Tuesday, January 31, 2012

The Chosen One .. =)


Salam 'Alaik ..
Sihat? Alhamdulillah ..


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”
(At-Tabrani)


Jom dengar Maher Zain cerita tentang Nabi kita, Kekasih Allah,
Muhammad SAW .. (heheh, ngelat, suruh org lain ceritakan)



In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad, ya Rasulullah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqillah

Sallu 'ala Rasulillah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasulullah
Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqillah

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me
.......



^_^

Sunday, January 29, 2012

Kembara Cinta Rasulullah SAW .. =)


Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, masih dihidupkan hari ni ..
Masih dihidupkan dalam islam dan iman ..
Masih disihatkan tubuh badan, masih diwaraskan akal fikiran ..
Masih dikurniakan rezeki dan makanan ..
Masih, masih, masih .. Allah, x terhitung rasanya kurniaNya padaku ..
Terima kasih Allah !
=)



Terjumpa gambar ni kt fesbuk .. teringat yang Maulidur Rasul is approaching .. kalau kalendar sy x salah, Sabtu ni Maulid Nabi ..

Hurmm .. "Apa manifestasi cinta kita kepada Rasulullah SAW?" .. tanya sy di fesbuk (lagi) ..
Pastu, bermonolog sendiri ..
"cik Izzati, mcm mana dgn diri sendiri? apa manifestasi cinta awk kpd Rasulullah SAW, kekasih Allah itu?"

T_T

dalam lagu ni,




dia kata,
Kau, yg mengaku cinta kepada Nabimu,
Kau, yang mengaku merindukan Nabimu,
Jika kau benar-benar cinta dan rindu,
Kepada Muhammad Nabimu,
BUKTIKAN!
Taati perintahnya, tinggalkan larangannya, teladani akhlaknya,
Nescaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasulullah ..

Hurmm ... (lagi) ...
How to start ek?

Kita selawat banyak2 jom?

Wallahualam ..

=)

Thursday, January 26, 2012

Of the week ..

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera n hello !
^_^

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah yg x pernah putus atas diri saya ..
Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah atas segala dosa2 saya, yg sy sedar atau x sedar, yg tersengaja dan x sengaja ..

Adakah taubat ku diterima ? ..............
::) Of the heart n mixed feelings ..

MasyaAllah, hati tu benar2 nucleus kehidupan .. kalau hati x best, apa2 yg keluar dari mulut dan perbuatan mesti x best .. sebaliknya, kalau hati tu best, apa2 buat pun mesti best .. kalau dalam hati ada Allah, mesti segala perkara yg dilakukan akan membawa diri ni lg dekat dgn Allah .. tapi kalau dalam hati ada perkara2 lain selain Allah? Astaghfirullah .. semakin cuba nak mendekati Allah, semakin jauh rasanya .. maka benarlah kata-kata Allah,

"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya,...." (33:4) 
Yes, tiada dua hati dalam satu rongga (rongga : dalam dada) .. bagi lah alasan apa pun, kalau hati x diisi dengan cinta kepadaNya, ia akan dipenuhi dgn perkara2 lain yg sia2 .. Astaghfirullah3..
x tahu lah, ni pandangan sy je .. x stuju pn xpe .. ^_^

JOM sama2 buang karat2 yg x best tu ! =)


::) Of the love for the sake of Allah ..

Alhamdulillah.. hari tu, Allah hantar 4 bidadari (heheh, ur ayat kakak) untuk lebih mengingatkan saya padaNya ..
Bidadari2 yg membuatkan setiap org di sekeliling mereka, bahagia dan gembira ..
Termasuklah saya ..
Tak jumpa x bermakna hilang .. 
Yes kakak, faham sgt fakta itu .. but still, how i wish u r all here ..
Yes, u too best buddy .. i mean it ..

......
(ek eleh, tacing lak.. dah2)

Kerana ukhuwah itu adalah ikatan hati yang bersandarkan kepada akidah!  ^_^

::) Of  DEATH ..

Sebaik-baik tazkirah adalah kematian .. oleh itu, jom tgk video ni jap? jap je, x smpai 3 minit pun ..  heheh ..


