Thursday, December 29, 2011

Perhimpunan Musim Sejuk itu .. ^_^

Assalamualaikum WBT ..

Perhimpunan Musim Sejuk 2011, melakar seribu kenangan manis, mengukir sejuta kenangan terindah ..
Allah, sungguh tarbiyah dariMu itu sgt mengujakan, setiap kali ..
biarlah status2 dan komen2 fesbuk di bawah menceritakan segala-galanya, kerana sy yakin kami berkongsi perasaan yang sama .. dan sy mahu anda merasainya juga! ; )







di kala itu aku ditarbiyyah utk mengerti dan memahami apa itu rabbani, ikhlas, ukhuwwah,


 pengorbanan, kasih sayang, dan mujahadah oleh Allah melalui sistersku. 


PMS terbaik, alhamdulillah. InsightOut!!






PMS tahun ini sgt best.berjaya mengubah hati ini.






rindu jiwa2 yg berada di sana..T.T subhanallah. semoga dapat berjumpa di syurga firdaus



kelak dan sama2 berhimpun lagi..:').





pasti disyukuri hadiah yg dibawa pulang dri PMS kali ni. Alhamdulillah. 










trima kasih Allah..Entah kenapa.. Saya merindui saat-saat di PMS. :') Moga ALLAH


 pertemukan kita lagi di suatu hari nanti. InsyaAllah. :)






Alhamdulillah..Tarbiyyah PMS terakhir d UK...Moga bermanfaat untuk meneruskan jejak-


jejak kehidupan..






kalau kita tak nak buat, Allah akan gantikan orang lain untuk buat...


sama ada kita menjadi pemerhati atau penunggu...

penat tanpa kefahaman akan meruntun hati dan jiwa serta perasaan...

tapi penat dengan kefahaman akan menjadikan diri basah dengan keimanan...

dimana ada road block, disitu ada kesusahan..

tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...

PMS dah habis, tetamu istimewa dah balik...

risau masa cuti akan terbuang dengan sia-sia...huhu







PMS was awesome!! jazakillah sisters.. jazakillahu khairan kathira.. =')



Alhamdulillah.. ;-) perjuangan yang pastinya bakal ku rindu - PMS!!

;-) and yet not to forget - suatu perjuangan yang baru sahaja bermula...sahabat, ayuh!!




*sorry kerana telah copy paste tanpa meminta izin .. minta halalkan ye?

=p







dan lagu ini akan menjadi pengubat rindu sy kpd mereka .. *tacing la pulak, haihh*





Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami di atas jalanMu ini .. 

=)

Friday, December 16, 2011

Cuti + Holiday = ?

Salam Jumaat .. ^_^


Status2 FB dan post2 rakan2 telah menunjukkan 'bahang2' salju yg sudah mula turun di beberapa tempat, dan juga keterujaan menyambut cuti sekolah sempena musim sejuk .. 


Winter '10 @ Prague .. =)


Yes, same goes to me .. snow dah start turun, dan cuti musim sejuk dah pun bermula .. tapi, permulaan cuti itu kurang best sebab ada kerja sekolah kena hantar hari isnin .. chett .. (ish3, x baik mengeluh .. siapa suruh x buat awal2 .. kalau siap awal, kan dah boleh mula bercuti? padan muka sendiri .. =_= )


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (kalau terjemahan indonesia, disebutkan butiran2 ais) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (24 : 43)


Anywayys .. bila sebut pasal cuti, sy rasa ada 2 perkara dalam fikiran semua orang .. 
1) Jalan2 .. 2) masa lapang .. hurmm ..


Masa sesi persekolahan, duk mengadu xde masa utk buat semua benda .. nak g skolah lagi, nak buat keje skolah lagi, x termasuk report2 practical dan essay2 panjang berjela nak kena hantar .. lagi sedih, kalau semua perkara tu menjadikan kurangnya mengaji, kurangnya solat2 sunat, kurangnya qiamullail sbb duk stay up siapkan keje, kurangnya menyertai majlis2 ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah .. adehh, tembak diri sendiri .. 


