Wednesday, June 27, 2012

F.a.c.e.p.a.l.m

Untunglaa buat projek Bio ada due date..
Awal2 dulu, duk rilek2, jalan sana sini (dgn tujuan yg murni insyaAllah, heheh)..
Bila dah nk dekat due, semput, lelah, panda..

Nyawa kita yg Allah pinjamkan ni pun macam tu jugak la ek..
Ada due date nya..
Cuma kita je tak tahu..
Makanya, x boleh la nak duk rilek2, jalan sana sini (tanpa arah tujuan)..
Mana kita nak tahu, kot due date nya dah dekat?
Erk, semputt..

Knock knock, tengah buat apa tu?
Allah is watching, Raqib and Atid are writing..

*Makan dalammm ni bro, adoii*


F.a.c.e.p.a.l.m !


p/s : People are leaving me, one by one.. Allahu Allah, semoga bertemu dan berpisahnya kami keranaMu Ya Allah..

p/s 2 : Be Strong kak, Allah is with u.. For after Hardship, there goes ease.
 Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (94 : 5)
Kerana pelangi itu munculnya selepas hujan kak.. InsyaAllah, He is planning something far better for u..

=)



Saturday, June 23, 2012

..0333230612..


Dalam sebuah Hadits ;

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliaa berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)

Kerana mereka adalah keutamaanku selepas Allah dan Rasul .. ^_^

Ya Allah, semuga aku mampu membahagiakan mereka..
Semoga kami dapat berjumpa dan bersama-sama di Syurga..
Semoga keranaMu aku hidup, keranaMu aku mati, dan keranaMu aku menyayangi mereka..


=)

Thursday, June 21, 2012

Sungai.


Jadi lah mcm air terjun..
Rajin benor dia 'terjun' atas batu, x pernah jemu..
Sampaikan dia mampu menembusi batu yg keras tu..

Jadi lah mcm air sungai..
Tenang je mengalir..
Tapi air yg tenang jgn disangka tiada buaya. Eh.
Tapi, air yg tenang itu menjadi sumber kepada banyak kehidupan yg lain..

Jangan lah jadi mcm air sungai yg statik,
yang dihalang sebongkah batu kecil,
membusuk dan tak memberi apa2 kebaikan..
Sadis dan merugikan..



P/s : what about me? mungkinkah hanya bagaikan lumut yang melekat di batu2 hitam? T_T