"Diriwayatkan daripada Sayyiduna Ali -'alaihissalam- bahawa beliau sedang berada di samping Rasulullah -sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam- ketika baginda bertanya, "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Para sahabat diam tidak menjawab.
Sayyiduna Ali berkata, "Kemudian saya pulang ke rumah dan bertanya Fatimah -'alaihassalam- : "Apakah perkara yang terbaik untuk perempuan?" Fatimah menjawab, "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka."
Kemudian saya memberitahu Rasulullah tentang jawapan Fatimah itu, lantas baginda bersabda, "Fatimah itu sebahagian daripada saya."
Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu'aim dalam al-Hilyah.
Gambar Random.
Dalam sebuah ceramah oleh Abu Usamah At-Thahabi, beliau kemukakan sebuah hadis yang berbunyi,
"When the servant marries, then he has completed half of the deen. Then let him fear Allah (Taqwa) with regard to the remaining half" (Saheeh ul-Jaami no.443)
Malah, ada ulama (baca: ada, bukan semua) yang mengklasifikasikan orang yang tidak berkahwin itu sebagai pendosa. Erk.
Duhai muslimahku sayang.
Terkadang, aku melihat seorang muslimah itu, terlalu memandang berat isu mencari "her other half of the deen", tetapi kurang menjaga diri supaya "Mereka tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat mereka." Kadang2, seorang muslimah tu lupa, soal pasangan hidup ni kan, urusan Allah. Memang kena usaha, tapi padaku, usaha itu adalah dengan memelihara diri dan menguatkan hubungan dengan Allah, bukan dengan memperlihatkan kepada dunia, akulah muslimah idaman! Erk.
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Duhai muslimahku sayang.
Hati yang satu itu, jika tidak dipelihara dengan sebaiknya, jika jauh dari Allah, maka akan keraslah ia, kotorlah ia dan busuklah ia. Hati yang macam ni, akan mudah dikuasai oleh syaitan, lalu mengakibatkan anggota2 badan yang lain turut melakukan perkara2 yang tidak disukaiNya.
Allah.
Duhai muslimahku sayang.
Pengharapan sebenar itu seharusnya diletakkan kepada Allah semata-mata. Serahkan hati kita padaNya, semoga terpelihara.
Terima kasih lah Bro Irfan Makki, bikin tacing di malam hari.
Your Lord has decreed that you should worship none but Him, and that you should show kindness to your parents. Whether one or both of them reach old age with you, do not say "Ugh!" to them out of irritation, and do not be harsh with them; rather, speak to them with gentleness and generosity. Take them under your wing, out of mercy, with due humility and say: "O Lord, show mercy to them as they did in looking after me when I was small." (Surat al-Isra': 23-24)
Abu Huraira reported that a person came to Allah, 's Messenger (may peace be upon him) and said: Who among the people is most deserving of a fine treatment from my hand? He said: Your mother. He again said: Then who (is the next one)? He said: Again it is your mother (who deserves the best treatment from you). He said: Then who (is the next one)? He (the Holy Prophet) said: Again, it is your mother. He (again) said: Then who? Thereupon he said: Then it is your father. In the hadith transmitted on the authority of Qutalba, there is no mention of the word" the people".
Yazid b. Abu Habib reported that Na'im, the freed slave of Umm Salama, reported to him that 'Abdullah b. 'Amr b. 'As said: There came to Allah's Apostle (may peace be upon him) a person and said: I owe allegiance to you for migration and Jihad seeking reward only from Allah. He (the Holy Prophet) said: Is one from amongst your parents living? He said: Yes, of course, both are living. He further asked: Do you want to seek reward from Allah? He said: Yes. Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Go back to your parents and accord them benevolent treatment.
Oh Allah, make me able to make my mother the happiest mother in this world and hereafter, and may all mothers in the world receive the respect and the love they deserve.
Haah, saya lagi.
Post kedua hari ni.
Dah lama x menulis rasanya. ("Ada aku kesah?", anda berkata. -.-)
Anyhow anyway. Straight to the point, don't belok2.
