Monday, October 31, 2011

terbaekkk .. =)

Salam WBT ..

Jumpa ni kat fesbuk .. 


Let's purify our heart .. may Allah bless us for being sincere to Him ..
O Allah, show me the true path ..
Bantulah aku dgn cara yang Kau sukai ..

=)

Sunday, October 30, 2011

4 Zulhijjah ..

Assalamualaikum WBT ..

=)

Yup, seperti yg tertulis di atas, kalendar sy dah menunjukkan 4 Zulhijjah ..
Apa khabar iman sekarang? semoga superb insyaAllah ..
mari sama-sama doakan masing-masing supaya dipelihara iman oleh Allah SWT ..

Kebanggaan Lancaster ?.. heheh ..


Masa awal2 first year, bkn main semangat nak join kelab tu, nak join society ni ..
Tiba2, dah 2nd year dan sy mmg x join apa2 aktiviti kelab dan persatuan pun ..
=_=
Tapi alhamdulillah, sy berpeluang join Charity Week yg dianjurkan Islamic Society kat sini ..
Oh, sy bukanlah pengarah program apatah lagi org besar dalam event tu ..
Cuma sempat menjaga gerai untuk satu hari, dan mengutip derma di hari yg lain ..

Segan? xyah cerita ..
Nak g tanya lecturer soalan Bio pn tergagap-gagap, ni pulak nk g approach org yg x kenal, mintak derma ..
Alhamdulillah, lepas bertanya seorang kawan ayat yg sesuai, sy pn mula start gear ..
Gear 1, tersasul sket sini sana ..
Gear 2, ok sket .. n I started to like the job ..
Klaka pn ada .. ada beberapa respon yg sy jumpa sepanjang hari tu ..

1) ada org akan jalan straight x pandang kiri kanan, ataupun tetiba ada org tepon dia, ataupun tetiba rasa nk dgr lagu tang tu gak .. (senyum, x perlu kata apa2 .. =) )
2) ada yg berhenti dan berusaha mencari sedikit duit dalam beg atau poket, dan meminta maaf dgn sgt jujur dan ikhlas sekiranya xde apa utk diberi .. (u r so sweet yo! )
3) ada yg dlm perjalanan nk ke SPAR, lalu berkata, "I'll be back!" .. *nanges terharu*

dan mcm2 lg la sebenarnya .. Allahu Akbar .. banyaknya manusia2 baik yg Allah cipta di muka bumi ni .. semuga Allah mengurniakan mereka hidayah, dan mengekalkan hidayah yg telah diberi pada kita .. =)

u know what a sister once said to me?
" U like Lancaster? I really dont like Lancaster .. the only 1 thing I enjoyed being in Lancaster is to get involved with the Islamic Society!" .. heh .. smpai mcm tu skali ka kakak? ^_^


x lama lg, makhluk Allah yg satu ni akan susah dijumpai .. haihh ..
Dan dan dan, sy rasa sangat sangat sangat bersyukur dan gumbira kerana dikelilingi insan2 comel yg x pernah fail mengisi hati dan ruh sy dgn bekalan2 yg insyaAllah akan menjadikan sy lebih memahami apa itu erti kehidupan .. apa maksud sabar dan apa itu kasih sayang .. dan sy yakin semuanya telah diatur dgn terbaekkkk oleh Allah,  yg Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yg ada jauhhhh dalam lubuk hati hamba-hambaNya ..

Maka benarlah Firman Allah ;

 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa [dari kejahatan] yang dikerjakannya. [Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".(2 :286)
 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (2:186)
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus."  (11:56)
Ye, sy stuju dgn kwn sy yg sorang ni .. dia selalu kata Allah tu sweet .. n yup, semakin hari, sy semakin stuju dgn awk .. ;)

Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah, Allahu Akbar ..

Wallahualam ..


=)

Thursday, October 27, 2011

Menghampiri Zuhijjah .. =)

Assalamualaikum WBT ..
Apa khabar iman dan amal?


Tadi kami meraikan seorang saudara baru .. (baca : saudari) .. beliau berasal dari Poland ..
bekas penganut Kristian Katolik ..
pastu beliau bercerita lah ttg pengalaman beliau.., 
sejak before kenal islam, masalah2 aka ujian2 yg beliau hadapi, then datang UK, jumpa beberapa org muslim, berkenalan dgn islam, semakin selesa dgn islam dan akhirnya kembali kepada islam pada 13/9/11 lalu ..
Rasa nak nanges bila dia kata, kalau org tanya bila birthday, dia akan jawab 13/9/11, sbb tu adalah tarikh dia officially menyatakan syahadahnya .. 
Dan satu perkara yg menarik minat sy adalah, cara kakak ni describe hubungan dengan Allah .. katanya, sepatutnya kena rasa mcm org tgh bercinta .. hari2 x sabar2 nak jumpa .. bila jumpa, x fikir menda lain dah .. bila ada masalah, cari Dia .. bila nak mintak sesuatu, mintak kat dia .. bila rasa down, ingat kat Dia .. sanggup berhabis tenaga dan duit semata-mata kerana Dia .. masyaAllah, hebatnya ! beliau baru je kenal islam .. tapi dah boleh rasa macam tu .. 

=')

Semoga Allah mengekalkan hidayah yg dikurniakan kepada beliau dan kita semua insyaallah ..

[Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi [karunia]." (Ali-Imran : 8)



Pastu, kami diingatkan ttg 10 hari terawal Zulhijjah ..
Oh, apa pentingnya hari-hari terawal Zulhijjah ni?
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
 "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).



Lepas tu, ustazah pesan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan 10 hari di bulan Zulhijjah ni ..

1) Melaksanakan Haji dan Umrah ..
  Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2) Habiskan tilawah Al-Quran ..
Ye, maksud sy, habiskan satu Al-quran tu dalam masa 10 hari insyaAllah .. 3 Juzu' sehari .. Pagi, petang, siang, malam, before solat, dalam solat, lepas solat, before tidur ...
bagi yg x boleh nak baca? try dengar insyaAllah .. kat sini ke, dgr org lain baca ke ..

3) Qiamullail ..
Kata ustazah, kalau dah biasa qiam sebelum ni, try buat extra sikit .. tambah 2-3 rakaat ke, tambah sejam dua ke .. kalau x biasa qiam pulak, try la at least 2 rakaat sebelum Subuh tu .. pastu, ustazah sarankan, kalau buat tahajjud 2 rakaat kan, try baca 2 juzu' terus .. kiranya 1 rakaat 1 juzu' .. then try la habiskan lg 1 juzu' sepanjang hari tu .. insyaallah ..

4) Contact family ..
Yang ni rasanya hampir semua org excellent kot ..
Tapi, biasanya mesti kita duk contact mak ayah je kan?
Apa kata, bln Zulhijjah ni, kita cuba contact seramai mungkin keluarga kita ...
Mak, ayah, nenek, atuk, pakcik, makcik, sedara, sepupu .................

5) Solat sunat
Biasa dengan solat sunat rawatib? Kalau tak, jom biasakan sekarang .. Kalau dah biasa, try penuhkan pulak solat sunat tu ..

6) Puasa sunat ..
Ustazah sarankan puasa sebanyak mungkin .. Tapi yg paling utama sekali adalah puasa pada hari Arafah, ie 9 Zulhijjah ..
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

7) Berzikir ..
Seboleh-bolehnya, basahkan lisan kita dgn zikir kepada Allah, sebanyak-banyaknya ..
Firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.


8) Bertakbir ..
Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.


9) Ibadah korban ..
 Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


10) Solat Sunat Aidiladha..



Dan lain2 ibadah yang mampu kita fikirkan .. aim untuk buat benda2 baik sahaja sepanjang 10 hari ni .. dan harapannya semua perkara baik yg kita buat tu, akan dapat diteruskan smpai bila2 pun ..
Letak target .. nak sedekah 10 p / 10 sen sehari ke, nak senyum kat semua orang yg kita jumpa ke, nak tlg masak untuk teman serumah ke, nak tlg kejut kawan kita bangun qiam ke ..

Tapi satu benda nak kena ingat, bersihkan hati dan jiwa sebersih-bersihnya insyaAllah .. niatkan semua perkara baik semata-mata kerana Allah .. ingat hadis 1 daripada 40 hadis Imam Nawawi?


" إِنَّمَا الْأَعْمَالُ ‏ ‏ بِالنِّيَّاتِ ‏ ‏وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا ‏ ‏يُصِيبُهَا ‏ ‏أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ "

Hadis ini diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin (Pemimpin orang-orang beriman) Abi Hafs, `Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abd al-`Uzza bin Rabah bin `Abdillah bin Qurtd bin Razah bin `Adi bin Ka`ab bin Lu’ay bin Ghalib al-Qurasyi al-`Adawi – mudah-mudahan Allah meredhainya- katanya:

"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Segala amalan itu hanya berdasarkan niat. Dan setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya maka penghijrahannya itu adalah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehinya atau kerana seorang wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah menuju kepada tujuan penghijrahannya itu".


