Wednesday, February 22, 2012

NakJadiMuhsin..=)

Assalamualaikum warahmatullah!
=)


Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu. (Hadis ke 17 daripada 40 Hadis Imam Nawawi)

Apa definisi Ehsan?
Urm, saya pun sedang berusaha men'define' perkataan ehsan ni ..
tapi, kalau tgk dalam hadis ni, ada mention ttg 2 perkara, iaitu memperelokkan pembunuhan ie dalam melaksanakan hukum bunuh, dan memperelokkan penyembelihan binatang .. pendek ceita, dalam islam, kalau nak melaksanakan hukum bunuh, x boleh kejam2 .. jgn seksa dulu sebelum dilaksanakan hukuman ..  dalam sembelihan pulak, ada blaja kot masa skolah dulu .. pakai pisau yg tajam, jgn sembelih depan rakan2 binatang yg lain, dll ..

Cantiknya islam .. kat manusia pun kena ihsan, kat binatang pun kena ihsan ..

Kalau tanya encik Wiki, ihsan means perfection or excellence .. kalau tengok ayat pertama hadis ni, Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. .. haa, tu dia .. tu lah akhlak seorang muhsin .. dia akan melakukan setiap perkara dgn terbaekk sekali .. bila belajar, dia belajar betul2 .. bila beribadah, dia beribadah betul2, bila bermain, dia main betul2, bila tidur, dia tidur betul2?

tapi hakikat manusia yg sy slalu jumpa skrg ni, bila part blaja, tu dia, pulun habis .. bila part solat pun, pulun jugak .. pulun nak abes cepat .. bila part makan tu, kalau boleh nak lengkap piramid makanan .. tp bila part mencari makanan rohani, cukup sekadar tahu .. nk blaja dalam2, nanti2 lah kot ..

dan lain-lain keadaan dan peristiwa ..

maka disebabkan oleh itu, saya sangat2 teringin untuk berpesan kat diri sendiri yang lemah lagi hina dina ini, juga buat anda, untuk kita sama2 jadi seorang muslim, mukmin lagi muhsin .. jom sama-sama berusaha jadi pelajar terbaikk dalam pelajaran, anak terbaikk terhadap ibu bapa, seorang rakan dan sahabat yg terbaikkk, dan lain-lain perkara dalam kehidupan .. tapi yang paling penting, jom jadi hamba Allah yg terbaiikk atas muka bumi ni!

 .. باذن الله , biiznillah, God Willing ..

Subhanallah ! ^_^


Wallahualam ..
=)

No comments:

Post a Comment