Friday, April 1, 2011

Naik Turunnya Iman :::


Didoakan agar sahabat sekalian berada dalam peliharaan dan dibawah naungan kasih sayang Allah SWT,

Bermula dari entri ini, insyaAllah saya akan menulis beberapa entri yang akan melibatkan tajuk yang sama. Sebagai mukadimah kepada entri yang seterusnya berkenaan tajuk yang saya kira sangat relevan dengan kehidupan kita seharian, saya senaraikan dahulu tajuk-tajuk kecil kepada keseluruhan entri berkenaan turun naiknya iman ini. Seperti yang tertera dalam tajuk entri mukadimah ini, pengisian entri kali ini juga terbahagi kepada dua, yang pertama pengisian tentang punca kepada peningkatan iman, dan yang kedua pengisian tentang punca penurunan iman.

Tiada tujuan lain berkenaan entri ini, tapi sekadar mengingatkan diri ini dan sahabat sekalian, bahawa, sebagai 'insan', kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan penurunan iman, subhanallah. Kita tidak risau jika, keimanan kita meningkat, alhamdulillah, namun menurunnya iman tanpa dikawal, membawa kepada kecelaruan hidup yang merisaukan, auzubillah. Saya berdoa kepada Allah SWT agar dengan pengisian ini dapat membantu kita mengetahui punca-puncanya agar kita dapat sentiasa berjaga-jaga dengan turun naiknya iman kita, insyaAllah.

Saya mulakan dengan pengenalan kepada punca kepada peningkatan iman ini. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian yang sesetengahnya mempunyai perincian kecil kepada bahagian tersebut.
Mempelajari ilmu pengetahuan dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW

Ada beberapa perkara yang perlu diusahakan agar terlaksana impian mempelari ilmu pengetahuan dari Al-Quran dan Sunnah. Antara usaha adalah seperti berikut:
  1. Membaca Al-Quran dan merenung akan isi ayat-ayat Al-Quran yang dibaca.
  2. Mempelajari nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT
  3. Membuat rujukan yang teliti terhadap biografi dan kisah hidup Nabi SAW
  4. Merenung dan memahami keindahan dan kualiti agama Islam
  5. Mempelajari sejarah kehidupan salafi: sahabat dan cendekiawan Islam
Memerhatikan keindahan segala ciptaan Allah SWT

Berusaha dengan kesungguhan yang tinggi untuk melakukan amalan baik yang ikhlas. Ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian s
  1. Amalan dengan hati
  2. Amalan dengan lidah
  3. Amalan dengan anggota badan yang lain

Itulah antara punca kepada peningkatan iman, dan insyaAllah seterusnya saya perkenalkan pula punca kepada merudumnya iman. Punca merudumnya iman terbahagi kepada dua iaitu punca dalaman dan punca luaran. Berikut adalah antara puncanya.

Punca Dalaman
  1. Kejahilan
  2. Kelalaian, keenganan dan pelupa
  3. Terlibat dengan kemungkaran dan melakukan dosa
  4. Jiwa yang amat menuruti nafsu jahat
Punca Luaran
  1. Syaitan
  2. Dunia dan pujukan/keghairahan dunia
  3. Kawan

Inilah antara mukadimah berkenaan dengan punca kepada naik dan merudumnya iman. InsyaAllah, untuk entri-entri yang berikutnya, saya akan menulis secara sedikit terperinci bagi setiap tajuk kecil yang telah diperkenalkan. Mudahan dengan entri ini, sedikit kesedaran dapat dikongsi bersama, bahawa iman kita jika tidak dijaga akan merudumlah ia, yang natijahnya amatlah buruk untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita semua, agar sentiasa menjadi hambaNya yang beriman, sentiasa melakukan amalan yang soleh dan meninggalkan segala yang dilarang. Amin Ya Rabb.
Sumber di sini.
Wallahualam .. =)

No comments:

Post a Comment