Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
23/3 - 1/4 , saya dan 5 org rakan se-universiti menjejaki bumi Turki.
Nak share semuaaa perkara, mmg tak lah kot.
Setakat termampu lah ye? Here we go.
Day 1.
Kami bertolak pada hari Sabtu, 23/3, sejurus selepas cuti musim bunga bermula. Walaupun musim bunga, Lancaster masih bersalji. It`s a form of escapism I should say, hehe. Pada malamnya, transit di Zurich Airport, semalaman! Tapi ok je alhamdulillah, sbb airport dia tak ramai orang sangat, so kami ada port baik punya utk berkampung sebelum flight seterusnya.
|
Di Manchester Airport, berlatar belakangkan Venice? =p |
Day 2.
Istanbul kami maghi! -Heheh. Famous sangat quote 'Istanbul Aku datang' tu- Flight selama 2 jam lebih membawa kami ke Attartuk Airport, Turki. MasyaAllah, pemandangan bumi Istanbul dari atas kapal terbang sangat mengujakan. Menara masjid tak terbilang banyaknya. Tiba di airport, kami disambut agen yg membawa kami ke Sultanahmet menaiki minibus. Menyusuri laut dan benteng Constantinople, yg mana pakcik bas beritahu adalah Laut Marmara dan The 7 Towers. Sangaat ramai orang berkelah dan meluangkan masa di tepi pantai. Hari pertama dihabiskan dengan menunaikan solat Zuhur dan Asar di Blue Mosque, dan berjalan-jalan di sekitarnya. Makan tengah hari di sebuah kedai makan sebelum ke Blue Mosque. Lewat petangnya, kami bergegas ke Otogar (Stesen bas) kerana perlu menaiki bas ke Cappadocia, sebelum jam 9.30 pagi esoknya. Alkisah, diberitahu bahawa semua bas penuh! Pilihan yg ada hanyalah pada jam 12 mlm. Setelah puas pusing satu Otogar dan bertanya ke sana sini, alhamdulillah ada je bas pukul 9 yg akan membawa kami ke Cappadocia, dan bas tu tak penuh pun. -.-
Husnuzzon2. So, Cappadocia, here we come!
Day 3.
Tidur, bangun, tidur balik, bangun balik. Sungguh x selesa sepanjang perjalanan. Tiba-tiba, kami diberitahu dah tiba di destinasi. Eh, x nampak mcm stesen bas pun. Oh, kena tukar bas rupanya. Eh, tukar bas lagi. Dlm 3 kali jugak kami turun naik bas. Di hentian terakhir, pakcik bas mnunjukkan ke satu arah dan menyebut Urgup. Entah nama tempat ke, nama hentian bas seterusnya ke, apa ke, kami pn tak tahu. Dalam keadaan blur mcm tu -campur mamai lagi-, kami ditinggalkan! Aiyaa, mcm mana ni, harga bas yg dibayar sepatutnya membawa kami ke Cappadocia, tapi kami tak tahu pun kami di mana! =O
(Updated 17/4/13: Patut lah kami dihantar ke Urgup tu. Memang itu lah hentian kami! Haha. Kalau nak ke tempat yang kami nak tu, kena cakap nak ke Goreme, bkn Cappadocia je. Mekasih tuk guru permusafiran, cik Hidayah. Akhirnya aku mendapat Hidayah. =p)
Alhamdulillah, pertolongan Allah tu sentiasa ada, kena usaha sikit la kan. Tanya sana sini, dalam keadaan cakap ayam itik, akhirnya jumpa kakak yg sudi menelefon tour agent kami. Oh, beliau ckp Turki, kami ckp English+Melayu, body language byk membantu masa tu. Tetiba dtg pulak kakak yg boleh ckp English sikit2. Alhamdulillah sgt2. Kami pn akhirnya berjaya naik bas yg membawa kami ke Cappadocia. Teruja! Struktur batu yg tak pernah dilihat sebelum ini, sejauh mata memandang! Check in hostel dan terus berjumpa tour agent kami. Kami bersetuju utk menggunakan khidmat mereka membawa kami melawat sekitar Cappadocia selama 2 hari.
