Friday, March 9, 2012

Pandangan mata yg 'menipu' ..

Salam Jumaat penuh barakah .. ^_^

Pernah suatu ketika dulu, ter-kawan dgn seseorang dari US di alam maya ..
Ya Allah, excited giga.. ye lah, kwn dgn org putih kot!
=D
Sekarang? hurmm..
Dikelilingi org2 putih ..Sampai x ter-kawan ..

Tapi suatu nikmat yg Allah bg, bila sy dpt duduk dan berborak dgn org2 islam dari mcm2 negara...
Pakistan, India, Arab Saudi, Iraq, Khazakhstan, Poland, Afrika, Mesir, Hungary, UK ..
seronok mendengar tentang islam di tempat2 lain atas dunia ni ..
MasyaAllah, takkan ISLAM hilang di dunia .. =)

Recently, seorang kakak dari Egypt yg sudah lama berada di Lancaster ni, mengadakan kelas tafsir yang dihadiri seorang rakan seakidah berketurunan Pakistan yg memang berasal di sini, dilahirkan islam tetapi baru menemui sinar islam yg best tu setahun lalu, berserta seorang dari Hungary yang baru sahaja kembali kpd fitrah islam beberapa tahun yg lalu, namun masih sedang mencari tali yg kuat untuk dipegang dalam perjuangan mencari kebenaran, dan saya, manusia biasa yang sedang bertatih dalam perjalanan panjang mencari cintaNya.. ;)

4 negara, 4 latar belakang, 4 bahasa, 1 akidah yg sama .. =)


ok, intro yg agak pnjang .. nk cite ape ni sbnrnya?

sebelum kelas bermula, kakak Hungary bertanya kpd rkn Pakistan dan sy,
Kenapa dalam Al-Quran, banyak sgt perkataan neraka dan pembalasan?
Kenapa islam ni banyak sangat rules and regulations?

Ha, menggigil nak jawab .. da hampir 20 tahun bergelar muslim, soalan2 basic mcm ni pn nk kena fikir panjang? =_=

Sekadar mengulas jawapan rakan sy tu, n jwpn2 yg sy brjaya kumpul drpd org2 lain..

::> Kenapa banyak perkataan neraka dan pembalasan disebut dlm AQ?
- yg ni sy x sure, tp bila sy search word count, perkataan syurga lebih banyak daripada neraka di dalam AQ.. tp x kisahlah yg tu kan ..
- sebagai peringatan buat manusia.. kadang2 manusia ni, bila di'ancam' sebegitu, baru terasa insaf dan takut dan xnak buat dosa..
- pengalihan bahasa.. translation mgkin membuatkan kita faham AQ tu, bkn sebagaimana yg nak disampaikan.. kita dpt maksud secara direct je, sedangkan mgkin ada perkara lain yg lebih besar yg nk disampaikan..

::> kenapa islam byk sgt regulations?
- islam kan SYUMUL? agama terakhir? agama yg lengkap? makanya, ia menyediakan kepada kita manual kehidupan..
- manusia atas bumi ni, sgt banyakkk bilangannya, banyakkkk ragamnya, banyakkk cara fikirnya, banyakkk. ok.. makanya, islam turun utk mengatur kehidupan kita..
- ce usha mana2 organisasi, mesti akn ada rules and regulations.. org2 yg memperjuangkan kebebasan bersuara dan apa2 jenis kebebasan pn, msti ada rules jugak.. maka, apa yg peliknya untuk islam memiliki rules and regulations..

dan kat situlah signifikannya pembalasan itu, sbg hukuman buat mereka yg x mematuhi rules and regulations..

Fuh, peluh memercik di dahi tatkala menulis.. duk terfikir adakah diri sendiri dah ckup mematuhi rules and regulations sbg salah satu usaha untuk menghindari pembalasan dan azab neraka.. ngaaa..

Terima taubatku ya Allah .. T_T


Ok, skrg nk cite sket ttg kehebatan org islam.. yes, insyaAllah, ttg awk dan sy ..


Pernah usha bulan dan bintang di malam ke 15 bulan islam?
Syok kan? Chantek teramat..
Kalau x pernah, silalah tgk gmbar kt atas tu .. x lah real, tp bole la kan..

Sekali pandang, mana lg besar? bulan ke , bintang?
Bulan kan?

Sekarang, sila apply ilmu Biologi sekolah menengah, mana lg besar sebenarnya?
Bintang kan?
[yaitu] mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat  dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka, (Al-Baqarah : 3) 
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka [orang-orang kafir]pun akan melihat, (Al-Qalam : 5)
Subhanallah ..

Kebanyakan manusia hanya mampu melihat kehidupan ini, sekadar apa yg ada di dunia sahaja.. oleh sebab itu, ramai yg ingkar, ramai yg berpaling.. kerana apa? kerana rukun iman kita berkisar tentang perkara2 ghaib.. percaya kpd Allah, malaikat, kitab2, para Rasul, hari Kiamat, Qadha' dan Qadar.. di situlah hebatnya orang2 yg beriman .. kerana kita, insyaAllah, mampu melihat kehidupan ini, lebih jauh daripada sekadar kehidupan di atas muka bumi ini.. kita meyakini akan adanya dosa dan pahala, kita meyakini adanya syurga dan neraka, dan yg paling penting, kita meyakini bahawa Allah itu ada, malah sgt dekat dgn kita!
Dan analogi di atas pn telah membuktikan, bahawa pandangan mata secara kasar, bukanlah realiti yang sebenarnya.. bulan yg kita nampak besar tu, sebanarnya sgtlah kecik nak dibandingkan dengan bintang2 di sekitarnya itu..

The End .. heheh ..

Semoga bermanfaat .. kenang sy dlm doamu!

=)

2 comments:

  1. salam alaik.. salam ukhuwah <3
    sekadar sharing je, kenapa dlm al-Quran banyak sgt perkara yang Allah haramkan? (maksudnya kenapa byk sgt perkataan xboleh?)

    sebab kalau Allah nak tulis perkataan yang boleh dalam Islam, maka akan jadi bertimbun2 yg boleh tu.. banyak sgt yg boleh.. xmuat satu mushaf mcm al-Quran skg ni.. sbb tu Allah beritahu yang xboleh je.. kan3? hehe

    hye zetot.. lame xnampak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam alayk ya ukhti .. =)

      benar2 .. kita manusia ni duk komplen benda2 yg sikit, lupa nk bersyukur atas nikmat yg bertimbun-timbun ..
      jzkk sbb sharing .. ^_^

      hye adawiah .. rindu la tu .. =p

      Delete