Showing posts with label Peduli Syria. Show all posts
Showing posts with label Peduli Syria. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Badminton.

Assalamualaikum WBT.

Listen! (ok, lame. haha)
Fuhh. Hebat sungguh gelombang listen di Facebook, Youtube dan sebagainya.
(Nampak sgt xde keje lain, duk ngadap laptop je) -.-
Tapi yg paling best, bila tgk respond kawan2 terhadap isu tersebut.
"Hek eleh, tak rasional langsung tindakan beliau"
"Dah beliau yang biadap dulu, mmg patut pun"
"B.E.R.S.I.H!". Eh.
Dan segala parody dan video dan status2 yang berkisar perkara tersebut.
Saya rasa semua orang dah ada pandangan masing2.
Apa yang penting, pandangan dan tindakan kita tu, tak dipengaruhi hawa nafsu semata, insyaAllah.

Badminton.
Ada orang, dia boleh main 4 set badminton match sekaligus, tapi dia x menang satu pun.
Ada orang, dia main 2 set, bole menang dua2, tapi x larat nak sambung dah.

Macam tu kot ek kehidupan.
Ada orang, dia boleh dan sanggup je buat banyak benda, tapi satu pun x menjadi.
Tapi, ada org lain, asal dia buat je, jadi. Tapi, dia x mampu nak buat banyak benda.

Tak kisahlah anda org yang mana.
Yang banyak tenaga, tapi kurang skil tu ke.
Yang mmg terer lagi bergaya, tapi kurang tenaga tu ke.
Yang penting, ikhlas dan mengharap redha Allah semata.

Maulid Nabi.
Sesungguh-sungguhnya, saya sangat tak pasti apa pendirian saya tentang menyambut Maulid Nabi.
Tapi saya yakin, pendapat2 yang mengatakan tak boleh sambut tu, adalah sebab tak bersetuju dengan tindakan untuk mengagungkan satu hari tu sahaja.
Maka saya tak rasa salah kalau saya nak ajak diri sendiri dan kawan2 untuk sama2 hidupkan sunnah2 Nabi dalam kehidupan kita kan?

Sebenarnya, semangat dan eksaited sebab dah beli buku yang duk frust masa xde stock dulu.
A day with the Prophet.

Tapi, saya x mampu kot share semua. Setakat termampu je lah ye?
Dan insyaAllah it will be 2-3 hadis per post.

Ok, Listen. (Adehh, sorry, can't helpp)

1. To begin any act with Basmallah (بسم الله الرحمن الرحيم)


“ANY SIGNIFICANT ACT that does not begin ‘in the name of Allah’ is severed.” (Nasa’i)



Imam Ahmad and the Sunan compilers recorded that Abu Hurayrah, Sa`id bin Zayd and Abu Sa`id narrated from the Prophet ,

«لَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اسْمَ اللهِ عَلَيْهِ»

(There is no valid ablution for he who did not mention Allah’s Name in it.)

This Hadith is Hasan (good). Also, the Basmalah is recommended before eating, for Muslim recorded in his Sahih that the Messenger of Allah said to `Umar bin Abi Salamah while he was a child under his care,

«قُلْ بِسْمِ اللهِ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ»

(Say Bismillah, eat with your right hand and eat from whatever is next to you.)

-Rujukan :
http://www.islamictreasure.com/bismillah-clearing-the-confusion/
Tafsir Ibn Kathir.

2. To do small good deeds, regularly.

A'isha said that Rasulullah saw said: "The deeds most loved by Allah (are those) done regularly, even if they are small." (Bukhari, Muslim)

But, we can always try to do as much deeds as we can, as frequent as we can.
No rush, but worth a try. Start small, aim high.

(Akakk, x jumpa post tuu, yang akak share dgn sy tuu.. T_T)


Alright. I think that's all for now.
Till fingers meet keyboard, till the eyes meet the monitor, InsyaAllah.

=)

P/s: There's something I wanted to share.
Just a few more clicks insyaAllah.
Spread the word!

"We demand that all Syrian students at UK universities are able to complete their studies without suffering any financial hardship caused by the ongoing situation in Syria. The situation has resulted in many Syrian students fees and grants no longer being paid. We urgently call on the Foreign Secretary Rt. Hon. William Hague MP and Rt. Hon. Dr Vince Cable MP, Minister for Business, Innovation and Skills to ensure that all Syrian students can complete their education."

Sign the petition now:http://www.avaaz.org/en/petition/Stop_UK_universities_from_expelling_Syrian_students/?csGPrdb

More details here.
http://www.huffingtonpost.co.uk/2013/01/14/syrian-students-face-deportation-death-torture-tuition-fees_n_2472639.html


Thursday, June 7, 2012

Lagi tentang Syria


Lagi tentang Syria..

Belumpun reda kemarahan terhadap penyembelihan beramai-ramai di Haulah, Homs yang mengorbankan 114 nyawa, semalam penyembelihan terbaru berlaku di kawasan El-Qubair, Pinggir Hama yang membunuh 180 lagi nyawa!

Lagi kanak-kanak dan wanita dibunuh oleh rejim Basyar di luar bandar Hama semalam (6 Jun 2012).

Menurut sumber, hampir 100 orang yang gugur syahid dalam pembunuhan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim di Hama. Menurut sumber, mereka bersenjatakan pisau dan juga senapang yang membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang sangat tragis.

Sekurang-kurangnya hampir 12 jasad yang gugur syahid akibat dibakar oleh tentera rejim.

sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

Adakah kematian mereka satu kepuasan buatmu? T_T

Oh, sesiapa yg berada di Malaysia, ini sumber pahala utk anda..


Himpunan Selamatkan Syria

Pada : Jumaat (8 Jun 2012)
Masa : Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, KL dan akan berarak untuk berkumpul di hadapan kedutaan Syria.
Berpakaian : Hijau dan putih (warna bendera Revolusi Syria)

Ayuh, seruan jihad untuk umat Islam di Malaysia yang prihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara kita di Syria.

Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menyatakan solidariti kita kepada mereka.

-------------------

Maklumat ini diambil daripada FB Ustaz Riduan Mohd Nor (Aktivis Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria)

Wallaualam..

Wednesday, May 30, 2012

Syria

Assalamualaikum WBT..

Rentetan peristiwa di Syria yang menjadi titik permulaan gerakan2 revolusi di sana, (sila rujuk sini)
Semakin hari semakin banyak berita yg diterima..
Semakin ramai saudara kita yg diseksa..
Semakin ramai saudara kita yg menjadi yatim piatu, tak beribu tak berbapa..
Semakin ramai anak2 kecil dizalimi dan dibunuh tanpa alasan yang nyata!



Hancur hati melihat dan membaca laporan2 tentang mereka..
Antara sumber2 yg saya boleh kongsikan ;

http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

http://www.therevoltingsyrian.com/

http://www.youtube.com/channel/UCbn55rxVlB2xn5Lf-Un-q8g?feature=g-hist

Terbaru , peristiwa penyembelihan beramai-ramai di Haulah..
Allahuakbar, speechless..
Penentangan tanpa senjata yg dilakukan, dibalas sebegitu rupa.. T_T
Dan aku hanya mampu duduk di depan kaca laptop (kaca laptop?) menangisi pemergian mereka yg telahpun syahid di jalanNya..
Tanpa aku sedari, dah hampir setahun sejak revolusi di Syria berlaku..
Tapi, hari demi hari berlalu, apa je yg aku dah lakukan utk mereka?
Klik, baca artikel, klik, share.. Klik, tengok video, klik, share..
Sampai bila?



