Tuesday, March 6, 2012

Duty vs Purification

Assalamualaikum warahmatullah...

Nak kongsi sket seciput ilmu yg sy dpt..

Masih ingatkah kita akan kisah israk mikraj?
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (17:1)
Ada sebuah hadis riwayat Bukhari menceritakan kisah israk mikraj ni ..

"Awk, sy ada benda penting nk cakap, tp x boleh ckp kt sini ,, kita jumpa nak?"
-heh, scene cerekarama la pulak-
Biasanya begitu.. kalau kita nk ckp sesuatu yg penting, mesti nk kena jumpa sndiri, face to face..
haa, nampak x betapa pentingnya tuntutan solat tu kepada Rasulullah SAW dan umatnya .. tu je satu-satunya tuntutan yg Allah smpaikan kat Nabi kita secara direct..
Perkataan solat juga banyak kali disebutkan dalam AQ.. pencarian sy (secara moden.. =p) menemukan 95 perkataan solat dlm AQ .. ia juga ada disebutkan dalam 178 hadis Rasulullah SAW..

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; (2)Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3)
Solat = takwa ..
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29) Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (30) (35 : 29-30)
MasyaAllah .. perniagaan yg TIDAK AKAN MENGALAMI KERUGIAN.. Allah yg ckp ni, bukan saya yg ckp .. maka tolong lah percaya ..

Antara lain fadhilat2 solat,
Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Abu Hurairah menceritakan menceritakan bahwa beliau mendengar Rasulullah s.a.w sekali bertanya pada sahabatnya,"Adakah kamu percaya bahwa kotoran melekat pada tubuh seorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?" Jawab para sahabat,"Tidak,kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya." Sabda Rasulullah s.a.w,"Begitulah umpamanya kesan solat yang dikerjakan lima kali pada sehari.Dengan limpah rahmat ALLAH,ia menghapuskan segala dosa.
Ada satu lagi.. katanya ada hadis tentang ni, tapi sy x jumpa .. =(
Bila kita solat, segala dosa kita akan dikumpulkan atas bahu kita .. dan bila kita rukuk/sujud, maka gugurlah semua dosa2 tu .. T_T , besarnya fadhilat solat tu !

"Salah is not just a duty, but an act of purification" .. Manakan tidak .. setiap langkah ke tempat solat dh dikira pahala .. setiap titis air wudhuk menggugurkan dosa2, dan solat tu sendiri menyucikan kita dari dosa2 yg lalu ..

Sabda Rasulullah s.a.w:  “Apabila seseorang itu telah berwuduk dengan sempurna dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka setiap langkahnya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa.”(Bukhari)

Sabda Rasululullah s.a.w. “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar/gugur dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, apabila ia mencuci kedua tangannya, maka keluar/gugurlah dosa-dosa yang dilakukan kedua tangannya bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, dan ketika ia membasuh kaki, maka semua dosa yang diperbuat oleh kakinya gugur bersama air dan bersama dengan titisan air yang terakhir, sehinggalah seseorang hamba itu keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)
"Real winners are those who use every minutes before they are not able to do so.. before it's too late"
Ingat lima perkara sebelum lima perkara? Kalau kita x cuba untuk solat sesempurna mungkin kali ni, kita x boleh jamin pun yg kita akan ada peluang utk solat lagi lepas tu .. mati itu pasti, dan mati x mengenal usia .. T_T

ok, kembali kepada realiti dunia sekarang ..
Realitinya, umat islam sekarang, terutamanya belia remaja, x memandang isu solat ni sbg perkara yg penting dalam kehidupan kita.. x ikhlas dalam solat, melewat-lewatkan solat, ataupun x solat langsung..
"I think when i'm old, i will start to pray".. heyy, it's in English, maka ia bukanlah monolog dalaman saya semata-mata.. ianya ayat seorang rkn di sini .. nk buktikan, bkn Malaysia je menghadapi maslaah ni ..
Puasa tp x solat, solat express.. semuanya isu2 besar yg dipandang remeh oleh masyarakat skrg ni..
 "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" (42) Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, (43) (74 : 42-43)
"....... Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas......" (4:142)


Allahuakbar .. takutnya... semoga Allah melindungi kita daripada azab api neraka .. semoga Allah memelihara kita daripada tergolong dalam golongan orang munafik ..

Ok, jom cuba praktikkan ni insyaAllah ..

Bila kita nak solat, kita kena ingat, kita tengah nak menghadap siapa.. Allah SWT, Pencipta kita ..
Lepas tu, kita kena sama2 usaha untuk memahami setiap lafaz dalam solat kita..
Lepas tu, cuba sedaya upaya sehabis daya untuk solat tepat pada masanya ..

Tapi, yang paling penting adalah, kita lakukan semua ni, semata-mata kerana Allah, semata-mata untuk mengharap keredhaanNya ..




Semoga bermanfaat!

=)

No comments:

Post a Comment