Oleh yang demikian (mcm esei BM la pulak), mari kita grab masa cuti ni untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara2 dan ilmu2 berguna yang mungkin boleh dibuat bekalan dalam kehidupan kita ..


1) Jalan2 ..
Sapa kata jalan2 tu membazir duit dan x berfaedah? well, tgk jugak la macam mana kita berjalan2 .. cuba kita tgk beberapa ayat dalam Al-Quran ;


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3 : 191)


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri (30 : 9)


Pompei, Italy .. 
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (22 : 46)


Simple jek .. kalau rajin, sebelum jalan2 tu, kaji dulu sejarah tempat tu, ada x kaitan dgn islam ke, mcm mana ke .. kalau x pun, setiap kejadian yg jadi, kaitkan dgn kebesaran Allah .. contoh, nampak bukit, cuba fikir, apa kaitan bukit dan gunung dgn kita? kenapa Allah cipta bukit2 dan gunung? betul ke x sia2, statik je mereka tu? .. nampak laut dan tasik dan sungai .. apa kaitan mereka? sungai2 yang cantik tu, sama ke dgn sungai2 kat syurgaNya nnt? lautan luas tu, ada apa dalam dia? kalau nampak burung2 terbang, best ke dapat terbang? sapa yg kawal supaya diorg semua x berlanggar sesama sendiri? kalau diorg terbang ramai2, mcm mana diorg lantik ketua rombongan? dan lain2 yang berkaitan ..


Ennerdale, Cumbria ..


2) masa lapang .. 


Pernah dengar tak, "Masa lapang itu membunuh?" .. yet, so true saya rasa.. lagi2 time cuti sekolah .. ye lah, bila x skolah, duk umah je .. probability untuk masa itu digunakan ke arah perkara2 x berfaedah sgt lah besar .. tidur yang berlebihan, movie2 yg x berkesudahan, penggunaan internet yang tiada had, dan seterusnya .. maka, sbg seorang yang sy yakin sangat faham bahawa masa itu bukan setakat emas yg sgt berharga, tetapi masa itu juga ibarat pedang .. kalau kita x potong dia, dia akan potong kita ..
dalam Al-Quran pn ada mention ;

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (94 : 7)

Oh, sgt kena ayat ni dgn sy yg nak kena siapkan kerja sekolah masa cuti .. (maaf, emosi sy terganggu sbb belum pernah ada homework masa cuti, haha) .. andd andd, kalau dah siap something, kena terus start buat something yg lain .. yang berfaedah laa kan .. jgn la pulak, " okayy, coursework dah siap .. movie marathon jom !" .. =_=

ok .. cukup lah sy membebel .. cakap banyak tapi x buat, xde maknanya .. huhu ..

May Allah bless us all inshaAllah .. 
=)

p/s : oh, jangan lupa utk ambil tahu tentang saudara2 seakidah kita di Middle East sana .. check this out people ! menarik ! =)


Semoga bermanfaat .. Salam Jumaat ! 

=)

Sunday, December 11, 2011

Thursday, December 8, 2011

Apa khabar?

Masa sy tgh tulis post ni,
masa sy dok usha fesbuk tadi,
masa sy g kelas, g workshop,
masa sy makan, minum, borak2,
masa sy siapkan coursework,
masa sy kejar bas tadi......

sy x pasti kalau2 sy ada terfikir,

apa lah yg saudara2 seakidah sy yg lain tgh buat ye?
makan ke x mereka hari ni,..
lena ke x tidur mereka ..
mungkin ada yg sedang terlantar kesakitan, kebuluran ..
mungkin ada yg baru sahaja kehilangan ahli keluarga ..

apa lah yg pembawa2 ajaran taghut sdg buat ye?
merangka serangan demi serangan ke atas umat islam, secara fizikal dan mental?
bergembira dan berbangga dgn kejayaan demi kejayaan yg mereka miliki?
mentertawakan manusia yg tunduk dan patuh kepada mereka?

selalunya kita lupa ..
duk pening nak makan apa jap lagi..
duk fikir nak ke mana cuti nanti..
duk stress baju2 lama x bertukar ganti ..
duk fikir movie mana yg belum tgk lg..

adoi, sakitnya kena 'tembak' bertubi-tubi !

