas lg .. x sempat sgt kot ..
so, manfaatkanlah masa sepertiga malam terakhir tu utk buat semampu yg boleh .. insyaAllah ..






dan yg last ni, well bak kata omputeh last but not least, mmg sangat penting kot .. 
MASALAH HATI .. T_T




urm, kalau blajar Bio, hati kaler merah jambu .. tp, nk senang cerita ttg masalah hati ni, katakanlah hati kita ni in black and white, mcm kat atas tu .. kalau kita buat dosa, satu titik hitam timbul .. buat dosa lg, titik hitam lg .. dan, kalau kita x cari cara utk putihkan hati kita, maka akan hitamlah keseluruhan hati kita .. GELAP .. 
bila hati dah gelap, nak blaja pn, ilmu susah nak masuk .. bila beribadah pn, x berapa nak khusyuk .. 
tengok cerita Titanic (what?) bole nanges2 tersedu sedan, tp bila solat, bila berdoa, setitis air mata itu bak sejongkong emas harganya .. x rasa bermasalah ke kat situ?


“Carilah hatimu di tiga tempat: 
1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali] 


AllahuAkbar .. begitu sekali peranan hati dalam kehidupan kita .. mana taknya, ada sebuah hadis Rasulullah, sy ambil sebahagiannya sahaja,


Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘ (Hadis 6 daripada 40 Hadis Imam Nawawi)


Penting kan untuk jaga hati? 


Tu je kot .. yg pertama-tama kena ambil pengajaran, mestilah sy sendiri ..
may Allah bless ..


=)

2 comments:

  1. salam. sekadar perkongsian. utk no 6; asbabun nuzul surah al-isra' (17:110)

    Ibnu 'Abbas berkata, bahawa ayat ini diturunkan saat Rasulullah masih menyebarkan Islam secara rahsia di Makkah. Saat solat berjemaah bersama dengan para sahabat, beliau mengeraskan suara dalam membaca ayat-ayat Al-Quran. Jika mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibaca beliau, kaum musyrik mencelanya, mencaci Allah yang menurunkannya, dan beliau yang membawanya. (HR Bukhari)

    ReplyDelete
  2. Wsalam ..
    Jazakallah berkongsi ..
    Smuga bermanfaat ..

    ReplyDelete