Allahuakbar .. bila part last tu, mmg rasa mcm nk terkeluar gak la jantung ni .. sejauh mana la agaknya diri ni dah berusaha dan bersedia, untuk bertemu dgnNya, untuk meninggalkan dunia yg sementara?


Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik),
dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)

Ok, rasanya setakat tu je bebelan sy hari ni .. segala yg baik dari Allah .. mari doakan satu sama lain, kerana doa tu kan senjata kita?


p/s : dah masuk RabiulAwal ni .. ada rasa apa2 x? ^_^
p/s lagi : dah baca Al-Kahfi hari ni?

=)

Sunday, January 22, 2012

Say Alhamdulillah .. ^_^

Salam wbt ..



When we pray to Allah, we always asked for something we need..
We asked for a good life, we asked for wealth, we asked for health..
And the list goes on .. we keep on asking Allah for something ..

No, it's not wrong .. we DO have to ask Allah for something, for EVERYTHING should i say ..

But, have we forgotten something?
Have we thank Allah for His blessings upon us?
Have we been grateful for the views our eyes can see?
Have we been grateful for the foods we can eat?
Have we been grateful for every steps we made?
Have we been grateful for everything we've said?

What if,
The beautiful eyes that u have, can't tell u that the trees are green, and the sky is blue?
The pair of legs that u have, can't bring u to different places u wished to go to?
The empty stomach of yours can only be filled after a day or two?


For me and you to ponder ..
Have a good start of the new week!

=)

p/s : demam apa tetiba ckp omputeh .. heheh, x salah kan? p.e.a.c.e .. ^_^

Friday, January 20, 2012

Jumaat datang lagi ! ^_^

Assalamualaikum WBT ..

Alhamdulillah ..
Allah bagi peluang untuk menghirup udara pinjamanNya di hari Jumaat yang mulia ..



Pagi tadi, terkejut + sadis + kesal bila terbaca berita ni ..
Apa lah dosa bayi yg lemah dan belum lagi mengerti makna kehidupan tu ..
Haihh ..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Hari tu, kami berbicara tentang perubahan ..
Pastu, terjumpa video ni ..

Bukan senang nak berubah, kalau xde biah (persekitaran) yang baik ..
Bukan senang nak berubah, kalau perubahan tu tak bersandarkan niat yang ikhlas..
Bukan senang nak berubah, bila terpaksa meninggalkan perkara2 yang dah sebati dengan hati ..
Bukan senang nak berubah, bila perubahan itu diiringi pandangan2 serong dan kata2 yg kadang2 mengguris hati ..

Ye, encik matahari pun mengalami perubahan ..
Sedangkan para sahabat Rasulullah pun, ada yang bermula sebagai seorang yang jahil dalam agama.. Ada yang bunuh anak sendiri, ada yang pernah menyembah berhala, ada juga yang pernah minum arak, dan lain2 .. Tapi, hidayah Allah, didikan Rasulullah dan kesungguhan mereka sendiri dalam mengubah diri mereka, menjadikan mereka orang2 yang hebat dalam menegakkan kebenaran dan memperjuangkan islam !

Dan tak dinafikan, bila berlaku perubahan ke arah kebaikan, akan ada je bisikan2 syaitan dan tarikan2 ke arah ke-tidak-baikan tu ..

"X yah la extreme sgt .. sikit2 dah le"
"X cantik la pakai mcm tu .. mcm mak org je"
"Eh, kau tu bukannya baik sangat .. boleh pulak nak nasihat org lain.."

Bismillah..
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) Raja manusia. (2)Sembahan manusia. (3) dari kejahatan [bisikan] syaitan yang biasa bersembunyi, (4) yang membisikkan [kejahatan] ke dalam dada manusia. (5) dari [golongan] jin dan manusia. (6)

Yup, maka benarlah kata2 Allah..
Syaitan tu datang dari golongan jin DAN manusia ..
Mereka akan membisikkan semua bisikan2 jahat tu ke dalam dada manusia ..
Maka apa tugas kita sebagai manusia?
Allah ada bagi solution, dalam surah yang sama ;

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) 

Doa banyak2 ye .. semoga Allah melindungi kita dan semoga Allah mengganjari usaha kecil kita dalam melakukan perubahan yang insyaAllah akan membawa kita lebih dekat kepada Nya ..

Oh, nak promote sikit ..