Salam Jumaat ..

Tuesday, December 6, 2011

Gaza dan Kita .

Salam wbt ..

Nak share sikit apa sy dpt masa pergi 'Gaza Through Our Eyes', a sharing of journeys to Gaza, di Manchester smalam ...
Speakers adalah Syeikh Majdi Aqil n Dr Zin Iskandar ..

Basically mula2 tu diterangkan kenapa umat islam perlu berbicara soal Palestin, dan mcm mana keadaan di Palestin sekarang ..


Sebab itu adalah kiblat pertama kita, ada masjid Al-Aqsa, masjid ketiga bagi kita, ada kubur datuk Nabi kita,   dan banyak lagi kisah Nabi2 berlaku di Palestin .. Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Ishak.. (Apa yg berlaku? jom sama2 cari nak? heheh, homework2)
Palestin adalah kawasan terbersih, kerana semua botol2 plastik, kertas2 akan diguna semula oleh penduduk Palestin..
Palestin juga adalah tempat yg berbeza dgn negara lain, sbb kalau kat tempat lain, org akan lari bila ada bunyi bom, tp penduduk Palestin akan berlari ke arah bunyi bom tersebut, untuk menyelamatkan saudara2 mereka..
Ditunjukkan juga gambar sebuah terowong bagi menghubungkan Gaza dan Mesir, rumah2 yg dibina dari beg2 berisi pasir, dan kesan2 ledakan bom2 yg setiap satunya seberat 1 tan ..



Kemudian, sesi forum pn bermula. (saya hanya akan memberi ringkasan jawapan shj .. =)

1) What does this forum means to you? (Syeikh Majdi)
Mula2 Syeikh terangkan secara brief rentetan peristiwa yg berlaku di Palestin. Then he express his gratitude because Palestinians issues are not just for Palestinians, but it's a worldwide issue..it's for muslims and non-muslims to discuss about the issue .. he felt that Muslims are 1 Ummah !

2) Apa objektif Aqsa Syarif dalam misi-misinya ke Gaza? (Dr Zin)
2 main objectives to mention here .. 1st is to oppress the Israelis.. just to show them that the Palestinians have a huge support from all around the world.. 2nd is to show the world the true picture of Palestine ..

3) Kata-kata yang akan menaikkan semangat mereka di luar sana untuk berjuang demi Palestin.
Syeikh bercerita bahawa lepas Perang Dunia Pertama dulu, Palestin sangat aman, walaupun ada org2 islam, kristian dan yahudi .. tapi skrg, semuanya berubah .. ada beberapa peristiwa yg akhirnya membawa kepada apa yg berlaku sekarang ni .. dan beberapa orang yahudi dan israel sendiri telah menzahirkan penentangan mereka terhadap Zionis, contohnya, Albert Einstein yg ditawarkan menjadi presiden, tetapi menolak kerana yakin bahawa apa yg berlaku sekarang di Palestin, tidak seharusnya berlaku.. bole baca kat sini ...

4) Apa usaha2 NGO seperti Aqsa Syarif dalam membantu penduduk Gaza?
Selain daripada apa yg disebutkan dalam soalan kedua, objektif Aqsa Syarif juga adalah untuk kita yg berada di luar Palestin ni, belajar dari mereka.. bagaimana mereka bangkit lepas diganyang oleh Israel pada 2008-2009 .. usaha dan semangat mereka yg x pernah putus walaupun dilanda kemelaratan dan kemiskinan ..
Then ada org tanya, "Is it going to Gaza that matters, or is it something else?"
Jawapan Dr Zin .. agak la kan, kenapa nak g Gaza? bahaya kot .. dan saya pernah diberitahu, wallahualam la betul ke x, tapi ada org2 dari Palestin berkata, mereka x mengharapkan sangat pn untuk kita dtg ke sana dan menggadaikan nyawa kita, kerana mereka yg berada di sana sudah mencukupi insyaAllah .. dalam erti kata lain, not now la kot ,, tapi mereka mengharapkan kita untuk bersedia dari segala segi .. mantapkan akidah dan iman kita, sebarkan islam semampu kita, dan ambil tahu sebanyak-banyaknya tentang isu ni .. supaya, bila bantuan kita benar-benar diperlukan di sana nanti, ramai yang akan tampil tanpa banyak bicara dan dalam keadaan yg sangat bersedia! insyaAllah ...



