Friday, August 31, 2012

Merdeka.

Uit. Post ke-3 hari ni?
Over la ini orang.

Haha. Nak jugak.
Tapi kali ni malas nak membebel banyak2.
Jom layan video2 neh.







What say u?

Tgk hapdet mukabuku pulak.

"Kamu BELUM LAGI MERDEKA sekiranya kamu masih DIJAJAH OLEH NAFSU KAMU sehingga IBADATMU TIDAK DAPAT MENCEGAH MUNGKARMU,LIDAHMU BERAT MENYEBUT NAMA ALLAH DAN IDOLAMU BUKANNYA BAGINDA S.A.W. DAN ULAMA AKHIRAT, ketahuilah kemerdekaan yg sebenarnya adalah merdeka Tauhidnya daripada syirik kepada Allah."

Kemerdekaan didunia ini bagiku adalah apa yang berada di akalmu , senang sekali terima oleh hatimu, lalu meluncur laju setiap anggota untuk beramal dengannya..tidak mungkin merdeka seseorang itu , jika apa yg difikirkan dan dibuatnya tidak sama dengan gerak hatinya, begitu juga sekiranya hati dan dan anggotanya mampu bersetuju tetapi jauh dari logik akal dan praktikaliti.Begitu juga kiranya anggota dan kudratnya dipaksakan apa yg tidak disukai oleh akal dan hatinya.. Jesteru Ilmu dan kefahaman melahirkan ikhlas, iman dan taqwa... lalu terbitlah rasa ingin beramal dengan bersungguh sungguh untuk apa2 saja yang diyakini dan difikirkannya.. Selamat Hari Merdeka buat Semua Rakyat Malaysia.. Merdekakanlah hati, akal dan fizikal kita dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan daripada kongkongan manusia kepada pergantungan yg tinggi kepada Pencipta... Kerana Kemerdekaan yg hakiki sebenarnya adalah milik Allah, seperti mana Ramadhan mengajar kita ,ia hanya dicapai dengan kembali kepada Fitrah, berusaha meraih rahmat, menagih keampunan dan mengharap kemerdekaan dari api neraka.sesungguhnya kita tidak lebih dari sekadar alat dan asbab..Salam Aidil Fitri waal Istiqlal..

Anda mahu merdeka? Bebaskan diri anda daripada perhambaan sesama manusia dan makhluk, kepada perhambaan kepada Allah semata!

Heheh.
X aci sungguh post kali ni.
Sume cekup dan cedok.

Tapi tu lah, apa yg dicekup dan dicedok tu insyaAllah bertepatan dgn apa yg ada dalam fikiran saya.
Erti dan definisi kemerdekaan yang sebenarnya.

Memikirkan merdeknya kita Malaysia, saya jadi risau.
Risaunya dengan keluarga saya kat rumah.
Risaunya bila balik Malaysia nanti.
Risaunya dengan masa depan Malaysia.

Allah, peliharalah kami. Berkatilah Malaysia dan seluruh rakyatnya. Jadikanlah kami hamba yang taat pada perintahMu semata-mata.

Amiin..

Ok, dah.
Aman.

=)





Post-Raya.

Assalamualaikum wbt!

Haah, saya lagi.
Post kedua hari ni.
Dah lama x menulis rasanya. ("Ada aku kesah?", anda berkata. -.-)

Anyhow anyway. Straight to the point, don't belok2.
What's after Raya?
Setelah duk pulun ketupat, rendang, lemang, sate, lontong, dodol etc.
Setelah beriang ria raya bersama saudara mara, sahabat handai.
Setelah berpuluh-puluh kilometer mengembara mencari rumah2 yg terbuka pintunya buat anda.

*Kan dah pesan, jgn belok2. Haihh.

1st and foremost, ce check balek, mcm mana graf ibadah kita setelah kita kembali kpd fitrah kita?
Apa effect tarbiyah Ramadhan buat kita?

