Teorinya, aku diajar hakikat kehidupan manusia.
Teorinya, aku mendengar dan membaca kisah2 mereka.
Yang terjaga dan menjaga sejak kecil sehingga kini.
Yang mempunyai contoh ikutan yg baik, tetapi tidak diteladani.
Yang naif dan tidak mengerti, namun akhirnya berjumpa cahaya yg dicari.
Yang masih mencari-cari hakikat penciptaan diri.
Yang hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.
Sebelumnya, aku berjumpa dan melihat sendiri.
Kehidupan mereka yg selama ini aku sangkakan hanyalah teori.
Peluang menjejakkan kaki ke negara orang, banyak mendedahkan aku kepada semua ini.
Tapi, mereka dengan kehidupan mereka, aku dengan kehidupan sendiri.
Namun kini, aku merasakan.
Allah sedang menyediakan aku, untuk menghadapi sebuah realiti.
Bukan lagi bermain-main dengan teori.
Apabila kehidupan mereka, adalah sebahagian kehidupanku kini.
Boleh ke aku terus tersenyum, walaupun dalam hati aku sgt2 x setuju?
Boleh ke aku jadi org yg berhikmah, menangani setiap masalah?
Kerana yg memegang hati-hati itu adalah Allah.
No comments:
Post a Comment