Tuesday, February 28, 2012

Aku dan Mereka ..

Assalamualaikum WBT .. =)


"With Great Power Comes Great Responsibility"
Spiderman? Stan Lee? siapa2 je lah yg penah cakap ayat ni .. sy tumpang quote ye?


Apa yg "great" sangat tu?


(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah . Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (As-Saad : 72)


Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Hajj : 75)


Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (55:10)


Apa pulak "responsibility" itu?


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (2:30)


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51 : 56)


ok ke? ok kot, insyaAllah .. ^_^


Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya (84 : 6)


Semoga Allah mengekalkan kita dalam nikmat islam, iman dan hidayahNya ..
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk menemuiNya ..
Semoga Allah memberkati dan menerima amalan2 kita..


Back to Basic , The True Guidance , Our Life Manual ..  ^_^




Wallahualam ..


=)



Wednesday, February 22, 2012

NakJadiMuhsin..=)

Assalamualaikum warahmatullah!
=)


Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu. (Hadis ke 17 daripada 40 Hadis Imam Nawawi)

Apa definisi Ehsan?
Urm, saya pun sedang berusaha men'define' perkataan ehsan ni ..
tapi, kalau tgk dalam hadis ni, ada mention ttg 2 perkara, iaitu memperelokkan pembunuhan ie dalam melaksanakan hukum bunuh, dan memperelokkan penyembelihan binatang .. pendek ceita, dalam islam, kalau nak melaksanakan hukum bunuh, x boleh kejam2 .. jgn seksa dulu sebelum dilaksanakan hukuman ..  dalam sembelihan pulak, ada blaja kot masa skolah dulu .. pakai pisau yg tajam, jgn sembelih depan rakan2 binatang yg lain, dll ..

Cantiknya islam .. kat manusia pun kena ihsan, kat binatang pun kena ihsan ..

Kalau tanya encik Wiki, ihsan means perfection or excellence .. kalau tengok ayat pertama hadis ni, Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. .. haa, tu dia .. tu lah akhlak seorang muhsin .. dia akan melakukan setiap perkara dgn terbaekk sekali .. bila belajar, dia belajar betul2 .. bila beribadah, dia beribadah betul2, bila bermain, dia main betul2, bila tidur, dia tidur betul2?

tapi hakikat manusia yg sy slalu jumpa skrg ni, bila part blaja, tu dia, pulun habis .. bila part solat pun, pulun jugak .. pulun nak abes cepat .. bila part makan tu, kalau boleh nak lengkap piramid makanan .. tp bila part mencari makanan rohani, cukup sekadar tahu .. nk blaja dalam2, nanti2 lah kot ..

dan lain-lain keadaan dan peristiwa ..

maka disebabkan oleh itu, saya sangat2 teringin untuk berpesan kat diri sendiri yang lemah lagi hina dina ini, juga buat anda, untuk kita sama2 jadi seorang muslim, mukmin lagi muhsin .. jom sama-sama berusaha jadi pelajar terbaikk dalam pelajaran, anak terbaikk terhadap ibu bapa, seorang rakan dan sahabat yg terbaikkk, dan lain-lain perkara dalam kehidupan .. tapi yang paling penting, jom jadi hamba Allah yg terbaiikk atas muka bumi ni!

 .. باذن الله , biiznillah, God Willing ..

Subhanallah ! ^_^


Wallahualam ..
=)

Sunday, February 19, 2012

Ideal Muslimah Empowering Ummah .. ^_^

Nope, it's not just about the nasyid competition .. =p

It's the ideal muslimah people are talking about yesterday..
Beberapa ucapan yang membuatkan saya berfikir ..

 Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (3 :110)

"Tangan yg lembut menghayun buaian mampu menggegar dunia .. tapi kalau buaian pn xde, mcm mana? =p
hayatilah peranan2 anda sekarang ni .. seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang kakak kepada adik2, sebagai seorang rakan, sebagai seorang pelajar dll" (ayat digubah sesedap rasa.. )

"Yes, we are all muslimah .. but are we the ideal one?"

