Eh? Kok tajuknya Cinta?
Ya iyalah, tema tahun ini kan, "Di sini lahirnya sebuah cinta?"
Merdeka. Cinta.
Apa kaitannya?
Merdekakah aku jika cintaku masih bukan pada Yang Satu?
Masih ada yang kedua dan ketiga.
Malah mungkin keempat dan kelima.
"Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang lelaki (hamba sahaya) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan, dan seorang hamba sahaya yang hanya menjadi milik penuh dari seorang (sahaja). Adakah kedua hamba sahaya itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah, tapi kebanyakan mereka tidak mengetahui". (39:29)
Merdekakah aku jika cintaku padaNya tidak 100%?
MengingatiNya di kala susah sahaja.
Di kala senang, aku lupa padaNya.
Masih berprasangka padaNya dengan sangkaan jahiliyah (3: 154)
Sedangkan sudah termaktub di dalam surat cintaNya,
"La Tahzan, Innallaha Ma'ana?" (9:40)
"Akak nak awak pandai drive by 28 Feb 2014".
That was like 2 weeks from that day. Fuhh.
Maka bermulalah driving class saya. Setelah menjadi seorang pemegang lesen 'COMPETENT'.
Hehs.
"Akak, saya tak biasalah tengok cermin belakang, kiri, kanan ni. Takpe ke kalau saya tak tengok?"
"Kena lah biasakan. Kalau awak jalan je, mana nak tahu awak ni dalam line ke tak, mana awak nak tahu ada kereta ke tak kiri kanan. Camtu lah awak dengan sisters awak. Buat dnt, kena tengok2, tanya2 jugak akhawat sekeliling. Kalau tersalah, diorang boleh betulkan. Kalau tersenget, diorang boleh luruskan".
"Adeh. Tengok orang drive macam senang je. Susah rupanya bila sendiri drive."
"Macam tu jugak DnT. Baca teori memang senang. Tapi orang yang betul2 buat je akan rasa dan faham senang dan susahnya. Orang yang betul2 baca, faham dan apply je yang tahu penatnya, lelahnya dan manisnya DnT ni".
"Alaa kak, susahnya jalan ni. Tak macam jalan haritu".
"Sampai bila awak nak duduk safe zone? Realiti hidup memang susah".
Tudiaa. Bila guru memandu anda adalah kakak naqibah anda sendiri. Haha.
InsyaAllah. Learning and improving. Usaha!
P/s: Ha, sekarang usaha habiskan assignments dulu. -.-
Astaghfirullah. Esok, genap dua bulan since last post.
-.-
Inhale, exhale. Keep calm and carry on.
Sekarang saya nak ceritakan sebuah eksperimen sains
ringkas. *Mode cekgu sains ON*
Tujuan: Mengkaji hubungkait antara isipadu sirap dan
kadar masa penjernihan air dalam gelas.
Hipotesis: Semakin banyak isipadu awal sirap, semakin
lama kadar masa penjernihan air di dalam gelas.
Bahan: Air jernih, sirap/cordial. Radas: Gelas.
Prosedur:
1.Tuangkan 10ml sirap/cordial ke dalam gelas.
2.Buangkan cordial di dalam satu gelas.
3.Labelkan gelas seperti di bawah.
4.Tuangkan air jernih ke dalam kedua-dua gelas.
5.Kira masa yang diambil untuk air di dalam gelas
menjadi jernih.
Hasil eksperimen.
Gelas
Masa
A
Lamaaaaaaaaaaaa
B
Kejap je.
Kesimpulan: Semakin banyak sirap/kordial di dalam gelas
di awal eksperimen, semakin lama masa yang diambil untuk air di dalam gelas
menjadi jernih.
*dansayamelihatmukaandamacamnakcakapsowhattt??*
Gelas: Kita. Lagi spesifik, hati kita.
Sirap/kordial: Jahiliah. Jahiliah kita.