What's after Raya?
Setelah duk pulun ketupat, rendang, lemang, sate, lontong, dodol etc.
Setelah beriang ria raya bersama saudara mara, sahabat handai.
Setelah berpuluh-puluh kilometer mengembara mencari rumah2 yg terbuka pintunya buat anda.
*Kan dah pesan, jgn belok2. Haihh.
1st and foremost, ce check balek, mcm mana graf ibadah kita setelah kita kembali kpd fitrah kita?
Apa effect tarbiyah Ramadhan buat kita?
Masih terjaga kah bacaan Al-Quran kita?
Masihkah kita berqiamullail?
Masih ringankah tangan kita menghulurkan bantuan buat mereka yg memerlukan?
"Chill la, raya kan setahun sekali. Lek2 dulu".
Erk.
2ndly, mcm mana ingatan kita kepada saudara2 seakidah kita di luar sana?
Mereka di Palestin, Syria, Rohingnya dll.
Masihkah mereka dikenang dalam doa2 kita?
"Alaa, abes tu, tak boleh nak raya ke? Kena sedih2 ke?"
Deyy, bkn la begitu. Err, tp kalau mampu, silakan la.
Cumanya, pendapat dua posen saya, dalam kita beriang ria beraya bersama cornflake tu, selit2 kan lah jugak ingatan buat mereka di sana.
Kenang2 jugak lah mereka dalam doa2 kita.
Klik2 jugak lah link2 yang menceritakan tentang mereka, dan sebar2kanlah kat sedara mara dan sahabat handai kita tu.
Ringan2 kan lah tangan bagi duit raya kat mereka.
Ke camne?
Ketiganya, saya pasti ini antara yg paling osem sekali.
Takyah cerita panjang lah. Hehe.
Ya Allah, terima lah amalan kami.
Keempatnya.
Saya teringat membaca post kak Beah Osem yang ni.
Secara dasarnya (read : basically), saya suka part mujahadah tu.
Kerana bagi saya, hendak mengecap cinta Allah itu hanyalah melalui satu jalan sahaja, yakni bermujahadah, tundukkan nafsu dan perangi keinginan sendiri. Orang-orang yang bermujahadah kerana Allah, itulah definisi hero bagi saya.
Hurm, kalau reflect balik, insyaAllah, masa Ramadhan yg lepas, bacaan Al-Quran lebih terkesan, bangun malam terasa lebih mudah, dll etc.
Ye lah kan, syaitan terbelenggu, surrounding pun sangat pro-kebaikan (baca : sume org pn berlumba-lumba nak buat kebaikan), Alhamdulillah, pada saya, sume tu sgt2 membantu.
Tapi, setelah tamatnya Madrasah Ramadhan itu, setelah kembalinya kita kepada fitrah, segalanya terasa sedikit berat. (Ok, kalau anda x rasa mcm tu, xpe lah. Ni apa yg saya rasa.)
Nak habiskan 1 juzuk sehari, terasa mcm, perghh, mujahadah!
Nak bangun qiam, ye la, bkn nk kena sahur pn, adehh, mujahadah!
Nak start puasa 6? Dalam masa siang yg masih lagi panjang ni? Adoi ai, mujahadah!
Tapi, kerana itu adalah cara utk kita mengecap cinta Allah, mencapai redhaNya, biidznillah, insyaAllah, kita gagahi jua.
Teringat perkongsian dgn seorang sahabat.
Bukan amalan kita yg menjadi kayu ukur untuk kita masuk Syurga.
Tapi kasih sayang dan redhaNya.
Kerana teringatkan kisah seorang abid yg diminta untuk dimasukkan ke dalam syurga atas amalannya yg sangat banyak. Tapi setelah ditimbang segala amalannya itu, ianya lebih ringan dari nikmat sebelah matanya.
Kerana teringatkan hadis Nabi SAW.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).]
Allahu Allah.
Sungguh, terkadang aku lupa.
Bahawa tiada satu pun amalanku yang akan terlepas dari penghisabanMu.
