Status2 FB dan post2 rakan2 telah menunjukkan 'bahang2' salju yg sudah mula turun di beberapa tempat, dan juga keterujaan menyambut cuti sekolah sempena musim sejuk ..
Winter '10 @ Prague .. =) |
Yes, same goes to me .. snow dah start turun, dan cuti musim sejuk dah pun bermula .. tapi, permulaan cuti itu kurang best sebab ada kerja sekolah kena hantar hari isnin .. chett .. (ish3, x baik mengeluh .. siapa suruh x buat awal2 .. kalau siap awal, kan dah boleh mula bercuti? padan muka sendiri .. =_= )
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (kalau terjemahan indonesia, disebutkan butiran2 ais) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (24 : 43)
Anywayys .. bila sebut pasal cuti, sy rasa ada 2 perkara dalam fikiran semua orang ..
1) Jalan2 .. 2) masa lapang .. hurmm ..
Masa sesi persekolahan, duk mengadu xde masa utk buat semua benda .. nak g skolah lagi, nak buat keje skolah lagi, x termasuk report2 practical dan essay2 panjang berjela nak kena hantar .. lagi sedih, kalau semua perkara tu menjadikan kurangnya mengaji, kurangnya solat2 sunat, kurangnya qiamullail sbb duk stay up siapkan keje, kurangnya menyertai majlis2 ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah .. adehh, tembak diri sendiri ..
Oleh yang demikian (mcm esei BM la pulak), mari kita grab masa cuti ni untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara2 dan ilmu2 berguna yang mungkin boleh dibuat bekalan dalam kehidupan kita ..
1) Jalan2 ..
Sapa kata jalan2 tu membazir duit dan x berfaedah? well, tgk jugak la macam mana kita berjalan2 .. cuba kita tgk beberapa ayat dalam Al-Quran ;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3 : 191)
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri (30 : 9)
Pompei, Italy .. |
Simple jek .. kalau rajin, sebelum jalan2 tu, kaji dulu sejarah tempat tu, ada x kaitan dgn islam ke, mcm mana ke .. kalau x pun, setiap kejadian yg jadi, kaitkan dgn kebesaran Allah .. contoh, nampak bukit, cuba fikir, apa kaitan bukit dan gunung dgn kita? kenapa Allah cipta bukit2 dan gunung? betul ke x sia2, statik je mereka tu? .. nampak laut dan tasik dan sungai .. apa kaitan mereka? sungai2 yang cantik tu, sama ke dgn sungai2 kat syurgaNya nnt? lautan luas tu, ada apa dalam dia? kalau nampak burung2 terbang, best ke dapat terbang? sapa yg kawal supaya diorg semua x berlanggar sesama sendiri? kalau diorg terbang ramai2, mcm mana diorg lantik ketua rombongan? dan lain2 yang berkaitan ..
Ennerdale, Cumbria .. |
2) masa lapang ..
Pernah dengar tak, "Masa lapang itu membunuh?" .. yet, so true saya rasa.. lagi2 time cuti sekolah .. ye lah, bila x skolah, duk umah je .. probability untuk masa itu digunakan ke arah perkara2 x berfaedah sgt lah besar .. tidur yang berlebihan, movie2 yg x berkesudahan, penggunaan internet yang tiada had, dan seterusnya .. maka, sbg seorang yang sy yakin sangat faham bahawa masa itu bukan setakat emas yg sgt berharga, tetapi masa itu juga ibarat pedang .. kalau kita x potong dia, dia akan potong kita ..
dalam Al-Quran pn ada mention ;
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (94 : 7)
Oh, sgt kena ayat ni dgn sy yg nak kena siapkan kerja sekolah masa cuti .. (maaf, emosi sy terganggu sbb belum pernah ada homework masa cuti, haha) .. andd andd, kalau dah siap something, kena terus start buat something yg lain .. yang berfaedah laa kan .. jgn la pulak, " okayy, coursework dah siap .. movie marathon jom !" .. =_=
ok .. cukup lah sy membebel .. cakap banyak tapi x buat, xde maknanya .. huhu ..
May Allah bless us all inshaAllah ..
=)
p/s : oh, jangan lupa utk ambil tahu tentang saudara2 seakidah kita di Middle East sana .. check this out people ! menarik ! =)
Semoga bermanfaat .. Salam Jumaat !
=)
No comments:
Post a Comment