Do we care? =)
Wallahualam ..
p/s : maaf atas randomness .. =p


=)

Sunday, January 15, 2012

Kembali ke Sekolah yuk!

Assalamualaikum WBT ..

Oh, stuju sgt dgn penggunaan phrase "pejam celik pejam celik, habis dah masa" ..
secepat mana masa yg diambil utk pejam dan celik dan pejam dan celik, secepat tu jugak lah rasanya masa itu berlalu ..
dan beruntunglah orang2 yg menggunakan masa yg dipinjamkan kepada dia dengan sebaiknya ..



Oh, abes dah cuti winter saya.. esok sekolah akan bermula ..
kembalilah saya dan rakan2 seperjuangan ke medan amal utama kami buat masa ni, medan pelajaran ..
walaupun kadang2 rasa berat, walaupun kadang2 rasa lemau dan payau, kena jugak telan ..
sebab saya yakin yang kami yakin, itulah ketetapanNya buat kami pada masa ini ..



New term, new modules, new semangat insyaAllah ..
Refresh niat, rebuild hati ..
Semoga Allah memberkati !
^_^

JOM! baca doa?




Doa banyak2 kat Allah supaya dipermudahkan urusan awak dan saya jugak tau ..
Terima kasih !

=)

Saturday, January 14, 2012

Nikmat Kasih Sayang ~~~

Salam 'Alaik ..

MasyaAllah, betapa tarbiyah dari Allah tu indah ..

semalam, berbincang tentang ukhuwah ..
betapa kasih sayang tu, milik Allah ...
bersyukurlah pada Allah atas nikmat kasih sayang ..
bersyukurlah kerana mampu menyayangi, dan disayangi ..
dan, jgn marah kalau nikmat2 tu ditarik sebab diri sendiri tak menjaga hubungan dgn Allah ..

T_T

pagi tadi, ckp dgn seorg rakan ..
"jeles dgn kau dgn dia .. sume org baik je dgn korg .. senang je nak ngam" ..
dan sy teringat, perkara yg sy sendiri selalu bgtaw kat org, yet sy sendiri diuji dgn perkara tu sekarang ..
dalam berkawan, jgn mengharap balasan atas setiap pemberian ..
"Erti Hidup Pada Memberi"
dalam menyayangi seseorang, x perlu expect dia syg kita balik ..
yg paling penting, jaga hubungan dgn Allah tu ..
kalau Allah izinkan, kita akan dapat nikmat kasih sayang tu ..
tp, kalau 'kasih syg bertepuk sebelah tangan', berbahagialah sbb Allah tgk usaha anda tu! insyaAllah ..

T_T

Kalau kita syg sangat2 seseorang atau beberapa org, mesti kita nak sangat jumpa dia atau diorg kan?
contohnya, ada org gtaw sy, 'Mak ayah awk dah smpai train station kt town, sila ke sana sekarang"..
=D
mesti sy akan berlari2 terkejar2 ke sana, x tgk kiri kanan dah rasanya, kecuali masa melintas ..
*dah2, xyah homesick*
-ok, sekarang, tanya diri sendiri , sayang ALLAH x?
sayang? bagusss ..
-nak jumpa Allah x?
nak? bagusss ..
-nak jumpa Allah sekarang x?
jumpa Allah? mcm mana?
-bila dah meninggal lah kan?
.................................
maka conclusionnya, kebanyakan org akan kata dia syg Allah, dan nak jumpa Allah ..
tp, bila tanya, nak jumpa sekarang x?
urm, org putih kata, 'not now' lah kottt ..
huhu, kenapa not now?
ada satu jawapan yg paling logik sy rasa,
'sebab sy belum bersedia' ..
ok, sy tambah lg kesusahan persoalan ni,
-rasanya, berapa lama akan ambil masa nak bersedia?
ntah la, tunggu dah kawen, dah keje, dah tua nnt kot ..
-agak2, bole pasti ke esok kita masih ada atas dunia ni?
..................................................................................


T_T




Allah ~~~~~




when the sun rise again tomorrow, will i b lucky enough to see it? 










Friday, January 13, 2012

Sebab turunnya Surah Al-Kahfi.