Masih terjaga kah bacaan Al-Quran kita?
Masihkah kita berqiamullail?
Masih ringankah tangan kita menghulurkan bantuan buat mereka yg memerlukan?
"Chill la, raya kan setahun sekali. Lek2 dulu".
Erk.


"kita semua adalah penggali kubur, setiap hari kita sedang menentukan keluasan kubur masing-masing" 


2ndly, mcm mana ingatan kita kepada saudara2 seakidah kita di luar sana?
Mereka di Palestin, Syria, Rohingnya dll.
Masihkah mereka dikenang dalam doa2 kita?
"Alaa, abes tu, tak boleh nak raya ke? Kena sedih2 ke?"
Deyy, bkn la begitu. Err, tp kalau mampu, silakan la.
Cumanya, pendapat dua posen saya, dalam kita beriang ria beraya bersama cornflake tu, selit2 kan lah jugak ingatan buat mereka di sana.
Kenang2 jugak lah mereka dalam doa2 kita.
Klik2 jugak lah link2 yang menceritakan tentang mereka, dan sebar2kanlah kat sedara mara dan sahabat handai kita tu.
Ringan2 kan lah tangan bagi duit raya kat mereka.
Ke camne?

Ketiganya, saya pasti ini antara yg paling osem sekali.
Takyah cerita panjang lah. Hehe.

Ya Allah, terima lah amalan kami.

Keempatnya.
Saya teringat membaca post kak Beah Osem yang ni.
Secara dasarnya (read : basically), saya suka part mujahadah tu.
Kerana bagi saya, hendak mengecap cinta Allah itu hanyalah melalui satu jalan sahaja, yakni bermujahadah, tundukkan nafsu dan perangi keinginan sendiri. Orang-orang yang bermujahadah kerana Allah, itulah definisi hero bagi saya.
Hurm, kalau reflect balik, insyaAllah, masa Ramadhan yg lepas, bacaan Al-Quran lebih terkesan, bangun malam terasa lebih mudah, dll etc.
Ye lah kan, syaitan terbelenggu, surrounding pun sangat pro-kebaikan (baca : sume org pn berlumba-lumba nak buat kebaikan), Alhamdulillah, pada saya, sume tu sgt2 membantu.
Tapi, setelah tamatnya Madrasah Ramadhan itu, setelah kembalinya kita kepada fitrah, segalanya terasa sedikit berat. (Ok, kalau anda x rasa mcm tu, xpe lah. Ni apa yg saya rasa.)
Nak habiskan 1 juzuk sehari, terasa mcm, perghh, mujahadah!
Nak bangun qiam, ye la, bkn nk kena sahur pn, adehh, mujahadah!
Nak start puasa 6? Dalam masa siang yg masih lagi panjang ni? Adoi ai, mujahadah!
Tapi, kerana itu adalah cara utk kita mengecap cinta Allah, mencapai redhaNya, biidznillah, insyaAllah, kita gagahi jua.

Teringat perkongsian dgn seorang sahabat.
Bukan amalan kita yg menjadi kayu ukur untuk kita masuk Syurga.
Tapi kasih sayang dan redhaNya.
Kerana teringatkan kisah seorang abid yg diminta untuk dimasukkan ke dalam syurga atas amalannya yg sangat banyak. Tapi setelah ditimbang segala amalannya itu, ianya lebih ringan dari nikmat sebelah matanya.
Kerana teringatkan hadis Nabi SAW.


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).]



Allahu Allah.
Sungguh, terkadang aku lupa.
Bahawa tiada satu pun amalanku yang akan terlepas dari penghisabanMu.
Bahawa setiap detik membawa aku lebih dekat dengan kematianku.
Bahawa iman, amal dan takwa yang akan menjadi bekal ku untuk menghadapMu nanti.



..................

Last but not least.
Kalau masa usrah, selalu disebutkan,
"Usrah itu bermula selepas usrah".
Mcm tu la lebih kurang.
Makanya, kalau Ramadhan?
"Ramadhan itu bermula selepas Ramadhan"?
Haha, mcm pelik bunyinya. Tapi apa yg sy cuba nak cakap adalah, ce tgk video ni.