Bahawa setiap detik membawa aku lebih dekat dengan kematianku.
Bahawa iman, amal dan takwa yang akan menjadi bekal ku untuk menghadapMu nanti.
..................
Last but not least.
Kalau masa usrah, selalu disebutkan,
"Usrah itu bermula selepas usrah".
Mcm tu la lebih kurang.
Makanya, kalau Ramadhan?
"Ramadhan itu bermula selepas Ramadhan"?
Haha, mcm pelik bunyinya. Tapi apa yg sy cuba nak cakap adalah, ce tgk video ni.
Saya terasa rugi, sbb tgk video ni lepas Ramadhan berlalu. Hehs.
Tapi, takpe lah. Alhamdulillah,at least it gives me hope to strive harder after this for the next coming Ramadhan.
(InsyaAllah, sekiranya diizinkan Allah untuk berjumpa next Ramadhan)
Rasanya dah banyak dikongsi di mukabuku-mukabuku dan pengicau2..
Tapi nak share jugak kat sini..
Smuga bermanfaat.. =)
Kisah bermula ...
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Kisah mujahid yang sabar.. Allahuakbar..
"Kalau tidak boleh dengan dirinya, dengan hartanya. Kalau tidak boleh dengan hartanya, dengan doa-doa selepas selesai solat tahajjud dan solat fardu. Kalau tidak boleh dengan doa-doa, dengan mendidik anak-anak menjadi generasi Al-Quran dan As-Sunnah yang akan ikut berjihad membebaskan negeri-negeri Muslim yang terjajah, terutama Masjidil Aqsa dan Palestin dari penjajahan Zionis Israel."
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)
Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)
"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)
"Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)
"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)
“The People will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their food.” Someone asked, “Will that be because of our small numbers at that time?” He replied, “No, you will be numerous at that time: but you will be froth and scum like that carried down by a torrent (of water), and Allah will take the fear of you from the breasts (hearts) of your enemy and cast al-wahn into your hearts.” Someone asked, “O Messenger of Allah, what is al-wahn?” He replied, “Love of the world and dislike of death.” [An authentic hadith recorded by Abu Dawud and Ahmad]
To be a Muslim, or a muslim..
What's the difference?
The way I look at it, is that a Muslim is just to be called a Muslim..
To tell people that u are a Muslim, but not performing the 5 daily prayers..
To have a Muslim name, but not learning the meanings of Allah's words (the Quran)..
But, when u say that u are a muslim,
Everything u do is to please Allah..
U may not have an Arabic name, but u pray on time..
U may not wear turban or thoubs every single day, but u memorized and understand the Quran..
U may not have a big house, a luxurious car, but every single thing u do will bring benefit to the others..
It's just that Muslim is a noun, and muslim is a verb..
Whatever it is, don't judge your brothers or sisters by their covers..
Well, u may see a sister wearing hijab, but she's struggling with her Quran recitation..
U may see a sister with long hair, but she's very kind to other people, and is actually trying to understand why she should be wearing hijab..
U may see a brother wearing caps and jeans, but have actually been spreading the message of islam to many people..
And many more..
What I want to remind myself and u who read this,
Is that once we CHOOSE to become a muslim, we must try our best to do what Allah tells us to do and not to do what Allah forbids us to do..
Gain more islamic knowledge everyday, and share it with the others..
بلغوا عني و لو أية
" Deliver from me even one sentence"
[Bukhari]
Show good manners because that's one of the main reason Allah sent The Prophet to the ummah, to correct our manners!
Take care of our sisters and brothers in islam..
Share ideas, give advises, do not make assumptions and spread bad words about others !?
A reminder for myself to become a better muslim everyday..
May Allah bless us all..
Are you proud to be a muslim?
I do, insyaAllah !!
Apa khabar iman kita?
Apa cerita 10 hari Zulhijjah kita?
May Allah bless insyaAllah ..
Dan sekarang, dah nak raya Haji !
ok, x perlu ingatkan sy ttg suasana Raya Haji di Malaysia skrg, melainkan anda nak belanja sy tiket pergi dan balik .. heh ..