Jadi, cadangan saya, bangun pagi je, terus doa dan set niat semoga segala perkara baik yang kita lakukan sepanjang hari tu, adalah kerana Allah semata-mata insyaAllah ..

Wallahualam ..
Mari sama-sama hidupkan 10 hari di awal bulan Zulhijjah! May Allah bless ..

oh, antara website2 yg menjadi rujukan dan medan copy paste adalah ;

http://imamazhari.blogspot.com/2010/11/fadilat-bulan-zulhijjah.html
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/7.htm

Sekian ..

p/s : gambar2 yang saya letak kat atas ni, semuanya diambil di Lancaster .. entah, rasa cantikkk sgt2 awan n matahari musim luruh ni .. memang benarlah, Allah is the Ever-Loving ! awan yg dicipta bkn sahaja utk menurunkan hujan, dan matahari pula bkn sahaja dicipta utk membekalkan tenaga, tapi juga untuk menenangkan hati kita !

Alhamdulillah .. =)

Sunday, October 23, 2011

NamaSayaIZZATI.blogspot.com

Salam WBT ..

Ye, sy tahu tajuk kali ni agak mencapub ..
saja nak share, boleh?
tengkiu2 ..

Satu hari, sy tanya mak sy, "kenapa letak nama izzati? (mcm x suka la pulak bunyinya" ..
Puan Mama kata, "Sebab makna dia lah" ..

Suatu ketika, dalam bas, dalam perjalanan ke uni,
duduk dgn seorang kakak dari Iraq ..
borak2 sikit, pastu tanya nama ..
dipendekkan cerita, kakak tu x dapat tangkap maksud nama sy sbb sy menyebutnya Izzati, bukan 'Izzati ..

Tadi, berborak2 dgn rakan serumah ..
" URL blog semua org mesti ada maksud tersendiri" ..

Maka, digabungkan kedua-dua peristiwa di atas, terfikir nak kaji sikit maksud nama sendiri ..

 عزتى

Maksudnya? 

"Kemuliaanku" ..

Berdasarkan ilmu bahasa arab komunikasi yg x berapa nk cemerlang di dalam diri,
perkataan  عزتى berasal daripada perkataan عزة , yg membawa maksud kemuliaan ..
dan huruf ى yg menjadikan maksudnya "Kemuliaanku" ..

T_T

Kenapa nangis?
Dua sebab ..

Pertama, betapa besar harapan n impian mak ayah sy terhadap anak mereka yg seorang ni ..
Dan siapa yg mengilhamkan harapan dan impian mereka tu?
Tentunya Allah SWT ..
Semoga sy mampu menjadi seorang Hamba dan Abid yg menjadi lambang kemuliaan islam ..
Allah .............

Kedua?
Hurmm .. sedih sbb x semua org pn panggil sy dgn nama sy yg best tu ..
*perasan*
Bukan ke panggilan nama yg baik, berulang-ulang kali adalah bagaikan suatu doa?

Pernahkah anda mendengar orang tua-tua berkata, nama panggilan itu adalah bagaikan satu DOA? Sebenarnya, setiap apa sahaja yang kita perkatakan, sekiranya ia diulang berkali-kali, ianya akan menjadi satu doa. Ia bagaikan diminta-minta…dan dengan izin Allah, ianya menjadi kenyataan.
Kata penceramah popular, Ustaz Ismail Kamus : “Nama kita atau nama panggilan seharusnya dipilih yang baik-baik. Kerana, apabila setiap orang di sekeliling kita selalu memanggil kita, maka nama kita itu bagaikan menjadi satu doa. Sebab itulah nama kita seharusnya mempunyai maksud yang baik-baik. Bukan pakai pilih ikut sedap didengar”
*sy copy kat sini*

Sorry sorry sorry, sy tahu mmg susah nak tukar nama panggilan ..
Rasa kelakar, rasa x biasa, rasa mcm 'chill lah, nama je' ..
Honestly, sy ok je .. kot ..
Tapi bukan ke doa itu adalah senjata org mukmin?
Jadi, mari saling mendoakan antara satu sama lain ..

