Sunday, September 25, 2011

...

Di suatu hari, seorang anak berbual dgn ibunya ..

Ibu : Weh, kau x nak skolah dah ke?

Anak : Tak nak, dah malas la mak ..

Ibu : Abis, kau ingat ade ke org nak kat kau yg x skolah tu?

Anak : Eh, mesti lah .. mak dgr sini ye .. sekarang ni, statistik lelaki dgn perempuan menunjukkan perempuan lebihh ramaiii dripada lelaki .. ok, kita tolak lelaki bangsa2 lain, lagi sikit .. tolak pulak penagih dadah dan mat2 rempit, lagi sikit .. maka tinggallah lelaki2 Melayu yg ok mcm aku ni ha ..so, perempuan lah yg kena kerja keras supaya ada lelaki nak kat dia! *ketawa berdekah-dekah muka x bersalah*

Ibu : T_T

Adoi .. habislah kalau semua pemuda melayu yg muslim pun fikir macam ni .. grow up brothers ! u're the leader of the Ummah !

islam akan menang suatu hari nnt, itu pasti .. mari berusaha ke arah itu ! =)


ok, jom semangat sket .. dedicated to all ...


=)

Friday, September 23, 2011

meraikan Syawal dan Jumaat .. =)

Assalamualaikum WBT semua !!

Pengumuman pengumuman!

Lagi 6 hari, dan Syawal akn berakhir ..
Dah habis puasa 6 ? mabruukk !! ..
Masih dalam proses ? teruskan teruskan !!
Belum mula lagi ? alamakk, x sempat dah kot .. xpe lah, cuba lg tahun depan insyaAllah, kalau dipanjangkan umur ..

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Muslim dan lainnya)

Oh, hari ni hari Jumaat .. dah baca Al-Kahfi? ada beberapa jam lagi .. sempat ni, insyaAllah ..

Nah, nak baca sekarang pn boleh .. heheh ..



*erm, kak, kenapa nak kena baca Al-Kahfi?

Di riwayat kan oleh Al-baihaqi dari Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa yang mebaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah cahaya diantara tempat nya dan Baitullah.
Imam Ahmad meriwayat kan daripada Abu Darda bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa menghafaz sepuluh… ayat permulaan Al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal.” (HR Muslim, Abu Daud, An Nasai, At Tirmizi dan Qatadah)
Daripada Ali RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka dia terpelihara sehingga lapan hari dan sekiranya dajjal keluar, dia akan terpelihara daripadanya.” 
Daripada Muaz ibni Anas, Nabi Muhammad SAW bersabda kira-kira bermaksud:
Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad) 
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayat kan dari Umar RA pula bermaksud:
Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga kelangit untuk nya di hari kiamat dan di ampun kan dosa-dosanya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)



Ok, sekian ..
Wallahualam ..
=)

Monday, September 5, 2011

Raya?

Assalamualaikum WBT ..

Eid Mubarak !!
May Allah bless ..
Smuga diterima amalan sepanjang Ramadhan kita .
Sy pnah dgr kat tv ke radio ntah, x ingat ..
Kalau kita berjaya meneruskan amalan2 kita sepanjang Ramadhan di bulan2 seterusnya,
insyaAllah tandanya amalan kita sepanjang Ramadhan tu diterima ..
*mode risau*
Wallahualam, Allah lebih tahu ..


Ayat x berapa boleh nak blah raya kali ni,
"Kau ni belajar je tinggi2, tp badan tu x tinggi2 gak" ..
=_=

Tgh hari raya pertama, kami sekeluarga pulang ke kampung di Melaka ..
separuh perjalanan, kami berpecah jadik 2 bahagian, bwk dua kereta , adik sy drive ..
Allahu Allah,
bole saket jantung rasanya kalau naik keta dgn adik sy tu ..
mengajar sy utk lebih mensyukuri nikmat kehidupan yg Allah berikan ..
Alhamdulillah ya Allah ..



Kelmarin,  beraya kat umah atuk sedara ..
ha, dpt kuliah Asar terus,..

kata beliau, Akidah tu ibarat tanah .. ilmu Feqah tu ibarat tanaman .. dan ilmu Tasawwur tu pulak pagarnya ..
kata seorang makcik kat situ pula, Iman ibarat tanah, Islam ibarat tanaman dan Ihsan ibarat pagarnya ..


kalau setakat beriman dan percaya Allah tu ada, tp x buat amal ibadah, mcm tanah lapang jek lah kan?
xde apa nk buat bekal, xde apa utk dimakan, xde apa nk kasik kat orang ..


Tapi, kalau ada keimanan dan ilmu akidah, ditambah pulak dgn segala suruhan Allah yg dikerjakan dan larangan2 Allah yg ditinggalkan, ha, mcm sebuah padang yg ada byk pokok2 dan tanaman ..
katakanlah ada durian, rambutan, (mana nak carik kalau kat Lancaster neh! =p)
kan cantik .. bole dimakan buah2nya, bole buat tmpat berteduh dll .. tapi, alamak ..
kerbau dan kambing pulak berkeliaran! begitu juga penebang pokok haram ..
habis semua tanaman dimakan dan ditebang ..
macam tu lah, kalau buat amalan, tapi x diserikan dgn ilmu tasawwuf dan sifat ihsan ..
contohnya, ada sifat sombong dan riak dlm kita beramal, na'udzubillah ..
hancurr, leburr semuanya,..

jagung pn ok la kan? =p


oleh sebab itu lah, tanah lapang kita yg dipenuhi pohon2 dan tumbuhan merendang ini perlukan pagar yg kuat dan mampu menangkis segala mara bahaya yg mungkin menimpa .. memerlukan ikhlas dalam beramal .. memerlukan sabar dalam menjalani kehidupan .. mungkin sedikit ilmu bagi memastikan kesahihan setiap ibadah?
Nah, barulah hasil dari tanaman2 tadi akan terpelihara, dan hasilnya mampu diperoleh dan digunakan oleh kita!

nice kan? siap ada pagar elektrik lagi .. 


ok, macam tu lah lebih kurang tazkirah Asar yg sy dapat petang tu .. obviously, ada sedikit perencah dah sy tambah ... harap2 msgnya sampai ..

oh, bila dah besar sikit nh, hal2 yg berlaku dlm keluarga sama ada keluarga besar dan kecik, da semakin transparent .. dan semakin lama, sy semakin sedar, kalau Allah panjangkan umur saya, banyaaaakkk lgi ilmu dan pengalaman yg sy kena gali dan cari lagi sebenarnya .. ruginya masa2 yg telah dibazirkan entah ke mana!

n now, adik2 dah mula bersekolah .. pakcik makcik pn da start keje .. nape lah cutinya kejap je ek?
nampaknya mgkin nak kena guna cuti Krismas utk kunjung mengunjung ke umah sedara mara .. haihh ..



LBNL, Salam Aidilfitri buat semua .. dan salam Merdeka!
Salah dan silap zahir dan batin, harap dimaafkan ..
Segala hak2 yg tak tertunai mohon diampunkan ..
Segala ilmu dan keperluan, mohon dihalalkan ..
kejayaan dan kesejahteraan, mohon didoakan ..

=)