5) Youth's Tarbiyah (pendidikan) in Gaza.
Since 1978, the tarbiyah for youths in Gaza starts from Masjid, because Israelis are controlling the schools. 1st University in Gaza was pioneered by Syeikh Ahmad Yassin. This university is the best place for the youths to get education, but it's not the only place, since uni starts at the age of 18. That's why nurseries were also built in Gaza. Fund? Some countries from UAE gave donation for these projects. They also had a Sports Club. This will attract the non-praying people. By showing good attitude, good akhlak, high respect and obedience towards the 5 prayers, many hearts were touched and many non-praying people started to change. 1st graduate from the university will become either imaam or khatib in masajid. During summer, schools were transformed into madrasah tahfiz, and the achievement is that 20,000 tahfiz were produced every year ! mashaAllah ..

6) What can we do as ordinary people?
We must work together. Nationally and internationally. The Arabs, they might seem not helping, politically, but the people do help a lot, Syeikh Majdi said.

7) Short advice from Syeikh Majdi to us Malaysians.
-try to be the spokesman and spokeswoman for the Palestinians.
-increase our knowledge regarding this issue.
-make a lot of du'a.
-give financial support.
-boycott Israelis products.
-do believe that Islam will win 1 day, insyaAllah ..

8) Why Aqsa Syarif?
because they have done tangible project, thus we can be sure that what we gave to Aqsa Syarif will go straight to the Palestinians ..





Sedikit rentetan peristiwa di Palestin.
1990's - Oppression by the Israelis --> 1987 - 1st Intifadhah --> 2000 - 2nd Intifadhah --> 2002 - The Wall --> April 2002 --> Pembunuhan di Jenin --> 2003 - kisah Rachel Corrie --> 2004 - Syeikh Ahmad Yassin dibunuh --> 2006 - siege/blockade --> 2008-2009 - Gaza diganyang --> 2010 - Mavi Marmara attacked

Wallahualam ..
Tu je kot yang sy mampu share ..
Bak kata 2 org tokoh di atas, yes, it is not going to Gaza that matters .. but how do we prepare ourselves to go there. Pada sy, Allah akan pilih orang yg selayaknya untuk melaksanakan misi yg mulia ni. Jom sama2 berusaha meningkatkan iman dan amal, dan sama2 berusaha memperjuangkan islam, sehingga kita menang atau syahid kerananya, inshaAllah .

=)

Wednesday, November 30, 2011

Berlumba-lumba Lebih Baik?

AsSalamu 'Alaikum wbt ..




Allah berfirman,

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya [sendiri] yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu [dalam berbuat] kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian [pada hari kiamat]. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Baqarah : 148)


Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, (1) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)
(Al-Mulk : 1-2)

Ianya bkn sekadar berbuat kebajikan, tetapi BELUMBA-LUMBA dalam berbuat kebajikan .. Ianya bukan siapa yg baik amalnya, tetapi siapa yg LEBIH BAIK amalnya ..


"Nak buat apa LUMBA2, buat apa nk LEBIH2, dah buat baik tu kira ok laa kan.."


Heheh, ayat yg biasa didengari?