Sejujurnya, sy x berapa ambil tahu nama tempat-tempat yg kami lawati. Hanya akan mention nama-nama yg diingati. Mulanya, kami dibawa ke Urgup, tempat di mana susunan batu yg digelar The Three Sisters berada. Well, we were The 3X2 sisters though, heheh. Kemudian, kami dibawa hiking di Rose Valley. Menarik! Struktur2 batuan yang kami nampak dari jauh pagi tadi, antaranya adalah rumah-rumah burung merpati, yang najisnya akan digunakan sebagai baja oleh penduduk sekitar kawasan tersebut, yg kebanyakannya adalah petani. Lepak2 di Natural Cafe, dan meneruskan perjalanan. Kalau perasan, dlm gambar kt bawah, ada tulisan "MasyaAllah" di permukaan batu tersebut. Perjalanan diteruskan ke Akca Hediyelik & Market, Pigeon Valley dan Ozkonak Underground City. Diceritakan, ini adalah tempat di mana 5000 penduduk setempat berlindung dari musuh, suatu ketika dulu. Di sinilah pertama kali bermalam secara proper, setelah 2 hari tidur di airport dan bas. Menariknya, kami bermalam dalam gua! Tapi mmg kebanyakan hostel dan rumah tumpangan di sini sama ada mmg dalam gua, ataupun direka bentuk menjadi seperti gua.
Day 4.
Esoknya, sebahagian daripada kami sepatutnya menaiki hot air balloon, tapi atas sebab angin yg kuat, terpaksa dibatalkan. Seterusnya, kami ke dua Open Air Museum, kilang dan kedai Pottery dan juga Karpet. Gambar di bawah menjelaskan orang2 yg kami temui sepanjang hari ini. Dan sebelah petangnya, kami menaiki bas ke Pamukkale, destinasi seterusnya. Another looong night in the bus! Yeayy.
Top: Palestinians who live in Chicago. They were sooo excited knowing that we are Malaysians! "We are sisters!"
=')
Middle: Terjumpa makcik ni di Kapadokya. Borak sakan,ayam itik la tapi. Apa2 pn,senyuman dan keramahan beliau buat kami rasa senang dan gumbira, heheh.
Bawah: Children going back from school. Chomels.
Day 5.
Pamukkale! Cuma seharian di sini. Haruus dimanfaatkan sebaik mungkin. Alhamdulillah, kali ni, pakcik bas tidak meninggalkan kami. Kami dibawa terus ke sebuah rumah yang menjadi tempat utk kami berehat setelah semalaman di dalam bas, free of charge! Setelah sarapan (juga FOC! seronok2), kami dibawa ke tempat2 menarik sekitar Pamukkale. Mulanya kami ke Hierapolis, bandar purba tinggalan zaman Byzantine. Di akhir perjalanan, kami menyusuri batuan kalsium karbonat berteres yang mana mata air panas semulajadi mengalir, menghasilkan pemandangan yg sangat chantek! Selepas makan tenga hari, kami ke sebuah lagi mata air, tapi separa semulajadi. Yang ini pula kaya dengan iron oxide, dan selalu dialirkan ke rumah-rumah tumpangan, dan lumpurnya terkenal sebagai bahan utama dalam 'mud bath'. Khasiatnya? Entah, tak sempat nak kaji, heheh.
Dann, another looong night in the bus, the last one insyaAllah. Istanbul, kami maghi lagi! =)
|
Awekz, kat sini lah aku bajet kita dedating, heheh. |
Day 6.
Kami tiba di Otogar Istanbul pada pagi Khamis. Menaiki tram ke hentian Tophane untuk ke hostel yg telah ditempah berminggu sebelumnya. "We are sorry that we have to split you into two rooms, mixed with few guys. Only for one night, and you will be together tomorrow night". Ya Allah, down nya masa tu, tak tau nak kata apa. Terpaksa bersetuju, sbb tu je pilihan yg ada. Disebabkan belum boleh check in, kami menghabiskan seharian di bandar berdekatan, mencari masjid utk menunaikan solat Zuhur dan Asar, dan berjalan kaki ke Eminonu untuk ke Spice Bazaar. Haa, apa lagi, shopping lah kann. Dah puas shopping, kami gerak balik, solat MAghrib Isyak di masjid berdekatan hentian Tophane, dan pulang ke hostel. Alhamdulillah, kami tak perlu bermalam dgn lelaki, sbb antara 2 bilik yg diberi pada kami, satu daripadanya hanya utk kami. Kami memilih untuk berkongsi dan bersempit daripada tidur sebilik dengan lelaki yg entah siapa. End of today.
Day 7.
|
Clockwise: Topkapi Palace, Aya Sopfia, Grand Bazaar, Blue Mosque, Depan Hostel,heheh.
|
Hari ni, kami bercadang untuk habiskan melawat sekitar Sultanahmet, sbb xnak naik tram banyak2 kali. Haha, kedekut. Topkapi Palce, Blue Mosque dan Aya Sophia. MasyaAllah, sebak rasa bila masuk kawasan yang menyimpan segala khazanah Rasulullah SAW dan para sahabat. Dengan sebahagian dari kami sudah menunaikan umrah, barang2 yg berkaitan dengan Kaabah yg dipamerkan, membuatkan kami rindu untuk ke sana lagi. Memikirkan pada waktu Zuhur, Blue Mosque pasti dipenuhi muslimin yg ingin menunaikan solat Jumaat, kami ke Aya Sophia dahulu, kemudian ke Blue Mosque. Melangkah masuk ke Aya Sophia, sangat kagum melihat senibinanya, dan dapt melihat sendiri, kekeliruan identiti sebenar bangunan tersebut. Sebabnya, boleh nampak lukisan2 yg berunsurkan Kristian, dan tulisan2 nama Allah, Muhammad, 4 Sahabat, Hasan dan Husin. Sterusnya, kami berjemaah Asar di Blue Mosque. Sangat indah senibina masjid tersebut. Pengunjung sangat ramai di Blue Mosque. Pada hari pertama kami ke sini, bukan waktu jemaah solat, maka sangat ramai pengunjung, membuatkan kami agak sukar untuk solat. Namun pada waktu jemaah solat, pengunjung tidak dibenarkan masuk, maka kawasan solat lebih mudah untuk dimasuki. Pada petangnya, kami ke Grand Bazaar walaupun mengetahui harga barang-barang di situ lebih mahal daripada Spice Bazaar. Dinner kami pada mlm tersebut adalah Burger King! Excited masing-masing sbb Burger King halal.
Day 8.
Plannya, hari ni kami akan ke Bosphorus Tour, Spice Bazaar (haa, tudiaa, x abes lagi shopping), Masjid Abu Ayyub dan Panorama 1453. Mualanya, menaiki feri untuk Bosphorus Tour selama sejam setengah berharga 12 TL. Cantik! Dan ada terjumpa sebuah kapal yg tertulis Mavi Marmara. Tak pasti kalau itu adalah kapal yang diserang Israel ketika membawa barang bantuan untuk Palestin suatu ketika dulu. Seterusnya, kami ke Spice Bazaar. Ya Allah, ramainyaa manusiaa di hujung minggu, sebab hari Ahad Spice Bazaar tutup. Hampir putus asa, sbb nak masuk pun terpaksa berhimpit. Setelah berpusing dan mencari long cut untuk masuk, kami berjaya mencari apa yg dicari. Tapi, jam dah menunjukkan hampir pukul 3 ptg. "Panorama punya entrance tutup pukul 4". =( . Sempat ke? Tapi, disebabkan ianya dibuka pada hari Ahad, kami memutuskan utk ke Masjid Abu Ayyub, menaiki feri. Ada bas utk ke sana, tapi terlalu ramaai! Kalau ditunggu, mungkin malam baru sampai. Alhamdulillah, sempat solat Zuhur Asar di Masjid Abu Ayyub. Kawasan sekitar masjid dipenuhi kubur2 dan kedai-kedai menjual cenderahati. Ada juga khidmat cabel car menaiki sebuah bukit berdekatan. Kaget nya kami bila dapat tahu perkhidmatan feri terakhir sudahpun berlalu pergi. Sedangkan, apabila melihat kpd jadual perjalanan, kami masih sempat mengejar feri terakhir. Namun, perjalanan harus diteruskan. Kami mencari bas yang ,menghala ke Eminonu, kerana dari situ kami boleh berjalan kaki utk pulang. Setelah menaiki bas, kami disuruh turun di tempat yang kami tak cam langsung! Rupanya, Eminonu tu besar ye, bukan kawasan tepi laut tu je. Jalan2 sikit, well, sikit jugak la, akhirnya kami berjumpa dengan kawasan yg dicari. Setelah menunaikan solat Maghrib dan Isyak di New Mosque (of ALL masajid, yang ni je ingat nama, selain Blue Mosque, heheh), kami pun bergerak pulang. Malam terakhir di Turki. =/
Day 9.