Assalamualaikum WBT ,,
^_^

Dalam menghabiskan bacaan Surah Al-Kahfi kita hari ni, JOM! sama2 ambil iktibar dari kisah mengapa turunnya surah ini ..



dan 1 pengajaran yg kita boleh sama2 highlight adalah kepentingan utk menyebut insyaAllah tu kot ..
saya rasa tu sgt penting utk sentiasa mengingatkan kita bahawa apa2 pun akan berlaku hanya atas kehendak Allah, hanya sekiranya diizinkan oleh Allah ..


Wallahualam ..

=)


Tambahan ...
Terima kasih , jazakillah khair kakak, kerana berkongsi dgn saya ilmu ni ..
Tentang 3 pertanyaan org2 Quraisy kepada Rasulullah ..
Yang dijawab dalam Surah Al-Kahfi ada 2 je kan?
(kalau akak x gitaw, sy pun rasa semua dah berjawab)
sila rujuk sini ..

Soalan tentang beberapa pemuda pada zaman dahulu (pemuda Kahfi) dan seorang yg mengembara ke timur dan barat bumi (Zulkarnain) dijawab dalam Al-Kahfi ..
Sebelum ni, saya ie kami ingatkan perihal roh diterangkan dalam ayat ni ;

 Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka. (18 :21) 

Tapi link di atas menceritakan begini,

Seorang pendeta Yahudi menjawab ," Cobalah kalian tanyakan tiga hal kepadanya. Tanyakanlah tentang sekelompok pemuda yang hidup pada zaman dahulu dan memiliki kisah menakjubkan. Lalu. Tanyakan kepadanya tentang lelaki gajah perkasa yang perkasa yang mengembara ke timur dan kebarat. Tanyakan pula kepadanya tentang ruh, apakah ruh itu ? jika dia bisa menjelaskan yang pertama dan kedua, serta tidak menjelaskan yang ketiga, dia benar-benar nabi " ..


Perihal roh, diterangkan begini ;

Adapun pertanyaan mereka yang ketiga, yaitu tentang ruh, maka rasulullah, maka Rasulullah saw menjawabnya dengan firman Allah swt dalam surat Al Isra (17) ayat 85
” Dan mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, Ruh itu termasuk urusan Tuhanku dan aku tidak diberi ilmu kecuali sedikit," .. ((17 : 85)


Apa-apa pun, Allah lebih tahu ..
Smuga bermanfaat !

=)

Wednesday, January 11, 2012

Italy: Kembara Italia Kami .. =)

Assalamualaikum WBT ..

Dah almost seminggu berlalu .. rindu pulak rasa .. bkn rindu pada bumi Italy itu, tapi pada pengembaraan kami mencari diri dan mengenali sesama sendiri .. ya, pengalaman2 dan kenangan2 terindah itu, sgt mahal, lebih mahal dari harga tiket kapal terbang dan keretapi yg dibeli sepanjang perjalanan kami tu ..^_^

Tiba di Milan, tidur airport! Allah, baru terasa nikmat tempat tinggal tu .. sungguh x terbayang mcm mana la nasib org2 homeless .. tu kira ok kt airport, ada heater .. kalau tepi jalan, bawah jambatan? T_T

Pagi di Milan menyambut kami .. =)
Melawat beberapa tempat di Milan .. Il Duomo, Vittorio Emanuele Galery, Castello Sforzesco dan sebuah tempat yg ala2 Oxford Street kat London tu .. typical Eropah, gereja dan shopping .. haihh .. cuak jugak la jalan2 malam new year kat Milan .. ada concert, letupan2 mercun n manusia2 yg ramai dah mula membanjiri kawasan Il Duomo.. kami? bergegas pulang ke hostel, makan megi .. lg best, heheh ..

esoknya, it's 2012! semoga tahun baru membawa seribu satu keberkatan, dan semoga bertambah iman dan amal kita semua.. =) 
Off to Venice ..