Cuba kita tgk, dan faham dgn hati, Allah berfirman lg,

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekedar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni surga; mereka kekal di dalamnya. (42) Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada [surga] ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "Itulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (43) Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada penghuni-penghuni neraka [dengan mengatakan]: "Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa [azab] yang Tuhan kamu menjanjikannya [kepadamu]?" Mereka [penduduk neraka] menjawab: "Betul". Kemudian seorang penyeru [malaikat] mengumumkan di antara kedua golongan itu: "Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim, (44) [yaitu] orang-orang yang menghalang-halangi [manusia] dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat." (45) Dan di antara keduanya [penghuni surga dan neraka] ada batas; dan di atas A`raaf (tempat yg tertinggi) itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk surga:" Salaamun `alaikum" . Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera [memasukinya]. (46) Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu". (47) Dan orang-orang yang di atas A`raaf memanggil beberapa orang [pemuka-pemuka orang kafir] yang mereka mengenalnya dengan tanda-tandanya dengan mengatakan: "Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang selalu kamu sombongkan itu, tidaklah memberi manfa’at kepadamu". (48) [Orang-orang di atas A`raaf bertanya kepada penghuni neraka]: "Itukah orang-orang [3] yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah?" [Kepada orang mu’min itu dikatakan]: "Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak [pula] kamu bersedih hati. (49) Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: "Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzkikan Allah kepadamu". Mereka [penghuni surga] menjawab: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, (50) [yaitu] orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari [kiamat] ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan [sebagaimana] mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. (51)
(Al-A'raaf : 42-51)


Bestnyaaa ganjaran org2 yg BERLUMBA-LUMBA berbuat kebajikan dan org2 yg LEBIH BAIK amalnya ..


Jom Fastabiqul Khairat?


Mulakan setiap hari dengan senyuman .. =)




=)


p/s : tambahan dari seorang kakak ..
http://muhdkamil.org/blog/2011/12/01/sedikit/

4 nak tanya diri sendiri dan anda yg sudi membaca,

1. Amalan yg banyak dgn yg sedikit, mana yg lebih baik?
2. Amalan yg banyak berterusan dgn amalan yg sedikit tidak berterusan, mana yg lebih baik?
3. Amalan yg banyak tidak berterusan dgn amalan yg sedikit berterusan, mana yg lebih baik?
4. Amalan yg banyak berterusan dgn yg sedikit  berterusan, mana yg lebih baik?




Mari renung-renungkan dan selamat beramal!
=)

Thursday, November 24, 2011

Mungkin ini yg terakhir ....


Assalamualaikum WBT ..

Despite all the chores and works, i choose to come here .. 
Maafkan aku wahai diri .. haihh ..

Mungkin ini post yg terakhir untuk tahun 1432 Hijrah ni .. huh, LAME ..

Sedikit pesanan,
Buat kamu sahabatku, jgn lah stress .. La tahzan .. hidup ni mmg x sepi dari ujian, mehnah dan tribulasi (pergh, ayat buku) .. tapi, menda2 tu lah yg buat kita yakin bahawa Allah masih sayangkan kita kan? chaiyok2 .. bykkan berdoa, insyaAllah .. Allah tu pengubat luka,the Ever Loving,  bukan? =)

Buat kamu awekzku, sabar ye.. setiap yg hidup pasti akan mati .. jadikan ianya satu peringatan buat kita untuk lebih menghargai orang2 di sekeliling kita, dan sebagai peringatan bahawa kita juga akan mati suatu hari nanti .. terus kuat k?
=)

Lepas tu, nak sgt2 share pasal satu lg nama Allah yg kitorg blaja smalam ..
tunggu jap ye Mr n Mrs Reports..
heheh ..

Al-Jabbar ..

The Restorer,  The Repairer,  The All-Compelling,  The Irresistible

The Healer ...

Agak2nya, siapa yg memerlukan nama Allah yg satu ni?

Kata ckgu sy tu, everyone with a BROKEN HEART needs it ..
Tak2, bukan org yg putus cinta .. adoii ..
Tapi, sebagai contoh, anak2 yatim, org2 yg kehilangan ahli keluarga or kwn2 baik, org2 yg selalu menjadi mangsa prejudis (contoh, anda seorang muslim di sebuah negara yg mana islam adalah minoriti .. pergi sana org pandang pelik, pergi sini org pandang pelik .. pakai tu salah, pakai ni salah .. mesti la stress kan?), para wanita .. 
ye, WANITA .. kenapa wanita? sbb mmg fitrah wanita tu diciptakan lemah .. yes, tangan yg disangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia dan seisinya .. tapi, deep inside, kita mmg diciptakan lemah ..
senang cerita, kita semua pn memerlukannya, sbb sy yakin semua org pn pernah rasa down n patah hati, kan?

kadang2, kita tertanya sendiri, "Kenapa aku? kenapa aku yg menerima semua ni .. jahat sgt ke aku ni?"

Allah ..

Bayangkan dunia ni ibarat dewan peperiksaan .. suka, duka, perkara2 x best yg berlaku, ketidak adilan, susu yg dibalas dgn tuba .. haihh .. tu semua adalah subset kepada the whole equation .. dont question .. terima semua tu seadanya .. sy rasa kita semua yakin yg Allah xkan bebankan kita dgn perkara yg kita x mampu tanggung kan? kan kan?

x salah utk rasa berat dan rasa susah dan rasa lemah .. kita kan manusia biasa .. nah, kan kita ada Allah sbg The Healer? go to Him .. mengadu puas2, menangis, merayu, minta pertolongan .. 
u can go to a friend, u can go to your family, they may listen to u, solve your problems .. tapi pada sy, no one understands and answer u and heals u, better than Him .. He knows us best .. stuju?

Pada pandangan sy, mmg x mudah utk dapat perasaan bahawa Allah is always there for us .. bila doa je, boleh rasa yg Allah dgr dan makbulkan doa tu .. bila down je, terus g solat, dan kepala dan jiwa yg berat terasa ringan tetiba .. mmg x mudah .. best nya siapa yg dpt perasaan tu!
tp, kalau x start pn lg, x cuba pn, bila perasaan tu nk dtg? try la dulu, belum cuba belum tahu .. kita sama2 try ye?

Mari sama2 hayati kisah yg Allah nukilkan dalam Al-Quran ..

Taa, Siin, Miim. (1) Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan. (2) Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. (3) Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan. (4) Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). (5) Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (6) Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.(7) (Al-Qasas : 1-7)
Bayangkan perasaan seorang ibu, yg baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tatkala pemimpin sedang dgn kejamnya memerintahkan agar semua anak lelaki dibunuh .. betapa hancur dan luluh hati si ibu itu .. dgn kebijaksanaan dan dgn sifat Al-Jabbar Allah itulah, bayi itu diselamatkan daripada dibunuh, dikembalikan kepada si ibu untuk disusui, tanpa sesiapa mengetahui hakikat sebenar, dan diberi jaminan bahawa anaknya itu akan menjadi seorang Nabi, seorang Rasul !

Allah ..

*ok, mgkin ayat mcm berterabur, plot cerita mcm x tersusun, tp harapnya mesejnya tu smpai lah ek*

LBNL, hari ni hari Jumaat .. Hari ni jugak adalah hari terakhir dalam tahun 1432 Hijrah .. kalendar sy kata, Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari sabtu, 26/11/11 .. xtaw la kalendar org lain kata apa ..
Makanya, nak share doa akhir tahun dan awal tahun .. smoga bermanfaat insyaAllah ..


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wallahualam ..
Maafkan salah silap saya sekiranya ada terguris tersalah terkasar di mana2..
Mari masuk tahun baru dengan semangat yg baru !

=)

Sunday, November 20, 2011

Kisah Cinta Saya .. =)



Inspired by this poem.

Kisah cinta saya ..
Heheh ..



Dah lama sy kenal dia..
Mak sy cerita pasal dia, ayah sy cerita pasal dia, cikgu2 sy pn suka cerita pasal dia ..

Dia baik.. dia baik kat semua orang ..
Dia akan baik dgn org yg kenal dia ..
Dia akan baik dgn org yg x kenal dia jugak ..
Dia akan baik dgn org yg ambil berat pasal dia ..
Dia akan baik dgn org yg mengejek dan mengancam keselamatan dia jugak ..
Senang cerita dia mmg terbaikk !!

Bila kenal dia, sy rasa selamat ..
Dia jaga sy, masa sy susah dan memerlukan ..
Dia menyelamatkan sy daripada terjatuh ke lubuk yg paling dalam ..
Dan sy yakin, dgn adanya dia, sy akn terselamat di dunia dan akhirat ..      

Tapi,
Sy rasa sy sgt x menghargai dia ..
Dalam kebaikan dia, sy kdg2 lupakan dia ..
Dalam keselamatan bersama dia, sy abaikan dia ..
Bila sy gembira dan senang hati, sy cari yg lain ..
Bila sy dlm kesedihan dan kesusahan, baru sy carik dia ..

Satu  ketika,
Sy sedar betapa pentingnya dia dalam hidup saya..
Bukan semua org dapat kenal dgn dia ..
Banyak cerita2 yg sy dgr ..
Tentang org2 yg berusaha sgt keras nak kenal dgn dia ..
Ada yg mengambil masa bertahun-tahun lamanya!
Sy pulak, kenal dia dari kecik lg, tp sy x betul2 hargai kehadiran dia dlm hidup sy ..
Tentang org yg dah kenal dgn dia, tp akhirnya melarikan diri dari dia .. 
Dan akhirnya, org tu ditimpa pelbagai kesusahan dalam hidupnya..
Na’udzubillah, jgn lah perkara tu menimpa diri sy!  


Dan .. dan .. dan ..

Tentang org yg jatuh cinta dgn dia ..
Setiap masa dan ketika, duk ingat kat dia je ..
Semua harta yg ada, rasa nak habiskan utk dia je..
Dan kalau boleh, mereka nk semua org kenal dia, dan cintakan dia juga!..
Mencintai dia yg dicintai org lain juga?

Alhamdulillah ..

Sy bersyukur kerana Allah takdirkan sy untuk mengenali dia ..
Sejak berkenalan tu lah, sy belajar utk kenal Tuhan yg menciptakan sy ..
Sejak berkenalan tu lah, sy terpelihara dari perkara2 yg akan membinasakan diri sy ..
Perkenalan itu jugaklah, yg kini membuatkan sy jatuh cinta dgn dia ..

Ya, itulah pertama kali sy jatuh cinta..

Rasa cinta sy kt dia, membuatkan sy bertambah cinta kepada Allah Al-Wadud..
Rasa cinta tu jugak telah mengubah pandangan sy terhadap perkara2 yg berlaku dalam hidup sy ..

Bila tgk langit, bulan, kucing, kambing biri2, terus sy teringat kat dia ..
Kenapa semua benda2 tu buat sy teringat kat dia?
Sebab dia ajar sy, kalau tgk benda2 tu, ingatlah kekuasaan dan kebijaksanaan Allah yg Maha Pencipta..



Bila sy belajar, sy teringat kat dia..
Kenapa?
Sbb dia kata, ilmu tu penting utk sy ..
Dengan ilmu, barulah ibadah sy sempurna..
Dan, 
"......Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat......" (Al-Mujadalah : 11)

Bila sy makan, minum, tidur, sy teringat kat dia lg!
Kenapa?
Sbb bila sy kenal dia, baru sy tahu..
Bnda2 tu pn boleh jadi ibadah..
Kalau sy x kenal dia, mesti semuanya jadi sia2..
Bila makan, dpt kenyang je.. Bila tidur, dpt hilangkan ngantuk je ..
Tp dia ajar sy utk niatkan semuanya kerana Allah, supaya ada kebaikan dan pahala dlm setiap perkara…

Ya Allah,
Semoga rasa cinta ini, lebih menguatkan rasa cintaku padaMu..
Jangan kau hilangkan perasaan cinta ini ya Allah..
Kerana hilangnya rasa cintaku padanya, akn menyebabkan hilangnya rasa cintaku padaMu..
Semoga keindahan cinta ini turut dirasai oleh orang-orang di sekelilingku ..

Saya sangat gumbira dan bahagia sekarang ..
Tiada apa yg boleh menggantikan dia dalam hidup sy ..

Walaupun kadang2 org pandang jelek kat sy ..
Walaupun kadang2 org x boleh terima apa yg sy lakukan demi cinta sy kat dia ..
Saya redha .. Saya rela ..

Dia lah ISLAM..
Dia AGAMA sy, CARA HIDUP sy dan CINTA HATI sy!



=)