Tuesday, June 5, 2012

Adakah kita golongan bekerja?

Assalamulaikum WBT..

'Kerja' manusia atas muka bumi ni, dah diterangkan pun dalam Al-Quran,


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi......"
(2:30)

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." 
(51:56)
Dan aku diberitahu, dalam gerabak dakwah ini, antara lain tugas kita adalah untuk menjadi dan membina rijal2 yang mampu memimpin ummah ini..

Pernah sekali, ketika Saidina Umar dan sahabat-sahabat sedang duduk di dalam sebuah bilik, Saidina Umar bertanya, "Bermimpilah!".

Salah seorang sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan harta yang banyak, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Kemudian Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Kemudian, seorang lagi sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Sahabat berkata, "Whaia Amirul Mukminin, kami tak tahu apa yang ingin diimpikan lagi. Engkau mahukan bilik ini dipenuhi dengan apa?"

Saidina Umar menjawab, "Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”



Apa ciri2 rijal yang kita nak jadi dan nak bina tu?
Ada 4 ciri yang boleh dilihat ..

1) Solat. Apabila dia khusyuk dalam solat dan menjaga solatnya. Apabila solat menjadi sumber kekuatannya. Para sahabat meminta Bilal untuk azan apabila mereka kepenatan memperjuangkan islam. "Rehatkan kami dengan solat!" kata mereka. Kehidupan seorang rijal islam itu seharusnya begitu, dipenuhi dengan kerja2 dakwah, dan waktu rehatnya hanyalah solat, kerana sewaktu solat fikirannya ditumpukan semata-mata kepada Allah SWT.

2) Zakat. Seorang rijal yg hebat memahami bahawa harta dunia perlulah digunakan sepenuhnya atas jalan islam dan untuk membantu mereka2 yang susah. Lihat sahaja Abu Bakar yang menyerahkan seluruh hartanya demi perjuangan islam.

3) Jihad. Kerana jalan islam dan dakwah ini menuntut perjuangan dan pengorbanan. Kerana kerja2 dakwah itu memisahkan kita dari keselesaan dan kesenangan. Kerana dalam kita bekerja, bermujahadah dan berkorban itu adalah suatu kemestian. Ianya sunnatullah yang telah ditunjukkan dalam perjuangan Rasulullah SAW.

4) Al-Quran. Kita ada hak2 yang perlu ditunaikan kepada Al-Quran. Seberapa banyak dan seberapa kerap kita membaca, mentadabbur dan menghafal Al-Quran. Betapa kita menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan kita. Sejauh mana kita mendampingi dan berinteraksi dgn Al-Quran.

Maka, kesimpulan berat yg sy mampu buat adalah,

Selagi kita masih bermalasan dalam solat kita, selagi solat itu bukanlah satu-satunya masa rehat yg kita ada, kita belum lagi cukup bekerja.
Selagi kita tak mampu menginfakkan harta kita di kala senang mahupun susah, kita belum cukup bekerja.
Selagi kita belum betul2 bermujahadah dalam memperjuangkan deen kita, kita belum cukup bekerja.
Selagi kita belum menunaikan hak2 Al-Quran ke atas kita, kita belum cukup bekerja.

Sekarang, adakah kita golongan bekerja?
*Dush2, adoi*

Kerana kemenangan itu pasti, lebih pasti daripada mentari yg terbit di pagi hari. Edinburgh 3/5/12. (Ye kak, sy bersyukur walaupun dalam keadaan paksa rela. Ngaa)


1 comment: