Eid Mubarak !!
May Allah bless ..
Smuga diterima amalan sepanjang Ramadhan kita .
Sy pnah dgr kat tv ke radio ntah, x ingat ..
Kalau kita berjaya meneruskan amalan2 kita sepanjang Ramadhan di bulan2 seterusnya,
insyaAllah tandanya amalan kita sepanjang Ramadhan tu diterima ..
*mode risau*
Wallahualam, Allah lebih tahu ..
Ayat x berapa boleh nak blah raya kali ni,
"Kau ni belajar je tinggi2, tp badan tu x tinggi2 gak" ..
=_=
Tgh hari raya pertama, kami sekeluarga pulang ke kampung di Melaka ..
separuh perjalanan, kami berpecah jadik 2 bahagian, bwk dua kereta , adik sy drive ..
Allahu Allah,
bole saket jantung rasanya kalau naik keta dgn adik sy tu ..
mengajar sy utk lebih mensyukuri nikmat kehidupan yg Allah berikan ..
Alhamdulillah ya Allah ..
Kelmarin, beraya kat umah atuk sedara ..
ha, dpt kuliah Asar terus,..
kata beliau, Akidah tu ibarat tanah .. ilmu Feqah tu ibarat tanaman .. dan ilmu Tasawwur tu pulak pagarnya ..
kata seorang makcik kat situ pula, Iman ibarat tanah, Islam ibarat tanaman dan Ihsan ibarat pagarnya ..
kalau setakat beriman dan percaya Allah tu ada, tp x buat amal ibadah, mcm tanah lapang jek lah kan?
xde apa nk buat bekal, xde apa utk dimakan, xde apa nk kasik kat orang ..
Tapi, kalau ada keimanan dan ilmu akidah, ditambah pulak dgn segala suruhan Allah yg dikerjakan dan larangan2 Allah yg ditinggalkan, ha, mcm sebuah padang yg ada byk pokok2 dan tanaman ..
katakanlah ada durian, rambutan, (mana nak carik kalau kat Lancaster neh! =p)
kan cantik .. bole dimakan buah2nya, bole buat tmpat berteduh dll .. tapi, alamak ..
kerbau dan kambing pulak berkeliaran! begitu juga penebang pokok haram ..
habis semua tanaman dimakan dan ditebang ..
macam tu lah, kalau buat amalan, tapi x diserikan dgn ilmu tasawwuf dan sifat ihsan ..
contohnya, ada sifat sombong dan riak dlm kita beramal, na'udzubillah ..
hancurr, leburr semuanya,..
jagung pn ok la kan? =p |
oleh sebab itu lah, tanah lapang kita yg dipenuhi pohon2 dan tumbuhan merendang ini perlukan pagar yg kuat dan mampu menangkis segala mara bahaya yg mungkin menimpa .. memerlukan ikhlas dalam beramal .. memerlukan sabar dalam menjalani kehidupan .. mungkin sedikit ilmu bagi memastikan kesahihan setiap ibadah?
Nah, barulah hasil dari tanaman2 tadi akan terpelihara, dan hasilnya mampu diperoleh dan digunakan oleh kita!
nice kan? siap ada pagar elektrik lagi .. |
ok, macam tu lah lebih kurang tazkirah Asar yg sy dapat petang tu .. obviously, ada sedikit perencah dah sy tambah ... harap2 msgnya sampai ..
oh, bila dah besar sikit nh, hal2 yg berlaku dlm keluarga sama ada keluarga besar dan kecik, da semakin transparent .. dan semakin lama, sy semakin sedar, kalau Allah panjangkan umur saya, banyaaaakkk lgi ilmu dan pengalaman yg sy kena gali dan cari lagi sebenarnya .. ruginya masa2 yg telah dibazirkan entah ke mana!
n now, adik2 dah mula bersekolah .. pakcik makcik pn da start keje .. nape lah cutinya kejap je ek?
nampaknya mgkin nak kena guna cuti Krismas utk kunjung mengunjung ke umah sedara mara .. haihh ..
LBNL, Salam Aidilfitri buat semua .. dan salam Merdeka!
Salah dan silap zahir dan batin, harap dimaafkan ..
Segala hak2 yg tak tertunai mohon diampunkan ..
Segala ilmu dan keperluan, mohon dihalalkan ..
kejayaan dan kesejahteraan, mohon didoakan ..
=)
selamat ari raye tot...
ReplyDeletemaaf zahir dan batin..
=)