Air jernih: Amalan-amalan soleh yang kita lakukan,
ilmu-ilmu islam yang kita belajar, tazkirah-tazkirah yang kita dengar,
tazkiyah-tazkiyah hati yang kita lakukan.
Ok. Ini boleh dikira soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi) kot. Dah ada skema jawapan lagi. Semoga berjaya memahaminya.
Sebuah peperangan yang SUSAH. Ya, tetakan pedang dan tombak tidak berlaku. Allah mencampakkan rasa takut dalam hati para musuh, lalu mereka berundur, lari ketakutan.
Berjayalah tentera islam, menakluk sedikit demi sedikit kawasan Tabuk
dan sekitarnya. Sehinggakan kawasan kejiranan menghantar wakil-wakil
mereka untuk mendapatkan naungan tentera islam.
Maka apa yang susahnya?
Perjuangan mereka berlaku sebelum perang lagi. Cuaca yang teramat panas, hasil tanaman yang masak ranum, infaq harta yang sangat diperlukan. Perjalanan yang menyaksikan kesyahidan seorang demi seorang tentera, tanpa sempat sampai ke tempat peperangan pun. Dan susah payah mereka, Allah balas dengan kemenangan dan perluasan kuasa.
Lihat ke dalam diri kita hari ini. Kenapa islam tak menang lagi? Kenapa islam masih kelihatan lemah dan ditindas?
Tepuk dada tanya iman. Dah cukup bersusah payah kah kita?
“Akan kami tunjukkan
kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri
mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar”.
[al-Fussilat: 53].
Pernahkan kita
mendengar bahawa ilmu sains adalah sebuah cabang ilmu yang tidak sepatutnya
dipelajari kerana ianya kononnya diajarkan oleh para saintis yang kafir, dan
tidak membawa apa-apa manfaat kepada keimanan dan ketaqwaan kita?Namun sebenarnya, ilmu sains adalah sebuah cabang
ilmu yang merupakan fardhu kifayah. Kata Imam Syafie, “Selepas ilmu halal dan
haram, aku tidak tahu apakah ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu perubatan”. Kemuliaan
itu datang apabila ilmu itu membawa kita kepada Pencipta kita.
Akal manusia adalah sangat
terbatas. Ia memerlukan bantuan tambahan untuk menjadi lebih mapan. Dari dalam
sebuah bilik yang tertutup, kita tidak mampu membayangkan apa yang terjadi di
luar rumah kita, melainkan ada dipasan cctv dan ditayangkan di dalam bilik
kita. Kita tidak mampu melihat dengan jelas segala bintang dan planet di
angkasa lepas, tanpa bantuan teleskop, satelit dan sebagainya. Begitu jugalah
lemahnya akal kita dalam mencari Tuhan. Ia memerlukan bantuan wahyu iaitu
al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang, dan dibantu ilmu-ilmu lain seperti ilmu
Sains sebagai cabang.
Para saintis dan
golongan Atheis (golongan yang tidak percayakan Tuhan) sering berpegang kepada
hujah bahawa Tuhan itu tidak ada kerana kita tidak boleh nampak Tuhan.
Persoalannya, mana mungkin kita, manusia yang kerdil ini, mampu untuk melihat
Allah, tuhan kita yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, bagaikan seekor ulat
gonggok mahu melihat seluruh Bumi di hadapan matanya! Malahan, banyak
perkara-perkara yang kita tidak nampak, tapi sebenarnya wujud. Contoh mudah,
udara. Mampukah mata kasar kita melihat udara dan komposisi-komposisinya?
Namun, bukankah angin itu mampu membuat kita berasa nyaman, dan mampu
meranapkan sebuah bangunan?
Terdapat banyak kejadian
di mana para saintis yang pada mulanya kafir, akhirnya memeluk islam kerana
mereka ‘menemui’ Allah dalam kajian-kajian mereka. Profesor Keith Moore,
penulis buku Clinical Anatomy, memeluk agama islam setelah terjumpa ayat
al-Quran yang menerangkan proses perkembangan janin di dalam rahim ibunya.
