Friday, February 15, 2013

Belajar dari Bintang.

Assalamualaikum WBT.

Tgk last post.. Ohh, lamanyaa tangguh projek doa2 amalan Nabi ! Dush2. T_T
Takpe lah, panjang umur nnt kita korek balik buku tu ye.

Saja nak share, sepanjang minggu lepas, asyik cakap pasal alam je.
Spesifikally (oh my Manglish), pasal surah At-Tariq.

Jom baca sama2?


Ok. Ada beberapa perkara yg menusuk qalbun saya yg insyaAllah nak cuba diringkaskan kat sini.

Tudiaa brader kita tgh tadabbur alam masyaAllah. ;)
1. Meneliti sifat cahaya bintang-bintang di langit, yang menembusi lapisan-lapisan kegelapan dan lapisan-lapisan langit, sehingga akhirnya sampai ke mata kita.
2. Setiap manusia ada penjaganya masing-masing. Dan Syed Qutb menafsirkan penjaga itu adalah Allah dan para malaikat yg Allah hantar utk jaga kita. Dan kenapa guna perkataan Nafs / Jiwa? Sbb kat situlah terletaknya segala amalan2 kita. Siapa boleh 100% yakin bahawa anggota fizikal dia menzahirkan segala amalan dia?
3. Kaitan penjaga-penjaga kita dan sifat cahaya bintang yang menembus. Penjagaan Allah dan malaikat ke atas kita mampu menembusi apa jua lapisan. Kalau kita duduk dalam selimut dalam bilik dalam rumah dalam kampung kita pun, Allah dan para malaikat tetap mampu menjangkau kita. Kita jalan tengah malam dari train station balik rumah lalu jalan gelap tepi bar pun (eh, mcm familiar lol), penjagaan dan pengawasan dari Allah dan para malaikatNya, tetap sampai kepada kita.


Ok. Sekarang sy akan bercakap Biologi (read: speak Biology). Dan sekaligus berkaitan dgn ayat 5-7. Kalau tgk dalam video di atas, kejadian manusia itu bermula dengan satu sel, yang seterusnya akan berkembang dan berkembang dan berkembang. Kalau rujuk Fi Zilal, mmg Syed Qutb menerangkan panjang lebar pasal ni. Secara ringkasnya, satu sel yang asal tu, akan menerima arahan2 dari surrounding untuk terbahagi kepada lebih banyak sel, dan seterusnya menjadi organ2 tertentu dan sterusnya membentuk seorang manusia. Tapi sebenarnya, Allah lah yang memberi kudrat dan iradat untuk sel2 sekalian berkembang dan proceed dengan peranan masing-masing. Sebab kalau diikutkan, sel2 tadi berasal dari sebiji, sebuah, err, x jumpa penjodoh bilangan yg sesuai, dari satu sel yg sgt lemah.
Mcm tu lah manusia. Kita ni, sangat lah lemah, sangat lah huru hara sebenarnya. Tapi, atas rahmat dan kasih sayang Allah, Dia guide kita dalam apa jua perkara yg kita buat dalam kehidupan. Nak g skolah mana, nak makan apa, nak kawan dgn siapa, nak kawen dgn siapa, eh, nak naik bas mana, nak lalu jalan mana, hatta nak taip apa pun, semuanya tu tak lari dari pengetahuan Allah, tahu? Kena yakin, insyaAllah.


Dan, setelah mengetahui betapa kompleksnya penciptaan manusia ni (kita la nmpak ia kompleks, pada Allah senang je), pasti ada hikmahnya kan.
1. Kalau Allah boleh cipta kita yang cantik molek ni dari satu sel yg lemah, tak mustahil pun kan untuk Allah hidupkan kembali tulang belulang kita yg dah hancur selepas kita mati nanti, bukan?
2. Dan penciptaan setiap manusia tu mestilah tak sia-sia kan? Untuk hari akhirat tu lah kita ni dicipta. Untuk dihitung segala amalan2 kita.
Pada hari dinampakkan segala rahsia. Yg ni berbalik kpd jiwa yg kita cakap kat atas tadi. Disebabkan kat situlah tersimpannya segala amalan, maka pada hari akhirat nnt, jiwa2 inilah yg akan diselongkar dan dikaji selidik untuk dihisab.


Dalam ayat 11-12, Allah bersumpah sekali lagi ke atas 2 perkara besar, iaitu langit dan bumi yang mengeluarkan hujan dan tumbuh-tumbuhan. Kalau kaitkan dgn ayat 1, air mani tu adalah asal-usul kepada manusia, langit adalah asal usul hujan, dan bumi adalah asal usul kepada tumbuh-tumbuhan.


Dalam ayat 13-14, diterangkan 2 sifat Al-Quran. Iaitu, 1, memisahkan antara hak dan batil. Benar kata Al-Quran, maka benarlah. Salah kata Al-QUran, maka salahlah. Bukankah Al-Quran itu kalam Allah?
2, Al-Quran itu bukanlah suatu senda gurauan. Apa sahaja yg ada dalam AL-QUran haruslah diambil berat dan diyakini, insyaAllah.

3 ayat yang terkhir berlatarkan zaman Mekah Jahiliyah, di mana para pemimpin Quraisy sangat menentang hebat ajaran Rasulullah SAW. Dalam ayat 15 dan 16, dibuat perbandingan antara Allah dan orang kafir. Pada pemikiran logika kita, layakkah org2 kafir itu nak dibandingkan dgn Allah yg diceritakan di awal surah ini tadi, mencipta bintang2, mencipta manusia dari air mani, menutunkan hujan dari langit, dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dari Bumi? Ianya hanyalah sebuah ejekan buat org kafir.
Dan dalam ayat terakhir, seolah-olah dikatakan kepada Rasulullah SAW, "Sabarlah. Bertahanlah untuk sedikit masa lagi. Apalah sangat waktu kesusahan kamu di dunia ini kalau hendak dibandingkan dgn kenikmatan yg bakal kamu terima di akhirat nanti".

=')

Ok, tu je yg sy dapat share. Disclaimer, saya bukan menafsir tau. Saya hanya berkongsi apa yg saya pelajari setelah membaca beberapa tafir untuk surah ni. Dan saya harap ada pengajaran dan pelajaran buat kalian yg membaca juga.

Sekian. Wallahu Ta'ala A'lam.