P.E.A.C.E

=)

p/s : kalau tgk cerita sy dgn kakak Iraq tu, sedangkan Izzati pn berbeza daripada 'Izzati, apatah lagi .....

Wallahualam ..

Thursday, October 20, 2011

يوم الجمعة

Assalamualaikum WBT ..

Nak kongsi sikit apa yg sy jumpa dlm Riyadhus Salihin .. Semuga bermanfaat ..

825. Dari Abu Abdillah yaitu Salman al-Farisi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidaklah seseorang itu mandi pada hari Jum'at dan ia bersuci sekuasa yang dapat ia lakukan, juga berminyak dari minyaknya ataupun mengenakan sesuatu dari minyak harum yang ada di rumahnya, kemudian ia keluar - ke masjid, lalu ia tidak memisah-misahkan antara dua orang - yang sedang duduk, selanjutnya ia bersembahyang apa yang ditentukan atasnya - yakni shalat sunnah tahiyyatul masjid - dan seterusnya ia mendengarkan jikalau imam berbicara - atau berkhutbah, melainkan orang yang melakukan semua itu tentu diampunkan untuknya antara hari Jum'at yang dilakukan itu dengan hari Jum'at yang lainnya - yaitu hari Jum'at berikutnya."

1042.  Dari  Abu   Hurairah  r.a.  bahwasanya  Rasulullah  s.a.w. bersabda:"Shalat lima waktu, Jum'at yang satu sampai Jum'at yang lain adalah sebagai penutup dosa selama waktu antara semuanya - yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama tidak dikerjakan dosa-dosa yang besar." (Riwayat Muslim)

 1396. Dari Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."

Dedicated to all ..


=)

Tuesday, October 18, 2011

Kena Tembak !!!

Salam WBT ..

Giat bercerita tentang masalah hati 2-3 hari ni ..

Dan hari ni, mcm yg sy kata kat atas, mmg kena tembak bertubi-tubi .. *nages laju2*

 Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian" , padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. (8) Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. (9) Dalam hati mereka ada penyakit [ Penyakit hati misalnya ragu dan tidak yakin akan kebenaran, munafik dan tidak beriman ], lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (10)  ~Al-Baqarah : 8-10~ 
 Personally, ayat ni membuatkan sy bermonolog sendirian,

"Apa yg menyebabkan penyakit2 hati yg biasa kita duk bincang2 ie masalah dgn kwn2 ke, masalah dgn masyarakat sekeliling ke, terjadi ? sebab dalam hati yg kotor ni masih ada perasaan ragu dan tak yakin akan kebenaran ke? sebab ciri2 org munafik masih ada dalam diri ke? Sebab nipisnya iman ke? "


Lepas tu, sy terbaca pulak post ni,

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2011/10/muhasarawak-pagi-manusia-berjiwa-kuli.html

*tercarik-carik, terpecah berkeping-keping hati ni rasanya*


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Wallahualam .. Allah lebih tahu ..

~Semuga setiap perkara yg berlaku menjadikan aku lebih dekat padaNya~

Saturday, October 15, 2011

Knock Knock !!

Assalamualaikum WBT ..


Apa yg knock2?
tu bunyi hati + jiwa + perasaan sy yg mcm dah kena ketuk2 + tembak2 + tikam2 semenjak dua menjak ni .. hurmmm ..


suatu hari, baca email ..
thanks to Abu Productive, sy diingatkan kembali, bahawa tidur itu adalah salah satu elemen penting dlm hidup kita .. try baca ni .. 
banyak sgt tidur, buang masa, badan letih ..
sikit sgt tidur, sakit kepala, x cukup rehat ..
so, sila lah plan tidur dgn sebaiknya ...


sy rasa pakcik ni comel .. ?


tadi pulak, diingatkan tentang bangun malam n penggunaan masa ..
Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari  kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (4) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (6) Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7) Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (8) [Dia-lah] Tuhan timur dan barat, tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. (9)  (Al-Muzammil : 1-9)
Pernah x, 'ter'bangun malam , tapi x tahu nk buat apa .. mulalah syaitan duk kata, 'p la tido balek .. bkn ada apa nk buat pn' .. rugi lah kalau kita akur akn kehendak syaitan durjana tu ..  