Hari ni, perlu gerak awal supaya sempat untuk ke Panorama 1453n dan patah balik ke hostel. Alhamdulillah, walaupun mengambil masa yg lama di dalam tram untuk ke sana, kami berjaya ke stesen Topkapi, dan tidaklah susah untuk mencari bangunan Panorama 1453. Bayaran masuk adalah 10TL, ditambah audio guide 5TL kerana semua gambar yg dipaparkan adalah dalam bahasa Turki. Ada dua bahagian, bahagian pertama adalah lukisan2 berkisar sejarah Istanbul, Sultan Muhammad Al-Fatih dan apa yg berlaku sebelum dan selepas penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, yg mana kami perlu mendengar penerangannya menggunakan audio guide, dan bahagian kedua adalah Panorama di tingkat atas, di mana audio guide akn berfungsi secara automatik, menceritakan kisah yang berlaku sewaktu penawanan kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. "Goosebumps tak masa kau naik atas tu?", kwn baik sy bertanya melalui whatsapp. MasyaAllah, tak tergambar perasaan bila naik atas tu, dgn bunyi2 senjata dan bom, dengan lukisan yg sangat jelas menggambarkan keadaan perang, dan props yg mmg mantap. Tapi agak terkilan apabila org semakin ramai, dan tak sempat pun nak habiskan gambar2 di bahagian pertama. Mungkin 2 jam baru cukup sebenarnya. Tapi disebabkan terpaksa bergegas pulang, maka kami tinggalkan juga Panorama 1453 di kala matahari mula meninggi. Tapi, berkesempatan untuk melawat tempat tu pun dah cukup bertuah, sbb tiada dalam plan pun untuk ke situ. Mengetahui kewujudan tempat tu pun setelah diberitahu beberapa org rakan pada hari sebelumnya.
Perjalanan pulang kami pun nak diisi dgn kisah yg agak tragis. Haha. Alkisah, kami menaiki teksi yg agak kecil, sehinggakan salah seorang dari kami tak dapat duduk pun. Ada meter yg berfungsi mengikut masa, bkn jarak perjalanan. Apabila tiba di airport, kami dikenakan bayaran 10TL seorang, ditambah 10TL untuk beg2 kami. Aiguu, terpaksalah kami bayar dalam matawang Euro, sbb tak cukup duit. -.-
Pada jam 5.20 ptg, kami berlalu meninggalkan Turki, bersama kenangan2 indah dan Turkish Delight. Eh. =p
Day 10.
Nak jugak kira hari ni, baru la cantik, 10 hari, instead of 9. Heheh. Setelah bermalam di Airport Zurich sekali lagi, kami tiba di bumi Manchester lebih kurang jam 8 pagi. Berakhir sudah Kembara Fatih kami. Segala suka, duka, pahit, manis, masam, pahit, sudahpun kami telan, bersama-sama. Semoga menjadi kenangan terindah buat kakak2 dan kawan2, kerana ianya pasti tersimpan kemas dalam kotak ingatan sy. Maafkan sy keran asy bukanlah teman perjalanan yg best. Selamat menyiapkan assignments buat kakak2, dan selamat bersedia untuk peperiksaan akhir buat kawan2. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan!
P/s: Dah sampai negara yg sangaat banyak masjid, haruslah singgah kan. Antara masjid2 yg sempat kami singgah. Cuma yg ada gmbar bulan tu, x smpat singgah, amek gambar je. =)
P/s lagi: Almost all pictures are taken not by me. Kawan sy ada diselar dan ifong kot, hehe.
Kembara Fatih. 23/3/13-1/4/13.
=)