Tanpa pengetahuan tentang perkembangan janin, mana mungkin Profesor Keith Moore
mampu menghayati ayat al-Quran tersebut. Begitu juga Profesor Tajatat Tejaser
dari Thailand yang mengakui kebenaran islam apabila terjumpa ayat tentang deria
sakit pada kulit manusia. Penulis buku The Bible, The Quran and Science,
Profesor Maurice Bucaille juga menerima hidayah islam setelah terjumpa ayat
mengenai kematian Firaun yang ditenggelamkan dalam laut, di mana beribu-ribu
tahun kemudian barulah mumia mayat Firaun itu dijumpai dan disahkan mati kerana
tenggelam di dasar laut.
Terbukti, Sains dan Islam
sebenarnya sama sekali tidak terpisah. Jadilah pengkaji ilmu Sains yang semakin
mendekat dengan Tuhan. Kerana sebenarnya, Tuhan lebih saintifik!
Diolah dari buku karya Dr Farhan Hadi, "Tuhan Lebih Saintifik".
Marahnya Sang Nabi, apabila pakcik Baginda, Saiyyidina Hamzah, dikelar dadanya dan dilapah jantungnya. Marahnya terzahir apabila Baginda berjanji akan mengelar 30 orang Musyrik di kemudian hari. Tapi,kekasih Baginda yang Maha Pengasih mewahyukan agar tiada perbuatan mengelar mayat dalam mana-mana peperangan selepas itu.
Sang Nabi yang sangat mencintai Kekasihnya itu,terus terpujuk,menginsafi amarahnya diri.
Kita? Takkan pernah mampu mengambil tempat Nabi sebagai kekasih Allah. Tapi kita mampu mencontohi sifat cintanya Nabi kepada Allah,sehinggakan ayat-ayatNya,arahan-arahanNya dan larangan-laranganNya mampu memujuk kita,menjadikan kita hambaNya yang patuh dan mngharap hanya padaNya.
P/s: Kes malas teramat. Copy paste status facebook sendiri jek.
=p
Salam 'Alayk.
Saja nak fefeeling. Baru balik concert Opick kan.
Heheh.
Lirik yang di-copy-paste:
detik waktu terus berjalan
berhias GELAP dan TERANG
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
YANG TERINDAH dalam hidupku
meski ku RAPUH dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
TAK SEMPURNA MENCINTAIMU
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Sobs.
Langkah yang rapuh, harus tetap diatur,
Menuju pengakhiran yang pasti, syurga abadi.
InsyaAllah.
Hari tu adik saya tanya, "Kenapa Allah nak susahkan kita, suruh kita solat?".
Soalan: Pernah dengar term "Solat itu adalah rehat?"
Dalam kepayahan dan kesulitan Nabi Allah menegakkan kalimah Allah di muka bumi, baginda diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi.
Isteri kesayangan baginda yang menerima islam di kala orang sekeliling menafikannya, memberi seluruh harta mendukung dakwah baginda, Saidatina Khadijah, dan Abu Talib, pak cik yang sangat melindungi, namun tidak menerima dakwah Sang Nabi. Dan tahun itu digelar 'Tahun Kesedihan'.
Dalam tahun yang sama, berlaku peristiwa Israk Mikraj. Secara ringkas, Israk adalah apabila Nabi menunggang sang Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan Mikraj adalah peristiwa Nabi diangkat ke lapisan-lapisan langit sehingga bertemu dengan Allah Taala.
Dan itu adalah cara Allah memujuk' dan 'membahagiakan' Nabi kita, kekasihNya, tatkala Baginda dalam keadaan yang sangat down dan dukacita.
Tapi kita? Bila kita penat, stress, down, depress yada yada bla bla bla...
