Thursday, November 24, 2011

Mungkin ini yg terakhir ....


Assalamualaikum WBT ..

Despite all the chores and works, i choose to come here .. 
Maafkan aku wahai diri .. haihh ..

Mungkin ini post yg terakhir untuk tahun 1432 Hijrah ni .. huh, LAME ..

Sedikit pesanan,
Buat kamu sahabatku, jgn lah stress .. La tahzan .. hidup ni mmg x sepi dari ujian, mehnah dan tribulasi (pergh, ayat buku) .. tapi, menda2 tu lah yg buat kita yakin bahawa Allah masih sayangkan kita kan? chaiyok2 .. bykkan berdoa, insyaAllah .. Allah tu pengubat luka,the Ever Loving,  bukan? =)

Buat kamu awekzku, sabar ye.. setiap yg hidup pasti akan mati .. jadikan ianya satu peringatan buat kita untuk lebih menghargai orang2 di sekeliling kita, dan sebagai peringatan bahawa kita juga akan mati suatu hari nanti .. terus kuat k?
=)

Lepas tu, nak sgt2 share pasal satu lg nama Allah yg kitorg blaja smalam ..
tunggu jap ye Mr n Mrs Reports..
heheh ..

Al-Jabbar ..

The Restorer,  The Repairer,  The All-Compelling,  The Irresistible

The Healer ...

Agak2nya, siapa yg memerlukan nama Allah yg satu ni?

Kata ckgu sy tu, everyone with a BROKEN HEART needs it ..
Tak2, bukan org yg putus cinta .. adoii ..
Tapi, sebagai contoh, anak2 yatim, org2 yg kehilangan ahli keluarga or kwn2 baik, org2 yg selalu menjadi mangsa prejudis (contoh, anda seorang muslim di sebuah negara yg mana islam adalah minoriti .. pergi sana org pandang pelik, pergi sini org pandang pelik .. pakai tu salah, pakai ni salah .. mesti la stress kan?), para wanita .. 
ye, WANITA .. kenapa wanita? sbb mmg fitrah wanita tu diciptakan lemah .. yes, tangan yg disangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan seisinya .. tapi, deep inside, kita mmg diciptakan lemah ..
senang cerita, kita semua pn memerlukannya, sbb sy yakin semua org pn pernah rasa down n patah hati, kan?

kadang2, kita tertanya sendiri, "Kenapa aku? kenapa aku yg menerima semua ni .. jahat sgt ke aku ni?"

Allah ..

Bayangkan dunia ni ibarat dewan peperiksaan .. suka, duka, perkara2 x best yg berlaku, ketidak adilan, susu yg dibalas dgn tuba .. haihh .. tu semua adalah subset kepada the whole equation .. dont question .. terima semua tu seadanya .. sy rasa kita semua yakin yg Allah xkan bebankan kita dgn perkara yg kita x mampu tanggung kan? kan kan?

x salah utk rasa berat dan rasa susah dan rasa lemah .. kita kan manusia biasa .. nah, kan kita ada Allah sbg The Healer? go to Him .. mengadu puas2, menangis, merayu, minta pertolongan .. 
u can go to a friend, u can go to your family, they may listen to u, solve your problems .. tapi pada sy, no one understands and answer u and heals u, better than Him .. He knows us best .. stuju?

Pada pandangan sy, mmg x mudah utk dapat perasaan bahawa Allah is always there for us .. bila doa je, boleh rasa yg Allah dgr dan makbulkan doa tu .. bila down je, terus g solat, dan kepala dan jiwa yg berat terasa ringan tetiba .. mmg x mudah .. best nya siapa yg dpt perasaan tu!
tp, kalau x start pn lg, x cuba pn, bila perasaan tu nk dtg? try la dulu, belum cuba belum tahu .. kita sama2 try ye?

Mari sama2 hayati kisah yg Allah nukilkan dalam Al-Quran ..

Taa, Siin, Miim. (1) Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan. (2) Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. (3) Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan. (4) Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (5) Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (6) Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.(7) (Al-Qasas : 1-7)
Bayangkan perasaan seorang ibu, yg baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tatkala pemimpin sedang dgn kejamnya memerintahkan agar semua anak lelaki dibunuh .. betapa hancur dan luluh hati si ibu itu .. dgn kebijaksanaan dan dgn sifat Al-Jabbar Allah itulah, bayi itu diselamatkan daripada dibunuh, dikembalikan kepada si ibu untuk disusui, tanpa sesiapa mengetahui hakikat sebenar, dan diberi jaminan bahawa anaknya itu akan menjadi seorang Nabi, seorang Rasul !

Allah ..

*ok, mgkin ayat mcm berterabur, plot cerita mcm x tersusun, tp harapnya mesejnya tu smpai lah ek*

LBNL, hari ni hari Jumaat .. Hari ni jugak adalah hari terakhir dalam tahun 1432 Hijrah .. kalendar sy kata, Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari sabtu, 26/11/11 .. xtaw la kalendar org lain kata apa ..
Makanya, nak share doa akhir tahun dan awal tahun .. smoga bermanfaat insyaAllah ..


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wallahualam ..
Maafkan salah silap saya sekiranya ada terguris tersalah terkasar di mana2..
Mari masuk tahun baru dengan semangat yg baru !

=)

No comments:

Post a Comment