Saya terasa rugi, sbb tgk video ni lepas Ramadhan berlalu. Hehs.
Tapi, takpe lah. Alhamdulillah,at least it gives me hope to strive harder after this for the next coming Ramadhan.
(InsyaAllah, sekiranya diizinkan Allah untuk berjumpa next Ramadhan)

Wallahualam.
Remember me in your du'as!

=)

p/s : Merdeka!?






Raya oh Raya.

Assalamualaikum WBT..

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada anda.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Kullu Am Wa Antum Bikheir!



Kalau last year, post raya saya berkisar tentang perjalanan balik kampung dan pesanan dari atuk saudara saya di petang raya. 
Tahun ni, takde perjalanan balik kampung, takde ziarah-menziarahi keluarga yg jauh dan dekat..
Tapi, Alhamdulillah, saya menyambut Aidilfitri dengan keluarga besar saya..

We r Proud Lancasterian! =)

Ada beberapa perkara baru buat saya bila menyambut Raya kat sini.
Malam raya, kami ada buat takbir dari rumah ke rumah. Kat kampung saya tak buat benda ni.
Kat sini jugak, mana ada bazaar jual kuih raya, mana ada orang jual lemang tepi jalan, mana ada kawah besar nak kacau dodol..
Makanyaa,,


Tudiaa.. Karipap ada, kuih badam ada, almond london ada, dodol (msk pkai microwave kot!) ada, lontong ada, sate ada, dll. Err, bkn saya la yg masak sume ni, of course! Well, nak katanya, takde la kempunan sangat beraya di perantauan. Being out of your comfort zone made u strive harder for what u want! =)

The 1st 3 days of Raya, open houses non-stop! Sehari 2 rumah, bayangkan. Whoaa. Yg syoknya, semua org akan cuba jugak untuk menghadiri semua open houses. Ye la, kami di sini x ramai mana pun. P mai p mai, tang tu gak. But that's what makes it special, to treasure each and everyone of us here.

And now, planning to visit people further than just Lancaster. May Allah ease.

=)

Ok, enough about raya.
So, what's after raya?

Next post lah ek?
=p





Saturday, August 18, 2012

30 Ramadhan.

Assalamualaikum WBT..

Eh, kenapa sedih2 ni?
Oooh, sbb Ramadhan dah nak meninggalkan kita ye..
Tu lah, sy pn sedih jugak..


Lama x menulis rasanya..
Entah lah..
Kata orang, hanya jiwa yg basah mampu menyentuh jiwa2 di sekelilingnya..
Jiwa kacau dan kosong mungkin?
Ah, alasan.. selalu pun begitu..
You are what u think u are, kan?
Believe in yourself !
*y so random this bit? -.-




Apa apa jalan, nak share a few things..

My Summer and Ramadhan here..

Sejujurnya, ada banyakkkk perkara, aims and ambitions yang x tercapai..
Expectations yg x tertunai..
Tapi ada 1 perkara yg selalu sy sebut2, tp sy sendiri lupa..


Nah. Despite all the things I was complaining about, I was actually blessed with so many other things.
I learnt to be in people's shoes. To think and understand the situation I am not in.
I learnt that most of the times, when u don't give, u don't get. When u don't show ur love and care towards others, don't expect them to love u and care about u.
I learnt how life is faaar more complicated than what I've seen before.
I learnt that after all, kids are just kids. Be patient, haha. This makes me feel "mcm mana lah mama boleh bertahan dgn aku dulu"..
And soo many more..

1 more thing, I learnt that we need to be ready and well-prepared for something..
Makanya, let us all prepare for Eidul Fitri which falls on 19th August which is tomorrow!


Juga di sini : http://zaadut-taqwa.blogspot.co.uk/2012/08/10-panduan-menyambut-hari-raya.html

Mengakhiri Madrasah Ramadhan in few hours.
Semoga diberkatiNya.
Semoga mampu istiqamah dgn amalan2 sepanjang Ramadhan.


p/s : need to have a list of Ramadhan resolution. Yosh!

=)