Solat lah sepatutnya penawarnya! *baca dengan nada excited*
Kalau Rasulullah menaiki tingkatan-tingkatan langit secara fizikal menemui Tuhannya, kita pula seharusnya menaiki tingkatan-tingkatan langit menemui Tuhan kita menggunakan ruh dan hati, melalui solat 5 waktu kita.
Dalam solat lah kita nak mengadu dan bercerita segala kepayahan dan kesusahan yang kita lalui. Mengharap agar diberi petunjuk dan hidayahNya dalam menangani segala kesulitan dan kepayahan tersebut.
Saya ada terbaca sebuah status, " Spend a bit of your time for salah (solat), you never know if it's your last". (tak ingat exact ayat, tak ingat siapa quote)
Ok. Sekian.
Salam Aidiladha.
Selamat memaknai erti pengorbanan.
Sekarang tengah syok layan buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim A. Fillah.
Belum habis, tapi bila baca part ni terus macam aaaa nak ceritaaaa
Ok. Pause.
Gini.
Pasal Nurani.
Secara default (baca: fitrah) nya, dalam hati manusia ada nurani yang bergetar, mengalirkan pesanan dari Ilahi (haa tudiaa, ayat buku baq hang).
Tapi, persoalannya, lepas ke tidak getaran nurani tu melalui dinding-dinding hati kita, menjadi suara hati?
Kalau pun lepas, adakah ia akan menjadi suara hati yang mendekatkan diri kita dengan Ilahi, ataupun suara hati yang membawa 'mati'?
Jawapannya bergantung kepada kondisi hati.
Kat sini lah penting nya kita melazimi diri dengan amalan-amalan soleh dan meninggalkan maksiat-maksiat dan dosa.
Sebabb, bila hati kita berada dalam keadaan default-nya iaitu suci dan bersih, maka suara hati yang terhasil dari getaran-getaran nurani melalui pesanan dari Ilahi tu pun pastinya lah bersih dan suci, bebas dari 99.99% kuman. Eh.
Tapiiii, kalau kita terlalu banyak buat maksiat dan dosa, maka dosa-dosa yang diwakili titik-titik hitam kat hati kita tu, lama-lama akan mematikan hati kita,menjadikan getaran-getaran nurani yang pada asalnya bersih tadi, terpaksa melalui kekotoran dan kegelapan dinding-dinding hati kita, menjadikan suara hati yang keluar adalah suara hati yang distorted (diputar belitkan menurut google translate).
"Hukuman terberat atas suatu dosa adalah perasaan tidak berdosa". (Ibnul Jauzi)
Saya pernah terdengar suatu ayat "Bestnya orang tu. Dulu takde lah baik pun. Banyak buat dosa. Tapi sekarang dah taubat. Habis semua dosa-dosa dia dulu. Alim kalah ustazah sekarang ni".
-ok agak exaggerating saya punya ayat tapi macam tu lah lebih kurang maksudnya-
Ketahuilah.
Kalau dah hidup bergelumang dengan manisnya jahiliyah, mesti besar mujahadahnya untuk tinggalkan jahiliyah tu.
Bermaksiat akan meredupkan cahaya hati dan menumpulkan ketajamannya. Dan hati yang diselaputi dosa, takut-takut nanti, tiada jalan untuk keimanan masuk ke dalamnya, dan tiada jalan untuk kekafiran keluar darinya. Na'udzubillah. T_T
Nak menghabiskan ceritera saya mengembara ke sebuah lagi negara, Maghribi atau Morocco.
Kalau perjalanan ke Mesir dibuat atas sebab nak berjumpa manusia, perjalanan kali ni memang nak melihat keindahan alam gittew. Tapi siapa sangka, saya tetap ditemukan Allah dengan manusia2 berhati mulia. Nak tahu macam mana? Stay tuned. -Ek eleh- Tapi, ceritanya sudah agak lama dan basi. Terima jek lah apa adanya ya. =p
Nama Maghribi adalah berkaitan dengan kedudukan negara tersebut di sebelah Barat, dimana matahari terbenam.