Apa pun, aku sedar, setiap orang berada di tempat dan pada masa yg terbaik yg Allah dah tentukan..
Maka, insyaAllah, aku yakin, pada masa ini, yg terbaik untuk aku adalah untuk berada di sini..
*bila tanya balik diri sendiri, betul ke dah bersedia untuk ke sana berjuang bersama mereka?*
Aku akan terus klik dan share, walaupun aku tahu, ia mungkin xkan mampu mengubah apa2 ..
Walaupun aku tahu, ia mungkin xkan mampu menghalang tentera2 Asad daripada terus menggila..
Walaupun aku tahu, seandainya aku masih hidup esok, mungkin aku akn mendengar atau melihat syhidnya saudara-saudara ku di sana..

Kerana aku yakin, kemenangan islam itu sesuatu yg pasti..
Dan, kerana doa itu senjata org mukmin..
Semoga Allah redha..




*copied from the "Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria" group ;

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

1) Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

2) Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

3) Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat.

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.


Indahnya matahari terbenam hari ini di sini.. Adakah aku berpeluang melihatnya terbit semula esok pagi? Pasti mereka juga sedang melihat sang Matahari yg sama.. Namun pastinya keadaan kami jauh berbeza.. Allah, pertemukanlah kami di syurgaMu.. 

Doa buat mereka,



Sabarlah saudaraku, penantian dan penderitaanmu, Syurga balasannya insyaAllah..


...

Friday, January 20, 2012

Jumaat datang lagi ! ^_^

Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah ..
Allah bagi peluang untuk menghirup udara pinjamanNya di hari Jumaat yang mulia ..



Pagi tadi, terkejut + sadis + kesal bila terbaca berita ni ..
Apa lah dosa bayi yg lemah dan belum lagi mengerti makna kehidupan tu ..
Haihh ..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Hari tu, kami berbicara tentang perubahan ..
Pastu, terjumpa video ni ..

Bukan senang nak berubah, kalau xde biah (persekitaran) yang baik ..
Bukan senang nak berubah, kalau perubahan tu tak bersandarkan niat yang ikhlas..
Bukan senang nak berubah, bila terpaksa meninggalkan perkara2 yang dah sebati dengan hati ..
Bukan senang nak berubah, bila perubahan itu diiringi pandangan2 serong dan kata2 yg kadang2 mengguris hati ..

Ye, encik matahari pun mengalami perubahan ..
Sedangkan para sahabat Rasulullah pun, ada yang bermula sebagai seorang yang jahil dalam agama.. Ada yang bunuh anak sendiri, ada yang pernah menyembah berhala, ada juga yang pernah minum arak, dan lain2 .. Tapi, hidayah Allah, didikan Rasulullah dan kesungguhan mereka sendiri dalam mengubah diri mereka, menjadikan mereka orang2 yang hebat dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan islam !

Dan tak dinafikan, bila berlaku perubahan ke arah kebaikan, akan ada je bisikan2 syaitan dan tarikan2 ke arah ke-tidak-baikan tu ..

"X yah la extreme sgt .. sikit2 dah le"
"X cantik la pakai mcm tu .. mcm mak org je"
"Eh, kau tu bukannya baik sangat .. boleh pulak nak nasihat org lain.."

Bismillah..
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) Raja manusia. (2)Sembahan manusia. (3) dari kejahatan [bisikan] syaitan yang biasa bersembunyi, (4) yang membisikkan [kejahatan] ke dalam dada manusia. (5) dari [golongan] jin dan manusia. (6)

Yup, maka benarlah kata2 Allah..
Syaitan tu datang dari golongan jin DAN manusia ..
Mereka akan membisikkan semua bisikan2 jahat tu ke dalam dada manusia ..
Maka apa tugas kita sebagai manusia?
Allah ada bagi solution, dalam surah yang sama ;

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) 

Doa banyak2 ye .. semoga Allah melindungi kita dan semoga Allah mengganjari usaha kecil kita dalam melakukan perubahan yang insyaAllah akan membawa kita lebih dekat kepada Nya ..

Oh, nak promote sikit ..

Do we care? =)
Wallahualam ..
p/s : maaf atas randomness .. =p


=)

Sunday, December 11, 2011