Wednesday, June 13, 2012

My Lappy taught me this..

Tgh buat2 keje, tetiba laptop jammed..
Bunyik dia dah mcm tv rosak..
My way of fixing it , cabut wayar, sambung balik..
Done..

*Amaran, mengamalkan perkataan KALAU dalam kehidupan adalah tidak sihat sama sekali*

Kalau lah kehidupan ni pn mcm tu, senang jugak lah..
Agak2 terasa jammed, serabut, clueless, cabut je wayar..
Then, pasang balik, and the system will resume as usual..

Dream on.

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (1) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)
(Al-Mulk : 1-2)

“Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya“.

Sedarlah wahai diri, bahawa "sleep" itu tanda kelalaian, "hibernate" itu merugikan. "restart" itu mustahil utk dilakukan dan "shut down" itu hanya Allah yg tentukan..



Segelas mocha (with added coffee) dan Makkah TV Live Online (ye, aku rindu) sebagai peneman..
Ya Allah, berkati masaku..

No comments:

Post a Comment