Morocco saying goodbye. =)
Ini video yang dibuat oleh cik Humaira kite.
Dan, gambar2 dalam post ni, saya cilok sesuka hati dari album dua photographer terkenal dan terkemuka, cik Hidayah dan again, cik Humaira kita. Cik Tasya takde facebook nak cilok, heheh.
-untunglaa 3/5 ahli perjalanan ada DSLR-
Dugaan Pertama.
Ye,belum start berjalan kami dah terduga. Flight delay dari London. Hoho. Tapi takpe, itu membuatkan kami tak perlu tunggu lama di airport Morocco,sebelum dijemput oleh 'travel agent' kami dari Malaysian Marrakech Sightseeing, MMS (highly recommended for any Malaysians planning to travel to Morocco =) )
Kami menghabiskan beberapa hari pertama di bandar Marrakech. Juga dikenali sebagai Red City, dan memang terbukti lah sebab kalau tengok sekeliling memang merah aje bangunan dan tanah nya. Seperti di Mesir, suasana pada waktu malam di Marrakech sangat meriah dengan manusia di pasar2. Ada yang berniaga barang-barang cenderahati, ada yang membuat pertunjukan2 kecil, dan ramai juga antara mereka yang menyediakan warung2 atau restoran2 kecil buat para pengunjung menghilangkan lapar dan dahaga.
Ok. Antara beberapa tempat yang saya ingat yang kami kunjungi adalah;
1. Jemaa El Fna. Sebuah pasar besar, yang agak jenuh jugak kami berjalan. Kat Marrakech ni terkenal dengan barangan kulit, teknik celupan kain menggunakan pewarna2 asli, rempah ratus dan hasil ukiran kayu. Jubah kat sini pun lain dari yang lain, sebab ada 'hoodie'.
2. Madrasah Ibn Yusuf (nama yang dimelayukan heheh)
Subhanallah, cantik sangat madrasah ni. Di dindingnya terukis 30 Juz Al-Quran! Kata kawan2 saya yang dah ke istana Al-Hambra, Spain, "Takyah g Spain lah, kat sini lagi cantik". Hoho.
3. Ouzoud.
MasyaAllah. Cantik! Walaupun pada awalnya kena mcm hiking sikit, tapi sangat berbaloi bila dapat tengok pemandangan yang sangat osem dari atas. Ada jugak perkhidmatan berakit (dekat je lah tapi) dan gerai-gerai makan di sepanjang jalan.
4. Essaouira.
Sebuah perkataan Barbar (gelaran bagi masyarakat asal di Morocco) yang menggambarkan sebuah bandar yang dikelilingi kubu. Kedudukannya di tepi pantai menjadikannya jauh lebih sejuk dan nyaman berbanding Marrakech. Kami sempat bercanda di pasiran pantai (Ehh) dan makan makanan laut.
5,6,7,8,9.... Haha, melampau tak kemalasan saya. Ni nak cerita pasal bangunan2 yang dilawati. Ada Koutubia Mosque, Museum of Marrakech dan tiga Makam dan Istana sekitar Marrakech. Sejarah dan kisah di sebaliknya, boleh lah buat homework sendiri ye. Hehe.
Ok. Finished the 'Tempat-tempat menarik' part. Sekarang mari ke part 'Manusia-manusia baik' part.
Alkisah.
Masa checkout dari Marrakech nak ke Sahara, baru sedar passport hilang. Ye, passport saya hilang.
Maka, saya terpaksa ditinggalkan di Marrakech sementara kawan2 yang lain merentas Sahara menaiki unta, untuk apply Emergency Certificate di Malaysian Embassy di Rabat.
Pertamanya, memang terima kasih sangat lah kat Sedara Saifuddin (yang duk bawak kami jalan2 sepanjang kami berada di Morocco). Sebab dah lah duk bawak kitorang jalan, beliau jugak yang susah payah uruskan bila saya hilang passport ni.