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra.
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud.
Makanya, saya menyeru diri saya sendiri dan sesiapa yang terbaca post ni utk sama2 berpuasa pada hari Arafah, dengan harapan Allah menerima ibadah puasa kita, dan mengampunkan dosa kita setahun yang lalu insyaAllah ..
Ok, masih ada masa ?
Nak share sket .. tentang salah satu nama Allah yang agung ..
Tak dapat nak ulas banyak, sbb klas blom habis sebenarnya, heheh ..
Bila sy google translate, dia kata Al-Wakeel maksudnya "Proxy" .. x pasti la pulak kesahihannya ..
Tp yg sy diberitahu, Al-Wakeel maksudnya "The Trustee" ...
Bayangkan,
Anda masuk court, atas tuduhan yang anda x buat ..
Anda melantik seseorang utk jadi peguam anda ..
Sebelum bersetuju, mesti anda dah sgt PERCAYA YANG TAHAP GIGA kat lawyer anda nh ..
sampaikan anda boleh je biarkan beliau bercakap bg pihak anda dalam court, yg mana akan menentukan nasib anda, untung atau rugi .. bebas atau penjara .. hidup atau mati !
Dapat feel tak perasaan "PERCAYA YANG TAHAP GIGA" tu ..
Sekarang ni, kalau kita betul2 beriman dn nama Allah "الوكيل" tu, ...
Semua perkara yang berlaku seharusnya ada hikmahnya ..
Segala ujian atau dugaan, harus diterima dgn redha dan hati yang terbuka ..
We are dreamers,
We want to get mardhatillah (keredhaan Allah),
We want to be an excellent student,
We want to be somebody successful in our career,
We want to have a happy-ever-after family,
dll etc ..
Ya, x salah memasang cita2 dan impian ..
X salah berusaha sehabis baik ke arah cita2 dan impian2 tu ..
Tapi, kadang2, perkara yang terjadi kat kita, jauh dari apa yang diimpikan ..
Kita memandang setiap kegagalan sebagai penamat kepada sesuatu impian ..
Kurang yakin kah kita kepada Allah? Adakah kita dah hilang perasaan "PERCAYA YANG TAHAP GIGA" tu?
Allah berfirman,
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (3 : 173)
Ini kisah perang Uhud kalau x silap .. betapa indahnya perasaan kebergantungan para sahabat yg x berbelah bahagi kpd Allah ..
Makanya, marilah kita sama2 tanam perasaan PERCAYA YANG TAHAP GIGA ni terhadap Allah ..
Terima segala apa yang berlaku dgn redha ..
Kalau terlepas bas, mungkin bas yang selepasnya tu lebih baik untuk kita naik .. sbb bas yg kita tunggu tu, ada anjing kat dalam ke?
Kalau hari hujan, mungkin apa2 aktiviti yang dirancang tu, lebih bermanfaat kalau dibuat pada hari lain .. mungkin lebih ramai org free pada hari yg lain tu?
Kalau kita semangat berjimat-cermat duit kita selama ni, tiba2 na'udzubillah, kena ROMPAK! mungkin kalau kita x kena rompak, duit tu akan hilang ke arah lain yg lebih x berfaedah?
*isyy, kata x elok guna perkataan kalau? heheh ..
Dengan syarat, apa2 pun yang kita buat, ikhlas kerana Allah, dan usaha yg diletakkan adalah semaksimum yg mungkin ..
JOM! amalkan ayat ni ;
حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ
Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).
Tadi kami meraikan seorang saudara baru .. (baca : saudari) .. beliau berasal dari Poland ..
bekas penganut Kristian Katolik ..
pastu beliau bercerita lah ttg pengalaman beliau..,
sejak before kenal islam, masalah2 aka ujian2 yg beliau hadapi, then datang UK, jumpa beberapa org muslim, berkenalan dgn islam, semakin selesa dgn islam dan akhirnya kembali kepada islam pada 13/9/11 lalu ..