Tahu x kita, masa amalan qiamullail ni mula2 diturunkan, ianya adalah wajib buat Rasulullah n para sahabat .. lepas lebih kurang setahun, barulah ianya dimansuhkan dan menjadi amalan sunat sahaja ..
kenapa ye? Wallahualam .. Allah lebih tahu ...
tp, berdasarkan ayat  "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat" , n berdasarkan kefahaman sy yg sgt cetek ni, qiamullail yg dilakukan oleh Rasulullah SAW n para sahabat itu, adalah sumber kekuatan jiwa mereka, sbb mereka akan membawa satu risalah yg sgt berat di siang harinya .. dan apa yg perlu dilakukan dalam amalan qiamullail?


1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)

3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam. 

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110: 
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)

8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.wditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)
11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)

13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.



Sy copy kat sini .. 


Pastu, baca Al-Quran dgn tartil .. tartil ? Maksud tartil ialah membacanya dengan menunaikan hak-hak huruf al-Quran secara jelas menurut ilmu tajwid .. (copy lg, kat sini .. )
Nak cantek lagi? Fahamkan apa yg dibaca .. cuba cari mana2 part yg boleh terus apply dlm kehidupan seharian .. hafal mana2 ayat atau surah yg mampu dihafal .. 
ye la, nak harapkan masa siang, nk kejar kelas lg, kejar bas lg .. x sempat sgt kot ..
so, manfaatkanlah masa sepertiga malam terakhir tu utk buat semampu yg boleh .. insyaAllah ..






dan yg last ni, well bak kata omputeh last but not least, mmg sangat penting kot .. 
MASALAH HATI .. T_T




urm, kalau blajar Bio, hati kaler merah jambu .. tp, nk senang cerita ttg masalah hati ni, katakanlah hati kita ni in black and white, mcm kat atas tu .. kalau kita buat dosa, satu titik hitam timbul .. buat dosa lg, titik hitam lg .. dan, kalau kita x cari cara utk putihkan hati kita, maka akan hitamlah keseluruhan hati kita .. GELAP .. 
bila hati dah gelap, nak blaja pn, ilmu susah nak masuk .. bila beribadah pn, x berapa nak khusyuk .. 
tengok cerita Titanic (what?) bole nanges2 tersedu sedan, tp bila solat, bila berdoa, setitis air mata itu bak sejongkong emas harganya .. x rasa bermasalah ke kat situ?


“Carilah hatimu di tiga tempat: 
1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali] 


AllahuAkbar .. begitu sekali peranan hati dalam kehidupan kita .. mana taknya, ada sebuah hadis Rasulullah, sy ambil sebahagiannya sahaja,


Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘ (Hadis 6 daripada 40 Hadis Imam Nawawi)


Penting kan untuk jaga hati? 


Tu je kot .. yg pertama-tama kena ambil pengajaran, mestilah sy sendiri ..
may Allah bless ..


=)

Twins of Faith Conference ,,,

Salam WBT ..

Tumpang lalu sikitt .. nak promote ni ha ..

http://uk.twinsoffaith.com/

sy mempersilakan beliau utk elaborate lebih lanjut ...


macam menarik?
sila beli tiket skrg juga ..


http://uk.twinsoffaith.com/contact.php


ok .. tu je nak promote ..
terima kasih ..

=)

Thursday, October 13, 2011

Back To School .. =)

Assalamualaikum WBT ..


There goes my 3 months summer break .. n sekarang? ayuh kembali ke sekolah .. 
Yes, dah seminggu sesi sekolah bermula .. Alhamdulillah, ok jek kot setakat ni .. dan semoga ianya terus ok, insyaAllah ..




Dan semalam, jiwa yg kosong dan hati yg kurg jernih ni, diketuk-ketuk oleh seorang kakak yg berlainan bangsa, berbeza asalnya dgn sy, tapi memiliki akidah yg sama ..


Firman allah dalam Al-Quran, 
Hanya milik Allah asma-ul husna [2], maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam [menyebut] nama-nama-Nya [3]. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.        ( 7 : 180)

 وَٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّڪُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ۬ وَدُودٌ۬ ٠
Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. ( 11 : 90)
Beliau berkongsi ttg salah satu drpd nama2 Allah yg indah : 


Apa maksud Al-Wadud? Kalau tgk dlm terjemahan ayat di atas, maknanya Maha pengasih kan? kalau dlm English, Al-Wadud means The Ever-Loving .. The EVER Loving .. The EVER LOVING ! 