Keduanya, saya juga berjumpa dengan satu-satunya pelajar Melayu wanita di Marrakech, Hijjah, dengan housemate Arabnya, Hasna. Walaupun dalam musim exam, Hijjah tetap melayan saya sebagai tetamu. Disebabkan tu juga, kebanyakan masa saya bersama dengan Hasna, nasib baik beliau mampu berbahasa inggeris dan Melayu (hoho beberapa perkataan).
Ketiganya, saya sepatutnya ke Rabat dengan menaiki kereta api. Tapi alhamdulillah dijumpakan dengan sepasang suami isteri (kak Fatimah dan ustaz Faizal) yang dalam perjalanan pulang ke Rabat dari Marrakech menaiki kereta. Allahuakbar, sebuah perkenalan dan perkongsian pengalaman yang best sepanjang beberapa jam perjalanan, dengan anak mereka yang comelllll, Fidaie! heheh.
Keempatnya, tiba di Rabat, saya menumpang sebuah rumah akhawat di sana. Husna, Laini, Nurul, Ainii dan Salha. Menumpang makan minum, menumpang tidur, menumpang kasih, eh, heheh. Diorang lah yang teman saya selesaikan urusan dengan embassy and bawak jalan sekitar rumah diorang tu. Banyaak sangat saya belajar dari diorang. Dan Laini sebenarnya pernah datang Lancaster, meneman ibunya, Ustazah Maznah dalam satu sesi ceramah di sana. Hee
Kisah di Malaysian Embassy pun menarik. Salah seorang pegawai nya orang kampung, hehe. Takde lah kenal, tapi boleh la nak berborak. Lepas tu punya lah langkah kanan, dapat lunch free pulak tu.
Terima kasih Rabat dan seisinya. =)
Kelimanya, dalam perjalanan pulang dari Rabat ke Marrakech, terjumpa seorang pelajar Melayu. Lelaki, dan sampai hari ni, saya tak tahu pun nama beliau, haha. Rasa selamat lah sikit sepanjang perjalanan tu.
Ok, langsung takde gambar sebab ada masalah dengan gadget2 yang menyimpan gambar. Hoho.
Last but not least, sebelum balik ke UK, kami diundang ke rumah seorang imam di sebuah masjid di Marrakech. MasyaAllah, kami dijamu bukan sekali, tapi 2 kali ! Tak cukup dengan tu, banyak nasihat dan pesanan yang pak imam bagi. Siap offer rumah lagi untuk kitorang duduk, instead duduk kat hotel. Menunjukkan budaya orang2 tempatan yang sangat meraikan tetamu. Oh,lupa nak mention, anak2 pak imam comel sangat!
(Ok, kalau saya tak salah, nama2 mereka adalah Imam Rahim, kak Amina (yg ni sy kompem heheh), Yahya dan Anas)
Alhamdulillah 'ala Kulli Hal. Terkilan jugak tak dapat merentas Sahara naik unta, tapi insyaAllah, Allah tahu dan Allah bagi apa yang saya cari. =)
Dannn. Cerita saya tak tamat di situ. Dah sampai airport ni, nak balik UK dah. Dipendekkan cerita, saya miss flight. (haha, x saspen btul)
Orang yang bermasalah passport hilang macam saya sepatutnya check in 2 jam lebih awal untuk mengelak apa2 masalah. Tapi, saya x sempat masuk flight dan ia pun meninggalkan saya tergantung tak bertali. Haha.
Alkisah, 3 teman seperjalanan yang lain, flight diorang malam. Ingatkan boleh join, tak boleh pulak sebab airline-tak-ingat-apa tak memerima emergency certificate holder dalam flight diorang. The only option left, beli tiket baru di hari lainnya.
Alhamdulillah, sampai jugak saya ke UK, buat another emergency certificate untuk balik Malaysia, dan sekarang dengan gumbiranya saya dah sampai pun ke Malaysia, passport-less. Heheh
Oh, antara makanan2 yang sempat kami cuba di sini.