Rasa nak nanges bila dia kata, kalau org tanya bila birthday, dia akan jawab 13/9/11, sbb tu adalah tarikh dia officially menyatakan syahadahnya ..
Dan satu perkara yg menarik minat sy adalah, cara kakak ni describe hubungan dengan Allah .. katanya, sepatutnya kena rasa mcm org tgh bercinta .. hari2 x sabar2 nak jumpa .. bila jumpa, x fikir menda lain dah .. bila ada masalah, cari Dia .. bila nak mintak sesuatu, mintak kat dia .. bila rasa down, ingat kat Dia .. sanggup berhabis tenaga dan duit semata-mata kerana Dia .. masyaAllah, hebatnya ! beliau baru je kenal islam .. tapi dah boleh rasa macam tu ..
=')
Semoga Allah mengekalkan hidayah yg dikurniakan kepada beliau dan kita semua insyaallah ..
[Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi [karunia]." (Ali-Imran : 8)
Pastu, kami diingatkan ttg 10 hari terawal Zulhijjah ..
Oh, apa pentingnya hari-hari terawal Zulhijjah ni?
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Lepas tu, ustazah pesan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meraikan 10 hari di bulan Zulhijjah ni ..
1) Melaksanakan Haji dan Umrah .. Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2) Habiskan tilawah Al-Quran ..
Ye, maksud sy, habiskan satu Al-quran tu dalam masa 10 hari insyaAllah .. 3 Juzu' sehari .. Pagi, petang, siang, malam, before solat, dalam solat, lepas solat, before tidur ...
bagi yg x boleh nak baca? try dengar insyaAllah .. kat sini ke, dgr org lain baca ke ..
3) Qiamullail ..
Kata ustazah, kalau dah biasa qiam sebelum ni, try buat extra sikit .. tambah 2-3 rakaat ke, tambah sejam dua ke .. kalau x biasa qiam pulak, try la at least 2 rakaat sebelum Subuh tu .. pastu, ustazah sarankan, kalau buat tahajjud 2 rakaat kan, try baca 2 juzu' terus .. kiranya 1 rakaat 1 juzu' .. then try la habiskan lg 1 juzu' sepanjang hari tu .. insyaallah ..
4) Contact family ..
Yang ni rasanya hampir semua org excellent kot ..
Tapi, biasanya mesti kita duk contact mak ayah je kan?
Apa kata, bln Zulhijjah ni, kita cuba contact seramai mungkin keluarga kita ...
Mak, ayah, nenek, atuk, pakcik, makcik, sedara, sepupu .................
5) Solat sunat
Biasa dengan solat sunat rawatib? Kalau tak, jom biasakan sekarang .. Kalau dah biasa, try penuhkan pulak solat sunat tu ..
6) Puasa sunat ..
Ustazah sarankan puasa sebanyak mungkin .. Tapi yg paling utama sekali adalah puasa pada hari Arafah, ie 9 Zulhijjah .. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
7) Berzikir ..
Seboleh-bolehnya, basahkan lisan kita dgn zikir kepada Allah, sebanyak-banyaknya .. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
8) Bertakbir .. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
9) Ibadah korban .. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
10) Solat Sunat Aidiladha..
Dan lain2 ibadah yang mampu kita fikirkan .. aim untuk buat benda2 baik sahaja sepanjang 10 hari ni .. dan harapannya semua perkara baik yg kita buat tu, akan dapat diteruskan smpai bila2 pun ..
Letak target .. nak sedekah 10 p / 10 sen sehari ke, nak senyum kat semua orang yg kita jumpa ke, nak tlg masak untuk teman serumah ke, nak tlg kejut kawan kita bangun qiam ke ..
Tapi satu benda nak kena ingat, bersihkan hati dan jiwa sebersih-bersihnya insyaAllah .. niatkan semua perkara baik semata-mata kerana Allah .. ingat hadis 1 daripada 40 hadis Imam Nawawi?