Bersama-sama rakan2 yg lain mengkaji dan menghayati kehebatan wanita2 dalam sejarah islam, Siti Khadijah, Aisyah Humaira, Halimatus Saadiah, Balqis, Maryam, Khaulah, Sumayyah ... masyaAllah, jauhhhhhh sangat rasanya nak mencapai tahap seperti mereka itu ..

Jazakillah khair  for these flowers.. takutnya sy, berapa lama lah dia boleh tahan .. sy ni, anak kucing boleh la jaga... huhu .. 


* mata dah berpinar, kepala dah berputar ..


=)

Wednesday, February 15, 2012

The sweetness i want to tell.. ^_^

Assalamualaikum wbt ..

Hurm, saya x tahu lah sejauh mana saya dah betul2 bergantung dan meminta tolong kepada Allah sekarang ni ..Maksud sy, ye, mmg sedang insyaAllah dalam usaha meng'apply' "Allah tempat meminta segala sesuatu" (112 : 2) , tapi xtaw la usaha sy tu cukup ke x .. mcm ciput je rasanya .. T_T

tapi kan, tapi kan, Allah tu sweet sangat!
Dia hantar orang2 di sekeliling sy untuk memanifestasikan ke'sweet'annya ..
ye lah, di kala keserabutan teramat, ada je kiriman2 doa dan tanda2 keprihatinan buat diri ini ..
tacing tahu? =')

quote for the day,
semoga Allah menyayangi mu sebagaimana kamu menyayangiku keranaNya    heheehe
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah ..



ok, cukup la kot buat hilang ngantok..
sambung ulangkaji..
=)

Tuesday, February 14, 2012

MencariCintaNya..^_^

Assalamualaikum WBT ..

Tentang Cinta di dalam Al-Quran dan Hadis :

"............Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, (7) sebagai karunia dan ni’mat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (8)
(49 : 7-8)


"Allah almighty said: If My servant loves to meet Me, I love to meet him, and if he hates to meet Me, I hate to meet him.” (Al- Bukhari)
“You will not enter Paradise until you have faith and you will not have faith until you love one another. Do you want me to tell you something you can do to make you love one another? Make it a habit to greet one another with “Assalaamu Alaykum” – peace upon you”. (Muslim)
Allah would say on the Day of Judgment: “Where are those who love each other for the sake of My glory? Today I will shelter them with My shade, as there is no shade today except My shade”.” (Muslim)


p/s : apa definisi cinta buat kita?


Tentang mata kita dan mata 'mereka' :


Tahu x, hari tu sy blaja, kita ni, manusia, diciptakan dgn penglihatan-3-cahaya (oh, xtaw la btol ke x translation itu) .. tapi, kebanyakan binatang terutamanya serangga dan burung, ada penglihatan-4-cahaya .. haa, hebat x hebat x .. 


contoh, kalau kita tgk kat sejenis bunga ni, kita akn nmpk mcm ni ;




tapi buat cik lebah, mereka akn nampak mcm ni ;




Subhanallah .. rupanya, apa yg kita nmpak, kadang2 x sama dgn apa yg 'mereka' nampak, walaupun melihat benda yg sama .. dan kadang2 kita merasakan yg kita tahu SEMUAnya?


T_T




membebel di pagi hari ..


=)

Thursday, February 9, 2012

~Keterlupaan~

Manusia = النسيان = pelupa ..

Kadang-kadang, saya lupa kelas saya kat mana ..
Kadang-kadang, saya lupa mana saya letak barang2 saya ..
Kadang-kadang, saya lupa jalan yang betul untuk ke tempat yang sama!

Juga, saya kadang-kadang terlupa,....

Bahawa saya seharusnya membawa manusia kepadaNya, bersamaNya ..
Bahawa manusia tak diciptakan sempurna ..
Bahawa perjalanan yang indah tapi mencabar ni, bukannya mengambil masa sehari dua ..
Bahawa hati-hati manusia itu dipegang oleh Allah Sang Pencipta, bukan saya, awak atau dia ..

Bahawa sifat sombong dan takbur Iblis itu yang telah membawanya keluar dari Syurga ...

Alhamdulillah wa Astaghfirullah ..
Semoga dikekalkan dalam nikmat islam, iman dan kefahaman ..



...........