Assalamualaikum WBT ..
Apa khabar iman dan amal?
Tadi kami meraikan seorang saudara baru .. (baca : saudari) .. beliau berasal dari Poland ..
bekas penganut Kristian Katolik ..
pastu beliau bercerita lah ttg pengalaman beliau..,
sejak before kenal islam, masalah2 aka ujian2 yg beliau hadapi, then datang UK, jumpa beberapa org muslim, berkenalan dgn islam, semakin selesa dgn islam dan akhirnya kembali kepada islam pada 13/9/11 lalu ..
Rasa nak nanges bila dia kata, kalau org tanya bila birthday, dia akan jawab 13/9/11, sbb tu adalah tarikh dia officially menyatakan syahadahnya ..
Dan satu perkara yg menarik minat sy adalah, cara kakak ni describe hubungan dengan Allah .. katanya, sepatutnya kena rasa mcm org tgh bercinta .. hari2 x sabar2 nak jumpa .. bila jumpa, x fikir menda lain dah .. bila ada masalah, cari Dia .. bila nak mintak sesuatu, mintak kat dia .. bila rasa down, ingat kat Dia .. sanggup berhabis tenaga dan duit semata-mata kerana Dia .. masyaAllah, hebatnya ! beliau baru je kenal islam .. tapi dah boleh rasa macam tu ..
=')
Semoga Allah mengekalkan hidayah yg dikurniakan kepada beliau dan kita semua insyaallah ..
[Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi [karunia]." (Ali-Imran : 8)
Pastu, kami diingatkan ttg 10 hari terawal Zulhijjah ..
Oh, apa pentingnya hari-hari terawal Zulhijjah ni?
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Lepas tu, ustazah pesan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan 10 hari di bulan Zulhijjah ni ..
1) Melaksanakan Haji dan Umrah ..
Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2) Habiskan tilawah Al-Quran ..
Ye, maksud sy, habiskan satu Al-quran tu dalam masa 10 hari insyaAllah .. 3 Juzu' sehari .. Pagi, petang, siang, malam, before solat, dalam solat, lepas solat, before tidur ...
bagi yg x boleh nak baca? try dengar insyaAllah .. kat sini ke, dgr org lain baca ke ..
3) Qiamullail ..
Kata ustazah, kalau dah biasa qiam sebelum ni, try buat extra sikit .. tambah 2-3 rakaat ke, tambah sejam dua ke .. kalau x biasa qiam pulak, try la at least 2 rakaat sebelum Subuh tu .. pastu, ustazah sarankan, kalau buat tahajjud 2 rakaat kan, try baca 2 juzu' terus .. kiranya 1 rakaat 1 juzu' .. then try la habiskan lg 1 juzu' sepanjang hari tu .. insyaallah ..
4) Contact family ..
Yang ni rasanya hampir semua org excellent kot ..
Tapi, biasanya mesti kita duk contact mak ayah je kan?
Apa kata, bln Zulhijjah ni, kita cuba contact seramai mungkin keluarga kita ...
Mak, ayah, nenek, atuk, pakcik, makcik, sedara, sepupu .................
5) Solat sunat
Biasa dengan solat sunat rawatib? Kalau tak, jom biasakan sekarang .. Kalau dah biasa, try penuhkan pulak solat sunat tu ..
6) Puasa sunat ..
Ustazah sarankan puasa sebanyak mungkin .. Tapi yg paling utama sekali adalah puasa pada hari Arafah, ie 9 Zulhijjah ..
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
7) Berzikir ..
Seboleh-bolehnya, basahkan lisan kita dgn zikir kepada Allah, sebanyak-banyaknya ..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
8) Bertakbir ..
Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
9) Ibadah korban ..
Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
10) Solat Sunat Aidiladha..
Dan lain2 ibadah yang mampu kita fikirkan .. aim untuk buat benda2 baik sahaja sepanjang 10 hari ni .. dan harapannya semua perkara baik yg kita buat tu, akan dapat diteruskan smpai bila2 pun ..
Letak target .. nak sedekah 10 p / 10 sen sehari ke, nak senyum kat semua orang yg kita jumpa ke, nak tlg masak untuk teman serumah ke, nak tlg kejut kawan kita bangun qiam ke ..
Tapi satu benda nak kena ingat, bersihkan hati dan jiwa sebersih-bersihnya insyaAllah .. niatkan semua perkara baik semata-mata kerana Allah .. ingat hadis 1 daripada 40 hadis Imam Nawawi?
" إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ "
Hadis ini diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin (Pemimpin orang-orang beriman) Abi Hafs, `Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abd al-`Uzza bin Rabah bin `Abdillah bin Qurtd bin Razah bin `Adi bin Ka`ab bin Lu’ay bin Ghalib al-Qurasyi al-`Adawi – mudah-mudahan Allah meredhainya- katanya:
"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Segala amalan itu hanya berdasarkan niat. Dan setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya maka penghijrahannya itu adalah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehinya atau kerana seorang wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah menuju kepada tujuan penghijrahannya itu".
Hadis ini diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin (Pemimpin orang-orang beriman) Abi Hafs, `Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abd al-`Uzza bin Rabah bin `Abdillah bin Qurtd bin Razah bin `Adi bin Ka`ab bin Lu’ay bin Ghalib al-Qurasyi al-`Adawi – mudah-mudahan Allah meredhainya- katanya:
"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Segala amalan itu hanya berdasarkan niat. Dan setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya maka penghijrahannya itu adalah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehinya atau kerana seorang wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah menuju kepada tujuan penghijrahannya itu".
Wallahualam ..
Mari sama-sama hidupkan 10 hari di awal bulan Zulhijjah! May Allah bless ..
oh, antara website2 yg menjadi rujukan dan medan copy paste adalah ;
http://imamazhari.blogspot.com/2010/11/fadilat-bulan-zulhijjah.html
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/7.htm
Sekian ..
p/s : gambar2 yang saya letak kat atas ni, semuanya diambil di Lancaster .. entah, rasa cantikkk sgt2 awan n matahari musim luruh ni .. memang benarlah, Allah is the Ever-Loving ! awan yg dicipta bkn sahaja utk menurunkan hujan, dan matahari pula bkn sahaja dicipta utk membekalkan tenaga, tapi juga untuk menenangkan hati kita !
Alhamdulillah .. =)
No comments:
Post a Comment