Hadis ini diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin (Pemimpin orang-orang beriman) Abi Hafs, `Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin Abd al-`Uzza bin Rabah bin `Abdillah bin Qurtd bin Razah bin `Adi bin Ka`ab bin Lu’ay bin Ghalib al-Qurasyi al-`Adawi – mudah-mudahan Allah meredhainya- katanya:
"Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Segala amalan itu hanya berdasarkan niat. Dan setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya maka penghijrahannya itu adalah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehinya atau kerana seorang wanita yang bakal dikahwininya maka penghijrahannya adalah menuju kepada tujuan penghijrahannya itu".
Jadi, cadangan saya, bangun pagi je, terus doa dan set niat semoga segala perkara baik yang kita lakukan sepanjang hari tu, adalah kerana Allah semata-mata insyaAllah ..
Wallahualam ..
Mari sama-sama hidupkan 10 hari di awal bulan Zulhijjah! May Allah bless ..
oh, antara website2 yg menjadi rujukan dan medan copy paste adalah ;
p/s : gambar2 yang saya letak kat atas ni, semuanya diambil di Lancaster .. entah, rasa cantikkk sgt2 awan n matahari musim luruh ni .. memang benarlah, Allah is the Ever-Loving ! awan yg dicipta bkn sahaja utk menurunkan hujan, dan matahari pula bkn sahaja dicipta utk membekalkan tenaga, tapi juga untuk menenangkan hati kita !
Nak kongsi sikit apa yg sy jumpa dlm Riyadhus Salihin .. Semuga bermanfaat ..
825. Dari Abu Abdillah yaitu Salman al-Farisi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidaklah seseorang itu mandi pada hari Jum'at dan ia bersuci sekuasa yang dapat ia lakukan, juga berminyak dari minyaknya ataupun mengenakan sesuatu dari minyak harum yang ada di rumahnya, kemudian ia keluar - ke masjid, lalu ia tidak memisah-misahkan antara dua orang - yang sedang duduk, selanjutnya ia bersembahyang apa yang ditentukan atasnya - yakni shalat sunnah tahiyyatul masjid - dan seterusnya ia mendengarkan jikalau imam berbicara - atau berkhutbah, melainkan orang yang melakukan semua itu tentu diampunkan untuknya antara hari Jum'at yang dilakukan itu dengan hari Jum'at yang lainnya- yaitu hari Jum'at berikutnya."
1042. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Shalat lima waktu, Jum'at yang satu sampai Jum'at yang lain adalah sebagai penutup dosa selama waktu antara semuanya - yakni antara waktu yang satu dengan waktu yang berikutnya, selama tidak dikerjakan dosa-dosa yang besar." (Riwayat Muslim)
1396. Dari Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."
Apa yg knock2? tu bunyi hati + jiwa + perasaan sy yg mcm dah kena ketuk2 + tembak2 + tikam2 semenjak dua menjak ni .. hurmmm ..
suatu hari, baca email .. thanks to Abu Productive, sy diingatkan kembali, bahawa tidur itu adalah salah satu elemen penting dlm hidup kita .. try baca ni .. banyak sgt tidur, buang masa, badan letih .. sikit sgt tidur, sakit kepala, x cukup rehat .. so, sila lah plan tidur dgn sebaiknya ...
sy rasa pakcik ni comel .. ?
tadi pulak, diingatkan tentang bangun malam n penggunaan masa ..
Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (4) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (6) Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7) Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (8) [Dia-lah] Tuhan timur dan barat, tiada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung. (9) (Al-Muzammil : 1-9)
Pernah x, 'ter'bangun malam , tapi x tahu nk buat apa .. mulalah syaitan duk kata, 'p la tido balek .. bkn ada apa nk buat pn' .. rugi lah kalau kita akur akn kehendak syaitan durjana tu ..
Tahu x kita, masa amalan qiamullail ni mula2 diturunkan, ianya adalah wajib buat Rasulullah n para sahabat .. lepas lebih kurang setahun, barulah ianya dimansuhkan dan menjadi amalan sunat sahaja .. kenapa ye? Wallahualam .. Allah lebih tahu ... tp, berdasarkan ayat "Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat" , n berdasarkan kefahaman sy yg sgt cetek ni, qiamullail yg dilakukan oleh Rasulullah SAW n para sahabat itu, adalah sumber kekuatan jiwa mereka, sbb mereka akan membawa satu risalah yg sgt berat di siang harinya .. dan apa yg perlu dilakukan dalam amalan qiamullail?
