Lagi tentang Syria..
Belumpun reda kemarahan terhadap penyembelihan beramai-ramai di Haulah, Homs yang mengorbankan 114 nyawa, semalam penyembelihan terbaru berlaku di kawasan El-Qubair, Pinggir Hama yang membunuh 180 lagi nyawa!
Lagi kanak-kanak dan wanita dibunuh oleh rejim Basyar di luar bandar Hama semalam (6 Jun 2012).
Menurut sumber, hampir 100 orang yang gugur syahid dalam pembunuhan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim di Hama. Menurut sumber, mereka bersenjatakan pisau dan juga senapang yang membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang sangat tragis.
Sekurang-kurangnya hampir 12 jasad yang gugur syahid akibat dibakar oleh tentera rejim.
sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100
Adakah kematian mereka satu kepuasan buatmu? T_T
Oh, sesiapa yg berada di Malaysia, ini sumber pahala utk anda..
Himpunan Selamatkan Syria
Pada : Jumaat (8 Jun 2012)
Masa : Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, KL dan akan berarak untuk berkumpul di hadapan kedutaan Syria.
Berpakaian : Hijau dan putih (warna bendera Revolusi Syria)
Ayuh, seruan jihad untuk umat Islam di Malaysia yang prihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara kita di Syria.
Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menyatakan solidariti kita kepada mereka.
-------------------
Maklumat ini diambil daripada FB Ustaz Riduan Mohd Nor (Aktivis Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria)
berarak..kempen...protes..apa kesannya pada tentera basyar laknatullah??...pemimpin malaysia xada telur ke,xada ke yang brani nk buat inisiatif buka latihan ketenteraan kepada rakyat awam ntuk pergi berjihad secara physical, bukannya mentally..stiap hari orang islam dbunuh,di siksa,wanita dirogol,sedang kita masih lena tidur di atas tilam yang empuk...subhanallah,maafkan kelemahan kami ya Allah, alangkah malu nya jika engkau melihat keadaan kami ini ya Rasulullah...bagaimana kami nk bersemuka dgnmu kelak...
ReplyDeleteHoho, chillax..
DeleteSy bukanlah org terbaik utk menjawab persoalan ni, tapi pada pandangan saya, tindakan setiap orang haruslah bertepatan dgn kondisi seseorang tu.. kalau kita seorang pemimpin, dan kita ada kesedaran tu, nah, silalah mulakan langkah2 physical yg disarankan tu..
Tapi, kalau kita sekadar rakyat biasa yg jika bersuara pun, akan berlalu ditiup angin je, nk buat mcm mana?
Pada sy, perkara2 mental mcm ni lah yg lama2 akan memberi kesedaran kepada ramai orang utk mengambil tindakan2 physical di masa akan datang..suara2 mental mcm ni mgkin x kedengaran pn di telinga mereka2 di Syria tu, tp Allah kan Maha Mendengar? Doa tu pun senjata jugak kan?
Dah doa utk mereka hari ni? (Tanya diri sendiri jugak ni)
P.E.A.C.E
=)