What about Venice? urm, malam tu, jalan2 berjam-jam, mencari Grand Canal .. sebelum nk smpai Grand Canal tu, byk jugak la canal yg nak kena lalu .. menarik la gak Venice ni, sbb dia mcm bandar atas air .. ala2 Amsterdam gak la kot .. esoknya, kami melawat 2 buah pulau, 1st, Murano .. kt sini ada glass factory, so, ada glass-blowing demo .. terbaekk lah, kreatif2 .. then, Burano .. kat sini ada banyak kedai2 lace .. dia tunjuk gak la mcm mana nk buat lace .. pastu, berkejaran balek ke hostel sbb nk kena kejar train ke Rome .. masa ni, Allah je yg tau betapa cuaknya semua org ... alhamdulillah, we made it and Rome, here we come! =)
hari pertama di Rome, kami ke Pompeii .. balik hari, much cheaper than mencari tempat tidur di Pompeii .. sebelum jalan2, kami tadabbur surah Al-Hijr : 52-84, sbb Pompeii kan ada dikaitkan dgn kaum Nabi Lut kan? ke? wallahualam .. Allah knows best .. tp sgt best bila dpt tgk runtuhan kota Pompeii tu as a muslim .. sy membayangkan, tanpa kefahaman islam, mesti sy akan tgk Pompeii tu, lalu berkata, "Wah, hebatnya org zaman dulu! dah beribu2 tahun, still kukuh lg binaannya .. sistem2 perbandaran mrk, hebat!" .. tp, alhamdulillah, apa yg kami dapat adalah, "kalau Allah nak musnahkan suatu kaum yg ingkar, Allah bole buat dalam sekelip mata je" .. T_T .. dan, kami berjaya menjumpai patung2 yg ada dlm buku teks sejarah kita dulu2 tu ! seriusly teruja .. meremang rasa memikirkan itu adalah 'kubur' mereka .. huhu ..


ok, last day, Roma Italia .. pg tu, kami ke Trio Tour : Collosseum, Forum n Palatine Hill .. sambil2 tour, kami diberitahu lah sedikit sebanyak ttg sejarah tmpt2 tu .. adeh, sedih rasa dgr sejarah Colosseum tu .. tahukah anda bahawa Colosseum tu dulu adalah tempat mereka melepaskan banduan2 aka Gladiators untuk berlawan dgn binatang2 buas spt beruang, singa dan sebagainya? event tu mcm sgt grand smpai lbh kurg 50,000 org rasanya yg akn dtg tgk .. utk tahu lebih lanjut, sila buat ulangkaji ye? alhamdulillah, islam mengajar kita utk menghargai nyawa manusia, x kira siapa pun dia .. sbb, obviously, banduan pn ada kehidupan diorg kan? hurmm ..

Yg mcm maze tu adalah 'penjara2' diorg .. kt atas lak, penonton akn duduk ikut pangkat dan kedudukan ..
habis Trio Tour, kami ke, guess where .. The Vatican City .. utk yg belum tahu, The Vatican City ni adalah tmpat di mana Pope org2 Kristian tinggal .. dia adalah negara terkecil di dunia .. yes, mmg kecik pun .. lg kecik dari Perlis .. what ur eyes can see, that's the country .. kejap je kami kt situ, ntah, mcm de apa nk tgk .. ye la, kt situ ada church je kot .. org beratur pnjang nk masuk .. kena bayar pulak tu .. maka kami pun berlalu dari situ setelah melihat-lihat dlm x smpi stgh jam .. 


The Vatican City 


Our last and most memorable visit i think, The Great Mosque of Rome ! =)


ok, ni gmbar google .. ada sbb kenapa sy xde gambar masjid Rome.. huhu ..
Ya Allah, hebat sgt tarbiyah Allah masa nk g Masjid ni .. ok, before tu, meh sy cite sket pasal masjid ni .. dia adalah masjid terbesar di Eropah .. dirasmikan pada 21/6/1995, dan telah direka oleh Paolo Portoghesi, Vittorio Gigliotti dan Sami Mousawi (seorang arkitek Iraq) .. pembinaan masjid ini dibiayai oleh Raja Arab Saudi pada masa tu, King Feysal .. ok? ckup kot stakat tu .. nk tau lebih, buat ulangkaji ye? 
ok, dari Vatican City, kami naik Metro ke stop Flaminio .. dari situ, kami perlu amek train menghala ke Viterbo, berhenti kat Camp Sportivi .. thanks to complicated (heheh, x pun .. kami yg x reti) transportation of Rome, kami melepasi stop Camp Sportivi tu .. kwn2 sy ada yg dh nmpak pn menara masjid tu .. cuakness pun tiba, sbb bkn sikit stesen yg kami terlepas .. da nk smpai hujung line train tu kot .. then, kami dinasihati utk patah balik guna line yg sama .. dan baru kami tahu, ada button utk stop, ye, mcm bas tu .. so, plannya adalah, patah balik, dan tekan button stop bila dh smpai Camp Sportivi .. alhamdulillah, smpai stop yg dituju ..

