Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahuakbar ..
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?Sungguh, sy sgt suka sepanjang musim bunga ni .. Jaulah ke Ireland, Spring Camp (oh, yg ni x cerita lg .. jap ea, =p ), ziarah2 umah sisters .. semoga segala masa dan harta dan tenaga yg digunakan, telah diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah .. semoga diterima amalan yg sikit dan rosak .. semoga diredhaiNya ..
ok, Spring Camp .. temanya adalah Mukhayyam Al-Quran .. siapa sangka, baaanyaaak lg sebenarnya khazanah Al-Quran yg kita x tahu atau terlepas pandang .. baaaanyaaaak lg hukum2 yg kita langgar apabila mengalunkan ayat2 suci Al-Quran .. sebutan2 pincang yg mampu mengubah makna .. baaanyaaaak lagi kena belajar!! =)
dan ditakdirkan Allah, kami diuji dgn kawasan perkhemahan yg masyaAllah, 'mewah'! hehe .. malangnya x aktif mengambil gambar sepanjang perkhemahan .. mgkin bole bayangkan kanopi yg besar mcm kalau buat kenduri kat atas jalan raya, cumanya lengkap berdinding dan bertingkap .. dan bila mlm menjelma, mgkin je suhu kat dalam sama jek dgn kat luar, yg membezakan hanyalah lapisan khemah tersebut! .. (ok, nama skemanya marquee) .. heater gergasi yg dipasang hanya mampu memberi kesan kpd org yg berada betul2 dihadapannya .. lantai berbatu tajam menjadi tempat tidur .. berbungkus dalam sleeping bag adalah perkara normal, even waktu bersarapan! sgt kagum dgn semangat semua org mase tu ..
dan alhamdulillah, esoknya kami dibenarkan tidur dlm sports gym, yg apabila dipasangkan heater gergasi itu, kami minta supaya ia dimatikan! (betapa selesa dan warm nya tmpt itu .. kata org, kita susah nk bersyukur kalau x diuji terlebih dulu .. kalau x diberi rasa lapar, susah nk bersyukur bila kenyang .. kalau x diuji dgn kerinduan, susah nk bersyukur bila berjauhan .. T_T .. bila x diuji dgn pelbagai ujian, susah nk bersyukur bila segala urusan dipermudahkan .. well, mgkin x applicable kpd semua org .. ke sy jek yg rasa? huhu ..tp x perlu la tunggu utk diberi ujian, lepas tu berharap yg segalanya akan selesai, dan lepas tu baru nk bersyukur .. oh, ayat berterabur .. harap2 faham apa yg nk disampaikan ..
dan 2-3 hari ni, perkongsian dgn beberapa org sisters sgt terkesan di hati .. sgt membuktikan bahwa dalam jln dakwah ni, x ada senioriti .. di mana org yg lebih tua x semestinya lebih faham drpd org yg lebih muda .. di mana org yg dah lama ditarbiyah, x semestinya lebih faham drpada org yg baru ditarbiyah .. sgt menyedarkan sy, hidup setiap org adalah sgt special, wlaupun anda rasa hidup anda plain jek .. ade yg hidupnya sgt byk ujian, persis rancangan cerekarama TV3 .. ada yg hidupnya sentiasa bahagia, sentiasa cukup segala-galanya .. ada yg hidupnya dahulu adalah sgt menyimpang dari agama, tp skrg sudah menemui cahaya .. ada yg sememangnya dibesarkan dgn ayat2 Al-Quran dan kisah2 para Nabi dan Rasul .. DLL ETC .. walau di mana pn anda, sedarlah,
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya", (16)
Allah will always be there for u .. ya, there are sooo many things for Allah to manage and lots of people for Allah to take care of .. tp, ayat2 Allah itu kan sesuatu yg pasti? maknanya ayat di atas pn sesuatu yg pasti .. makanya, sy sgt2 menyeru diri sendiri dan semua orang .. let's have a solid faith in Him .. let's fill our hearts with the love for Him, the One and Only .. let's do a lot of good deeds, yg wajib ataupun sunat, utk meraih kasih sayangNya ..
"Ya Allah .. tetapkan aku di atas jalanMu ini .. bantulah aku agar tiada yg lain di hati dan fikiranku dan amalanku, selain Engkau yg Maha Satu .. semoga semuanya hanyalah keranaMu .. "
Allah .....
yg perlu berusaha keras utk exam yg akn tiba x lama lg,
=)
No comments:
Post a Comment