Salam 'alayk.
Ok, ni post memang basi teramat. Post jugak lah lepas tiup2 habuk sket, tambah2 perasa sikit.
P/s: kemungkinan besar, tak menambah iman pun.
P/s/s: obviously personal. Here it goes.
Saya ternampak aplikasi kat Facebook, di mana kita boleh berkongsi apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni.
I'd like to do it another way..... :)
Januari menjelma, perjuangan pun bermula,
Kembali ke bumi kelahiran diri;
Bersama rakan-rakan baru dan juga lama,
Menghadapi cabaran yang sedia menanti.
Bulan Februari, bulan meraikan CINTA?
Ada yang suka, ada yang duka;
Di bulan ini, kak Manja disatukan dengan pilihan hatinya,
Di bulan ini juga, kak Mum meninggalkan zauj dan anaknya, pulang menuju cinta hakikinya.
Mac menyaksikan dua bencana,
MH370 di Malaysia, dan 529 syahid di bumi Anbiya;
Pembuka mata, mencetus cakna,
Sungguh tiada yang Allah jadikan itu sia-sia.
Di bulan empat jadual sungguh padat,
Rombongan cik kiah, esaimen dan juga sukan;
Bulan lima juga tak kurang hebat,
Diakhiri dengan peperiksaan, alhamdulillah, "Jumpa lagi sem depan!"
Bulan enam, ke laut ke pantai,
Ramadhan tiba di penghujung bulan;
Meningkatnya usia di bulan Julai,
Tibanya Syawal sama-sama meraikan.
Puasa enam di bulan lapan,
Kemudian memaknai erti sebenar kemerdekaan;
Kesibukan duniawi teramat menekan,
Chillax sebentar di Kuala Tahan.
Semangat Oktober luar biasa,
Perpisahan terasa, malah kehilangan handphone buat kali kedua;
November? Periksaaa!!
Dan cuti pun bermula, disusuli marathon walimahnya.
Dan Disember terus menyaksikan,
Tautan hati dan jiwa sesama insan;
Banjir melanda menguji kesabaran,
Semoga berjumpa di tahun hadapan!