kalau ikut bacaan sy, keluar dari stesen tu je, da bole nmpk masjid .. tp punya la Allah nk uji kami semua, x taw kenapa, memilih exit yg berlawanan utk keluar dari stesen tersebut .. mmg x nmpk la kan .. tp nekad nk g masjid gak, jalan gak kaki konon2 nk cari menara masjid .. jauh gak kami jalan smpai la kami sedar yg kami tersalah jalan .. sadis betol .. dah la malam, xde org lalu lalang, yg ada kereta jek .. kami pn patah la balek .. tp kami mengambil keputusan utk guna laluan lg satu which is jalan besar .. rasa selamat sket .. 

on the way ke Campi Sportivi tu, semua org mcm agak cuak sbb ada nmpk org gaduh la, kereta yg mcm jerit2 kt kitorg la (kereta menjerit? hurmm), kawasan yg mcm xde org duduk la .. tetiba sy mcm nampak satu menara ni .. tp sbb semua pn mcm dh nk balik, sy pn bermonolog sendirian, "tangki air kot tu, huhu" .. siyes, tu yg sy fikir .. tp stil dlm hati, "Ya Allah, sampaikanlah kami ke masjid tu" .. bila dah semakin dekat, ada sorg kwn jerit, "Eh, tu kan menara masjid tu kan?" .. sy pon tgk ke arah yg dia tnjuk, n yes, nmpak kubah dia dalam kegelapan .. excitednya! Allah je yg tahu .. ye la, dtg Rome mmg aim nk g masjid terbesar ni, dgn segala halangan nk jumpa masjid ni, bila dh jumpa tu mmg excited abes .. tiba2, "eh, betul ke nk g? gelap n bahaya kot .. lgpun mcm dah tutup je .." .. wuaa, patahnya hati .. ye, sy faham, apa yg dirisaukan adalah keselamatan masing2 .. tp sbb nk jugak g masjid tu, mcm2 ayat digunakan utk memujuk supaya g gak masjid tu .. kalau btol pun dah tutup, biar nmpak depan mata yg dia tutup .. alhamdulillah, Allah izinkan utk kami masuk masjid tu ..

yes, masjid besar mmg dah tutup, tp kami dibenarkan utk guna masjid kecil utk solat .. Subhanallah, bayangkan, setelah beberapa hari duk tgk batu n patung, akhirnya kami dipertemukan dgn rumah Allah yg sgt cantik dan besar .. n masa kami dtg, ada beberapa org sdg membuat halaqah, menghafal dan membincangkan ayat2 Allah .. subhanallah subhanallah subhanallah .. sesudah solat berjemaah, imam masjid dan seorang pakcik menegur kami .. rupanya, mereka mahukan senaskhah Al-Quran terjemahan BM .. dan kami setuju untuk menghantarnya setibanya kami di UK nnt .. dan, alhamdulillah, rezeki kami mungkin, imam masjid sudi membawa kami utk melawat masjid besar, berbekalkan lampu suluh di handphone masing2! memang pengalaman yg terbaekk lah .. habis melawat kawasan masjid, kami pun bergerak pulang .. oh, sblum pulang, kami makan malam di sebuah kedai halal berdekatan hostel kami .. byk je kedai makan halal, ada dlm 4-5 jugak la ..

bahagian dalam .. thanks to pak cik Google .. =)
esoknya, lepas breakfast, kami pun bergerak pulang ke bumi UK .. alhamdulillah for everything .. May Allah bless the journey .. personally, jaulah ni x bermakna apa2 tanpa org2 yg menyertainya .. terima kasih kawan2! terima kasih kerana menerima sy sbg teman jaulah anda, dan terima kasih kerana menjadikan winter break sy x sia2 insyaAllah ..

and and, school will start in few days .. need to recharge and be well prepared for the new term ! Bismillah ..

=)