Al-Wadud berasal dari perkataan WID, yg berkamsud LOVE and AFFECTION .. Wid jugak bermaksud The PUREST LOVE, free from any ENVY ..
Cth, kita syg kat adik beradik kita, tp pada masa yg lain, ada je kemungkinan utk kita marah dan geram dan jeles dan ............ tapi kasih sayang Allah? sayangnya Allah kat kita, sgt suci, very pure .. x kesah kita ni kaya ke, miskin ke, chantek ke, kurg chantek ke, tinggi ke, ketot ke .. apa yg membezakan kita semua? hanyalah iman dan takwa ..
Dan kita mesti beriman bahawa Allah memiliki sifat Al-wadud ni .. spt mana kita beriman Allah itu Pencipta kita, spt mana kita beriman Allah yang memberikan segala nikmat kat kita .. 


Ok .. kenapa al-Wadud? kenapa bkn al-hubb ? kenapa الودود , bukan الحب ?
Sebab, ada bezanya dua perkataan ni .. Al-Hubb bermaksud One's innermost feeling, that he/she hides deep down his/her heart .. tapi Al-Wadud means translating LOVE into ACTIONS !






Apa sebenarnya keperluan manusia?


Makanan dan minuman, Allah sediakan .. Allah is The Provider ! 
Perlindungan, Allah Maha Pelindung, akan sentiasa melindungi kita ..
manusia memerlukan kekuatan, ilmu, pendidikan dll .. 
Tapi ada satu lagi yg sgt2 kita perlukan .. LOVE and AFFECTION ..
Bayangkan kehidupan tanpa ibu bapa di sisi .. bayangkan kehidupan tanpa sahabat yang sentiasa memahami .. 
Tapi, bayangkan pula kehidupan seorang Hamba, tanpa Penciptanya di dalam hati !!


Segala ciptaan Allah, adalah bukti kasih sayangNya kepada kita ..


Contoh, bulan dan matahari, adakah sekadar utk mengawal pasang surut air di lautan dan membekalkan tenaga kepada sistem solar semata2 ? oh tidak .. cuba bangun awal pagi dan berlari2 anak ke atas bukit, tgk matahari terbit .. cantik x? tak pun lepas siram pokok bunga ptg2, duduk lepak kejap tgk matahari terbenam ke?
ataupun tunggu 14,15,16 hari bulan dalam bulan islam, pastu mlm2 tgk kat langit .. cantik x bulan masa tu?
bkn ke benda2 ni mampu membahagiakan dan menggembirakan kita? (ke budak Bio je suka menda2 mcm ni? haihh)


Ok .. lagi satu hakikat yg mmg kita x boleh nak pangkah lagi .. kita ni, manusia, sgt2 lah kecik dan lemah dan x berdaya, nak bandingkan dgn alam semesta ni .. cuba usha sini .. dan nak bandingkan dgn Allah yg MAHA BESAR ? T_T
Yet, Allah masih sgt2 sayangkan kita .. malah, Allah sentiasa dekat dgn kita .. setiap orang daripada kita, x terkecuali .. malah Allah ada berfirman, 


“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16]


Tapi kita? siapa yg lebih mengisi hati kita? Untuk siapa sebenarnya masa-masa, tenaga-tenaga dan harta kita?
Untuk siapa sebenarnya perasaan kasih dan syg kita?
T_T


Makanya, sy mengajak diri sy sendiri, dan sesiapa saja yg terbaca post ni, untuk sama2 Mencari CintaNya .. kalau ada apa2 masalah, kita cari Dia dulu .. kalau kita buat salah, cepat2 minta maaf kat Dia .. kalau kita perlukan apa2, mintak kat Dia dulu! Mari luangkan sepertiga malam kita yg akhir utk meluahkan segala yg terbuku dalam hati kita kepadaNya, kerana



Sepertiga malam adalah saat-saat yang sangat mulia; karena begitu mulianya, Allah SWT sampai perlu menekankan bahwa Dia “turun” di sepertiga malam untuk menghampiri hamba-hamba-Nya yang terjaga untuk beribadah.

“Yanzilu Rabbuna tabaaraka wa ta’ala fi tsulutsullailil akhir…”
(Allah itu turun ke langit yang paling dekat dengan bumi pada sepertiga malam terakhir. Shahih Bukhari).
copy dari sini ..

Ok .. rasanya tu je kot dari saya .. asiif, maaf, sorry, kalau ada ayat2 yg berterabur dan makna yg tak tersampai .. I feel so touched when the sister deliver this , and I hope u will feel the same, by watching this video ..




Till then ..


=)