1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).
2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:
"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)
3. Disunat solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:
"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:
"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)
'Aisyah berkata:
"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam.
Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:
"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)
6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:
"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110: Al-Isra)
7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.
Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)
8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)
Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)
9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.wditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:
"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)
10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.
Firman Allah:
"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758) 11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)
12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:
"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)
13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.
Sabda Nabi s.a.w:
"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih) 14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:
"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)
Rujukan: Al-Muktamad Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaili dan Riadus Solihin oleh Imam Nawawi.
Pastu, baca Al-Quran dgn tartil .. tartil ? Maksud tartil ialah membacanya dengan menunaikan hak-hak huruf al-Quran secara jelas menurut ilmu tajwid .. (copy lg, kat sini .. ) Nak cantek lagi? Fahamkan apa yg dibaca .. cuba cari mana2 part yg boleh terus apply dlm kehidupan seharian .. hafal mana2 ayat atau surah yg mampu dihafal .. ye la, nak harapkan masa siang, nk kejar kelas lg, kejar bas lg .. x sempat sgt kot .. so, manfaatkanlah masa sepertiga malam terakhir tu utk buat semampu yg boleh .. insyaAllah ..
dan yg last ni, well bak kata omputeh last but not least, mmg sangat penting kot .. MASALAH HATI .. T_T
urm, kalau blajar Bio, hati kaler merah jambu .. tp, nk senang cerita ttg masalah hati ni, katakanlah hati kita ni in black and white, mcm kat atas tu .. kalau kita buat dosa, satu titik hitam timbul .. buat dosa lg, titik hitam lg .. dan, kalau kita x cari cara utk putihkan hati kita, maka akan hitamlah keseluruhan hati kita .. GELAP .. bila hati dah gelap, nak blaja pn, ilmu susah nak masuk .. bila beribadah pn, x berapa nak khusyuk .. tengok cerita Titanic (what?) bole nanges2 tersedu sedan, tp bila solat, bila berdoa, setitis air mata itu bak sejongkong emas harganya .. x rasa bermasalah ke kat situ?
“Carilah hatimu di tiga tempat: 1) ketika membaca al-Qur'an
2) ketika solat
3) ketika mengingat kematian.
Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali]
AllahuAkbar .. begitu sekali peranan hati dalam kehidupan kita .. mana taknya, ada sebuah hadis Rasulullah, sy ambil sebahagiannya sahaja,
Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘ (Hadis 6 daripada 40 Hadis Imam Nawawi)
Penting kan untuk jaga hati?
Tu je kot .. yg pertama-tama kena ambil pengajaran, mestilah sy sendiri .. may Allah bless ..
Lagi 6 hari, dan Syawal akn berakhir ..
Dah habis puasa 6 ? mabruukk !! ..
Masih dalam proses ? teruskan teruskan !!
Belum mula lagi ? alamakk, x sempat dah kot .. xpe lah, cuba lg tahun depan insyaAllah, kalau dipanjangkan umur ..
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)
Oh, hari ni hari Jumaat .. dah baca Al-Kahfi? ada beberapa jam lagi .. sempat ni, insyaAllah ..
Nah, nak baca sekarang pn boleh .. heheh ..
*erm, kak, kenapa nak kena baca Al-Kahfi?
Di riwayat kan oleh Al-baihaqi dari Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
“Sesiapa yang mebaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah cahaya diantara tempat nya dan Baitullah.”
Imam Ahmad meriwayat kan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
“Sesiapa menghafaz sepuluh… ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal.” (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)
Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kira-kira bermaksud:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya.”
Daripada Muaz ibni Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
“Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayat kan dari Umar RA pula bermaksud:
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit untuk nya di hari kiamat dan di ampun kan dosa-dosanya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)