Thursday, October 24, 2013

Istiqamah.



Istiqamah tu,
Ditanam dalam HATI melalui NIAT,
dibuktikan dengan ANGGOTA melalui PERBUATAN.

Sekian.
Salam Jumaat.

=)

Thursday, October 17, 2013

Kenapa Solat?


Salam 'alayk.

Hari tu adik saya tanya, "Kenapa Allah nak susahkan kita, suruh kita solat?".



Soalan: Pernah dengar term "Solat itu adalah rehat?"

Dalam kepayahan dan kesulitan Nabi Allah menegakkan kalimah Allah di muka bumi, baginda diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi.
Isteri kesayangan baginda yang menerima islam di kala orang sekeliling menafikannya, memberi seluruh harta mendukung dakwah baginda, Saidatina Khadijah, dan Abu Talib, pak cik yang sangat melindungi, namun tidak menerima dakwah Sang Nabi. Dan tahun itu digelar 'Tahun Kesedihan'.

Dalam tahun yang sama, berlaku peristiwa Israk Mikraj. Secara ringkas, Israk adalah apabila Nabi menunggang sang Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan Mikraj adalah peristiwa Nabi diangkat ke lapisan-lapisan langit sehingga bertemu dengan Allah Taala.

Dan itu adalah cara Allah memujuk' dan 'membahagiakan' Nabi kita, kekasihNya, tatkala Baginda dalam keadaan yang sangat down dan dukacita.

Tapi kita? Bila kita penat, stress, down, depress yada yada bla bla bla...

Solat lah sepatutnya penawarnya! *baca dengan nada excited*

Kalau Rasulullah menaiki tingkatan-tingkatan langit secara fizikal menemui Tuhannya, kita pula seharusnya menaiki tingkatan-tingkatan langit menemui Tuhan kita menggunakan ruh dan hati, melalui solat 5 waktu kita.

Dalam solat lah kita nak mengadu dan bercerita segala kepayahan dan kesusahan yang kita lalui. Mengharap agar diberi petunjuk dan hidayahNya dalam menangani segala kesulitan dan kepayahan tersebut.

Saya ada terbaca sebuah status, " Spend a bit of your time for salah (solat), you never know if it's your last". (tak ingat exact ayat, tak ingat siapa quote)


Ok. Sekian.
Salam Aidiladha.
Selamat memaknai erti pengorbanan.

=)


Tuesday, October 8, 2013

Suara Hati .

Salam 'Alaik.

Sekarang tengah syok layan buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim A. Fillah.
Belum habis, tapi bila baca part ni terus macam aaaa nak ceritaaaa




Ok. Pause.

Gini.

Pasal Nurani.

Secara default (baca: fitrah) nya, dalam hati manusia ada nurani yang bergetar, mengalirkan pesanan dari Ilahi (haa tudiaa, ayat buku baq hang).

Tapi, persoalannya, lepas ke tidak getaran nurani tu melalui dinding-dinding hati kita, menjadi suara hati?
Kalau pun lepas, adakah ia akan menjadi suara hati yang mendekatkan diri kita dengan Ilahi, ataupun suara hati yang membawa 'mati'?

Jawapannya bergantung kepada kondisi hati.
Kat sini lah penting nya kita melazimi diri dengan amalan-amalan soleh dan meninggalkan maksiat-maksiat dan dosa.



Sebabb, bila hati kita berada dalam keadaan default-nya iaitu suci dan bersih, maka suara hati yang terhasil dari getaran-getaran nurani melalui pesanan dari Ilahi tu pun pastinya lah bersih dan suci, bebas dari 99.99% kuman. Eh.

Tapiiii, kalau kita terlalu banyak buat maksiat dan dosa, maka dosa-dosa yang diwakili titik-titik hitam kat hati kita tu, lama-lama akan mematikan hati kita,menjadikan getaran-getaran nurani yang pada asalnya bersih tadi, terpaksa melalui kekotoran dan kegelapan dinding-dinding hati kita, menjadikan suara hati yang keluar adalah suara hati yang distorted (diputar belitkan menurut google translate).

"Hukuman terberat atas suatu dosa adalah perasaan tidak berdosa". (Ibnul Jauzi)

Saya pernah terdengar suatu ayat "Bestnya orang tu. Dulu takde lah baik pun. Banyak buat dosa. Tapi sekarang dah taubat. Habis semua dosa-dosa dia dulu. Alim kalah ustazah sekarang ni".
-ok agak exaggerating saya punya ayat tapi macam tu lah lebih kurang maksudnya-

Ketahuilah.
Kalau dah hidup bergelumang dengan manisnya jahiliyah, mesti besar mujahadahnya untuk tinggalkan jahiliyah tu.
Bermaksiat akan meredupkan cahaya hati dan menumpulkan ketajamannya. Dan hati yang diselaputi dosa, takut-takut nanti, tiada jalan untuk keimanan masuk ke dalamnya, dan tiada jalan untuk kekafiran keluar darinya. Na'udzubillah. T_T

Allahu. Terima taubatku. T_T

Ok.
Sekian.