Friday, September 23, 2011

meraikan Syawal dan Jumaat .. =)

Assalamualaikum WBT semua !!

Pengumuman pengumuman!

Lagi 6 hari, dan Syawal akn berakhir ..
Dah habis puasa 6 ? mabruukk !! ..
Masih dalam proses ? teruskan teruskan !!
Belum mula lagi ? alamakk, x sempat dah kot .. xpe lah, cuba lg tahun depan insyaAllah, kalau dipanjangkan umur ..

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)

Oh, hari ni hari Jumaat .. dah baca Al-Kahfi? ada beberapa jam lagi .. sempat ni, insyaAllah ..

Nah, nak baca sekarang pn boleh .. heheh ..



*erm, kak, kenapa nak kena baca Al-Kahfi?

Di riwayat kan oleh Al-baihaqi dari Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa yang mebaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah cahaya diantara tempat nya dan Baitullah.
Imam Ahmad meriwayat kan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa menghafaz sepuluh… ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal.” (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)
Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya.” 
Daripada Muaz ibni Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad) 
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayat kan dari Umar RA pula bermaksud:
Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit untuk nya di hari kiamat dan di ampun kan dosa-dosanya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)



Ok, sekian ..
Wallahualam ..
=)

No comments:

Post a Comment