Friday, December 13, 2013

Ibrah Tabuk.

Pengajaran Tabuk.

Sebuah peperangan yang SUSAH.
Ya, tetakan pedang dan tombak tidak berlaku.
Allah mencampakkan rasa takut dalam hati para musuh, lalu mereka berundur, lari ketakutan.
Berjayalah tentera islam, menakluk sedikit demi sedikit kawasan Tabuk dan sekitarnya. Sehinggakan kawasan kejiranan menghantar wakil-wakil mereka untuk mendapatkan naungan tentera islam.

Maka apa yang susahnya?

Perjuangan mereka berlaku sebelum perang lagi.
Cuaca yang teramat panas, hasil tanaman yang masak ranum, infaq harta yang sangat diperlukan.
Perjalanan yang menyaksikan kesyahidan seorang demi seorang tentera, tanpa sempat sampai ke tempat peperangan pun.
Dan susah payah mereka, Allah balas dengan kemenangan dan perluasan kuasa.

Lihat ke dalam diri kita hari ini.
Kenapa islam tak menang lagi? Kenapa islam masih kelihatan lemah dan ditindas?

Tepuk dada tanya iman. Dah cukup bersusah payah kah kita?


 T_T

Wednesday, December 11, 2013

Sains dan Islam.



“Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar”. [al-Fussilat: 53].


Pernahkan kita mendengar bahawa ilmu sains adalah sebuah cabang ilmu yang tidak sepatutnya dipelajari kerana ianya kononnya diajarkan oleh para saintis yang kafir, dan tidak membawa apa-apa manfaat kepada keimanan dan ketaqwaan kita?  Namun sebenarnya, ilmu sains adalah sebuah cabang ilmu yang merupakan fardhu kifayah. Kata Imam Syafie, “Selepas ilmu halal dan haram, aku tidak tahu apakah ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu perubatan”. Kemuliaan itu datang apabila ilmu itu membawa kita kepada Pencipta kita.

Akal manusia adalah sangat terbatas. Ia memerlukan bantuan tambahan untuk menjadi lebih mapan. Dari dalam sebuah bilik yang tertutup, kita tidak mampu membayangkan apa yang terjadi di luar rumah kita, melainkan ada dipasan cctv dan ditayangkan di dalam bilik kita. Kita tidak mampu melihat dengan jelas segala bintang dan planet di angkasa lepas, tanpa bantuan teleskop, satelit dan sebagainya. Begitu jugalah lemahnya akal kita dalam mencari Tuhan. Ia memerlukan bantuan wahyu iaitu al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang, dan dibantu ilmu-ilmu lain seperti ilmu Sains sebagai cabang.

 Para saintis dan golongan Atheis (golongan yang tidak percayakan Tuhan) sering berpegang kepada hujah bahawa Tuhan itu tidak ada kerana kita tidak boleh nampak Tuhan. Persoalannya, mana mungkin kita, manusia yang kerdil ini, mampu untuk melihat Allah, tuhan kita yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, bagaikan seekor ulat gonggok mahu melihat seluruh Bumi di hadapan matanya! Malahan, banyak perkara-perkara yang kita tidak nampak, tapi sebenarnya wujud. Contoh mudah, udara. Mampukah mata kasar kita melihat udara dan komposisi-komposisinya? Namun, bukankah angin itu mampu membuat kita berasa nyaman, dan mampu meranapkan sebuah bangunan?

Terdapat banyak kejadian di mana para saintis yang pada mulanya kafir, akhirnya memeluk islam kerana mereka ‘menemui’ Allah dalam kajian-kajian mereka. Profesor Keith Moore, penulis buku Clinical Anatomy, memeluk agama islam setelah terjumpa ayat al-Quran yang menerangkan proses perkembangan janin di dalam rahim ibunya. Tanpa pengetahuan tentang perkembangan janin, mana mungkin Profesor Keith Moore mampu menghayati ayat al-Quran tersebut. Begitu juga Profesor Tajatat Tejaser dari Thailand yang mengakui kebenaran islam apabila terjumpa ayat tentang deria sakit pada kulit manusia. Penulis buku The Bible, The Quran and Science, Profesor Maurice Bucaille juga menerima hidayah islam setelah terjumpa ayat mengenai kematian Firaun yang ditenggelamkan dalam laut, di mana beribu-ribu tahun kemudian barulah mumia mayat Firaun itu dijumpai dan disahkan mati kerana tenggelam di dasar laut.




Terbukti, Sains dan Islam sebenarnya sama sekali tidak terpisah. Jadilah pengkaji ilmu Sains yang semakin mendekat dengan Tuhan. Kerana sebenarnya, Tuhan lebih saintifik!

Diolah dari buku karya Dr Farhan Hadi, "Tuhan Lebih Saintifik".