Sunday, August 31, 2014

Cinta.

Eh? Kok tajuknya Cinta?
Ya iyalah, tema tahun ini kan, "Di sini lahirnya sebuah cinta?"

Merdeka. Cinta.
Apa kaitannya?

Merdekakah aku jika cintaku masih bukan pada Yang Satu?
Masih ada yang kedua dan ketiga.
Malah mungkin keempat dan kelima.
"Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang lelaki (hamba sahaya) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan, dan seorang hamba sahaya yang hanya menjadi milik penuh dari seorang (sahaja). Adakah kedua hamba sahaya itu sama keadaannya? Segala puji bagi Allah, tapi kebanyakan mereka tidak mengetahui". (39:29)

Merdekakah aku jika cintaku padaNya tidak 100%?
MengingatiNya di kala susah sahaja.
Di kala senang, aku lupa padaNya.
Masih berprasangka padaNya dengan sangkaan jahiliyah (3: 154)
Sedangkan sudah termaktub di dalam surat cintaNya,
"La Tahzan, Innallaha Ma'ana?" (9:40)

Selamat memaknai erti sebuah kemerdekaan.

=)

P/s: 3rd post of the year? Sigh.




Wednesday, March 26, 2014

Driving Class.

Post basi. Haha.

"Akak nak awak pandai drive by 28 Feb 2014".
That was like 2 weeks from that day. Fuhh.
Maka bermulalah driving class saya. Setelah menjadi seorang pemegang lesen 'COMPETENT'.
Hehs.


"Akak, saya tak biasalah tengok cermin belakang, kiri, kanan ni. Takpe ke kalau saya tak tengok?"

"Kena lah biasakan. Kalau awak jalan je, mana nak tahu awak ni dalam line ke tak, mana awak nak tahu ada kereta ke tak kiri kanan. Camtu lah awak dengan sisters awak. Buat dnt, kena tengok2, tanya2 jugak akhawat sekeliling. Kalau tersalah, diorang boleh betulkan. Kalau tersenget, diorang boleh luruskan".

"Adeh. Tengok orang drive macam senang je. Susah rupanya bila sendiri drive."

"Macam tu jugak DnT. Baca teori memang senang. Tapi orang yang betul2 buat je akan rasa dan faham senang dan susahnya. Orang yang betul2 baca, faham dan apply je yang tahu penatnya, lelahnya dan manisnya DnT ni".

"Alaa kak, susahnya jalan ni. Tak macam jalan haritu".

"Sampai bila awak nak duduk safe zone? Realiti hidup memang susah".

Tudiaa. Bila guru memandu anda adalah kakak naqibah anda sendiri. Haha.
InsyaAllah. Learning and improving. Usaha!

P/s: Ha, sekarang usaha habiskan assignments dulu. -.-


Wednesday, February 12, 2014

Sirap.



Bismillah.

Astaghfirullah. Esok, genap dua bulan since last post.
-.-
Inhale, exhale. Keep calm and carry on.

Sekarang saya nak ceritakan sebuah eksperimen sains ringkas. *Mode cekgu sains ON*

Tujuan: Mengkaji hubungkait antara isipadu sirap dan kadar masa penjernihan air dalam gelas.
Hipotesis: Semakin banyak isipadu awal sirap, semakin lama kadar masa penjernihan air di dalam gelas.
Bahan: Air jernih, sirap/cordial. Radas: Gelas.
Prosedur:
1.       Tuangkan 10ml sirap/cordial ke dalam gelas.
2.       Buangkan cordial di dalam satu gelas.
3.       Labelkan gelas seperti di bawah.

 

4.       Tuangkan air jernih ke dalam kedua-dua gelas.
5.       Kira masa yang diambil untuk air di dalam gelas menjadi jernih.

Hasil eksperimen.

Gelas
Masa
A
Lamaaaaaaaaaaaa
B
Kejap je.

Kesimpulan: Semakin banyak sirap/kordial di dalam gelas di awal eksperimen, semakin lama masa yang diambil untuk air di dalam gelas menjadi jernih.

*dansayamelihatmukaandamacamnakcakapsowhattt??*

Gelas: Kita. Lagi spesifik, hati kita.
Sirap/kordial: Jahiliah. Jahiliah kita.
Air jernih: Amalan-amalan soleh yang kita lakukan, ilmu-ilmu islam yang kita belajar, tazkirah-tazkirah yang kita dengar, tazkiyah-tazkiyah hati yang kita lakukan.

Ok. Ini boleh dikira soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) kot. Dah ada skema jawapan lagi. Semoga berjaya memahaminya.

Adios.