Friday, November 4, 2011

Puasa Hari Arafah ...

Assalamualaikum WBT ..

Apa khabar iman kita?
Apa cerita 10 hari Zulhijjah kita?
May Allah bless insyaAllah ..

Dan sekarang, dah nak raya Haji !
ok, x perlu ingatkan sy ttg suasana Raya Haji di Malaysia skrg, melainkan anda nak belanja sy tiket pergi dan balik .. heh ..


  • Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
  • Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
  • Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra.
  • Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud.
Makanya, saya menyeru diri saya sendiri dan sesiapa yang terbaca post ni utk sama2 berpuasa pada hari Arafah, dengan harapan Allah menerima ibadah puasa kita, dan mengampunkan dosa kita setahun yang lalu insyaAllah ..

Ok, masih ada masa ?

Nak share sket .. tentang salah satu nama Allah yang agung ..


Tak dapat nak ulas banyak, sbb klas blom habis sebenarnya, heheh ..

Bila sy google translate, dia kata Al-Wakeel maksudnya "Proxy" .. x pasti la pulak kesahihannya ..
Tp yg sy diberitahu, Al-Wakeel maksudnya "The Trustee" ...

Bayangkan,
Anda masuk court, atas tuduhan yang anda x buat ..
Anda melantik seseorang utk jadi peguam anda ..
Sebelum bersetuju, mesti anda dah sgt PERCAYA YANG TAHAP GIGA kat lawyer anda nh ..
sampaikan anda boleh je biarkan beliau bercakap bg pihak anda dalam court, yg mana akan menentukan nasib anda, untung atau rugi .. bebas atau penjara .. hidup atau mati !
Dapat feel tak perasaan "PERCAYA YANG TAHAP GIGA" tu ..

Sekarang ni, kalau kita betul2 beriman dn nama Allah "الوكيل" tu, ... 
Semua perkara yang berlaku seharusnya ada hikmahnya ..
Segala ujian atau dugaan, harus diterima dgn redha dan hati yang terbuka ..

We are dreamers,
We want to get mardhatillah (keredhaan Allah),
We want to be an excellent student,
We want to be somebody successful in our career,
We want to have a happy-ever-after family,
dll etc ..

Ya, x salah memasang cita2 dan impian ..
X salah berusaha sehabis baik ke arah cita2 dan impian2 tu ..
Tapi, kadang2, perkara yang terjadi kat kita, jauh dari apa yang diimpikan ..
Kita memandang setiap kegagalan sebagai penamat kepada sesuatu impian ..
Kurang yakin kah kita kepada Allah? Adakah kita dah hilang perasaan "PERCAYA YANG TAHAP GIGA" tu?

Allah berfirman,
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (3 : 173)
 Ini kisah perang Uhud kalau x silap .. betapa indahnya perasaan kebergantungan para sahabat yg x berbelah bahagi kpd Allah ..

Makanya, marilah  kita sama2 tanam perasaan PERCAYA YANG TAHAP GIGA ni terhadap Allah ..
Terima segala apa yang berlaku dgn redha ..
Kalau terlepas bas, mungkin bas yang selepasnya tu lebih baik untuk kita naik .. sbb bas yg kita tunggu tu, ada anjing kat dalam ke?
Kalau hari hujan, mungkin apa2 aktiviti yang dirancang tu, lebih bermanfaat kalau dibuat pada hari lain .. mungkin lebih ramai org free pada hari yg lain tu?
Kalau kita semangat berjimat-cermat duit kita selama ni, tiba2 na'udzubillah, kena ROMPAK! mungkin kalau kita x kena rompak, duit tu akan hilang ke arah lain yg lebih x berfaedah?
*isyy, kata x elok guna perkataan kalau? heheh ..

Dengan syarat, apa2 pun yang kita buat, ikhlas kerana Allah, dan usaha yg diletakkan adalah semaksimum yg mungkin ..

JOM! amalkan ayat ni ;
 حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ
Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).


Yang sedang berpesan kepada diri sendiri juga ..


=)

No comments:

Post a Comment