Tadabbur I.C.U.
Bayangkan, Allah menarik nikmat paru-paru daripada kita. Bayangkan bagaimana kita menghirup oksigen dan menghembus karbon dioksida. Bayangkan kita terpaksa guna ventilator untuk bernafas setiap masa. Bayangkan kita perlu menyambung tiub-tiub besar ke dalam mulut untuk bernafas. Bayangkan kita perlu membawa ventilator ke mana saja kita pergi. Bayangkan ventilator yang kita guna tidak berfungsi tiba-tiba. Bayangkan…
Bayangkan Allah menarik nikmat buah pinggang kita. Bayangkan bagaimana kita nak membuang sisa-sisa toksik dari badan kita. Bayangkan kita tidak mampu lagi kencing seperti biasa. Bayangkan kita terpaksa guna mesin dialisis empat sesi setiap minggu dengan harga EURO 600 untuk setiap sesi. Bayangkan kita perlu suntik lengan dan masukkan tiub ke dalam salur darah setiap kali menjalankan dialisis. Bayangkan…
Bayangkan Allah menarik nikmat jantung kita. Bayangkan jantung kita tidak lagi mampu mengepam darah ke seluruh tubuh. Bayangkan kita akan jadi lemah, selemah-lemahnya. Bayangkan kita terpaksa guna artificial heart yang besar untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Bayangkan kita berjalan sambil membawa artificial heart yang besar ke mana saja. Bayangkan aritificial heart yang kita guna tidak berfungsi tiba-tiba. Bayangkan…
Bayangkan Allah menarik nikmat thyroid gland kita. Bayangkan kita tak dapat menahan sejuk walaupun tak berapa sejuk. Bayangkan pula waktu musim sejuk. Bayangkan kita perlu mandi pada waktu pagi musim sejuk. Bayangkan kita terpaksa menggunakan temperature control machine setiap masa untuk mengawal suhu badan. Bayangkan kita terpaksa membawa ia ke mana saja. Bayangkan…
Bayangkan Allah menarik nikmat glands dalam badan kita. Bayangkan badan kita tak mampu lagi merembes hormon-hormon penting. Bayangkan pankreas kita tak mampu lagi merembes insulin. Kandungan glukos dalam darah kita akan meningkat. Bayangkan adrenal gland kita tak mampu lagi merembes epinephrine, aldosteron. Sistem badan kita akan kucar-kacir. Bayangkan kita perlu memasukkan ubat-ubatan sebagai ganti hormon setiap jam. Bayangkan kita perlu menggunakan mesin penyuntik ubat untuk memasukkan ubat-ubatan ke dalam badan kita. Bayangkan…
Bayangkan Allah menarik nikmat otak kita. Bayangkan hanya satu bahagian dalam otak kita yang rosak, hypothalamus. Bayangkan hypothalamus tak mampu lagi mengawal selia sistem badan kita. Bayangkan kita terpaksa menggunakan pelbagai monitoring device seperti ECG, manometer, thermometer, dan sebagainya untuk mengawal selia sistem badan kita. Bayangkan kita kena bawa ke mana saja alat-alat tu. Bayangkan…
Bayangkan kita terlantar di ICU bila dah tua nanti. Bayangkan kita terpaksa menggunakan semua alat-alat, mesin-mesin di atas. Bayangkan kita dalam keadaan koma sepanjang masa – Glasgow Coma Scale=3. Bayangkan kita perlu sentiasa dijaga oleh seorang nurse dan doktor siang dan malam. Bayangkan kita makan dengan menyumbat tiub melalui hidung. Bayangkan kita kencing melalui tiub yang disumbat ke dalam urethra. Bayangkan kita kena bayar EURO 1000 sehari untuk dirawat di ICU. Bayangkan…
Bayangkan, bayangkan, bayangkan.
Bayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah dah beri pada kita.
Bayangkan betapa hebat dan sempurnanya ciptaan-ciptaan Allah yang ada pada badan kita.
Bayangkan bagaimana manusia tak mampu nak cipta/ganti/kawal organ-organ yang ada pada badan kita sebagaimana Allah cipta/kawal.
Bayangkan, kita sendiri pun tak mampu nak kawal organ yang ada pada badan kita.
Bayangkan…
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.” (95:4)
“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang Engkau dustakan.” (55:13)
Azizul Salehudin
Selepas praktikal di I.C.U., FNHK
Totally copied from http://jalanjuang.wordpress.com/2011/06/07/tadabbur-i-c-u/ and pasted here ..
=)
wow! subhanaAllah, alhamdulillah! tq for the sharing cik izatti..=)
ReplyDeletekan2? alhamdulillah sgt2 kan?
ReplyDeleterasa nk exercise selalu dan mkn menda2 yg sehat je lepas ni, supaya insyaAllah x kehilangan nikmat2 yg Allah bg tu ..
=)