Thursday, December 29, 2011

Perhimpunan Musim Sejuk itu .. ^_^

Assalamualaikum WBT ..

Perhimpunan Musim Sejuk 2011, melakar seribu kenangan manis, mengukir sejuta kenangan terindah ..
Allah, sungguh tarbiyah dariMu itu sgt mengujakan, setiap kali ..
biarlah status2 dan komen2 fesbuk di bawah menceritakan segala-galanya, kerana sy yakin kami berkongsi perasaan yang sama .. dan sy mahu anda merasainya juga! ; )







di kala itu aku ditarbiyyah utk mengerti dan memahami apa itu rabbani, ikhlas, ukhuwwah,


 pengorbanan, kasih sayang, dan mujahadah oleh Allah melalui sistersku. 


PMS terbaik, alhamdulillah. InsightOut!!






PMS tahun ini sgt best.berjaya mengubah hati ini.






rindu jiwa2 yg berada di sana..T.T subhanallah. semoga dapat berjumpa di syurga firdaus



kelak dan sama2 berhimpun lagi..:').





pasti disyukuri hadiah yg dibawa pulang dri PMS kali ni. Alhamdulillah. 










trima kasih Allah..Entah kenapa.. Saya merindui saat-saat di PMS. :') Moga ALLAH


 pertemukan kita lagi di suatu hari nanti. InsyaAllah. :)






Alhamdulillah..Tarbiyyah PMS terakhir d UK...Moga bermanfaat untuk meneruskan jejak-


jejak kehidupan..






kalau kita tak nak buat, Allah akan gantikan orang lain untuk buat...


sama ada kita menjadi pemerhati atau penunggu...

penat tanpa kefahaman akan meruntun hati dan jiwa serta perasaan...

tapi penat dengan kefahaman akan menjadikan diri basah dengan keimanan...

dimana ada road block, disitu ada kesusahan..

tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...

PMS dah habis, tetamu istimewa dah balik...

risau masa cuti akan terbuang dengan sia-sia...huhu







PMS was awesome!! jazakillah sisters.. jazakillahu khairan kathira.. =')



Alhamdulillah.. ;-) perjuangan yang pastinya bakal ku rindu - PMS!!

;-) and yet not to forget - suatu perjuangan yang baru sahaja bermula...sahabat, ayuh!!




*sorry kerana telah copy paste tanpa meminta izin .. minta halalkan ye?

=p







dan lagu ini akan menjadi pengubat rindu sy kpd mereka .. *tacing la pulak, haihh*





Ya Allah, Kau satukanlah hati2 kami di atas jalanMu ini .. 

=)

Friday, December 16, 2011

Cuti + Holiday = ?

Salam Jumaat .. ^_^


Status2 FB dan post2 rakan2 telah menunjukkan 'bahang2' salju yg sudah mula turun di beberapa tempat, dan juga keterujaan menyambut cuti sekolah sempena musim sejuk .. 


Winter '10 @ Prague .. =)


Yes, same goes to me .. snow dah start turun, dan cuti musim sejuk dah pun bermula .. tapi, permulaan cuti itu kurang best sebab ada kerja sekolah kena hantar hari isnin .. chett .. (ish3, x baik mengeluh .. siapa suruh x buat awal2 .. kalau siap awal, kan dah boleh mula bercuti? padan muka sendiri .. =_= )


Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu (kalau terjemahan indonesia, disebutkan butiran2 ais) dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (24 : 43)


Anywayys .. bila sebut pasal cuti, sy rasa ada 2 perkara dalam fikiran semua orang .. 
1) Jalan2 .. 2) masa lapang .. hurmm ..


Masa sesi persekolahan, duk mengadu xde masa utk buat semua benda .. nak g skolah lagi, nak buat keje skolah lagi, x termasuk report2 practical dan essay2 panjang berjela nak kena hantar .. lagi sedih, kalau semua perkara tu menjadikan kurangnya mengaji, kurangnya solat2 sunat, kurangnya qiamullail sbb duk stay up siapkan keje, kurangnya menyertai majlis2 ilmu yang mendekatkan diri dengan Allah .. adehh, tembak diri sendiri .. 


Oleh yang demikian (mcm esei BM la pulak), mari kita grab masa cuti ni untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara2 dan ilmu2 berguna yang mungkin boleh dibuat bekalan dalam kehidupan kita ..


1) Jalan2 ..
Sapa kata jalan2 tu membazir duit dan x berfaedah? well, tgk jugak la macam mana kita berjalan2 .. cuba kita tgk beberapa ayat dalam Al-Quran ;


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3 : 191)


Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri (30 : 9)


Pompei, Italy .. 
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (22 : 46)


Simple jek .. kalau rajin, sebelum jalan2 tu, kaji dulu sejarah tempat tu, ada x kaitan dgn islam ke, mcm mana ke .. kalau x pun, setiap kejadian yg jadi, kaitkan dgn kebesaran Allah .. contoh, nampak bukit, cuba fikir, apa kaitan bukit dan gunung dgn kita? kenapa Allah cipta bukit2 dan gunung? betul ke x sia2, statik je mereka tu? .. nampak laut dan tasik dan sungai .. apa kaitan mereka? sungai2 yang cantik tu, sama ke dgn sungai2 kat syurgaNya nnt? lautan luas tu, ada apa dalam dia? kalau nampak burung2 terbang, best ke dapat terbang? sapa yg kawal supaya diorg semua x berlanggar sesama sendiri? kalau diorg terbang ramai2, mcm mana diorg lantik ketua rombongan? dan lain2 yang berkaitan ..


Ennerdale, Cumbria ..


2) masa lapang .. 


Pernah dengar tak, "Masa lapang itu membunuh?" .. yet, so true saya rasa.. lagi2 time cuti sekolah .. ye lah, bila x skolah, duk umah je .. probability untuk masa itu digunakan ke arah perkara2 x berfaedah sgt lah besar .. tidur yang berlebihan, movie2 yg x berkesudahan, penggunaan internet yang tiada had, dan seterusnya .. maka, sbg seorang yang sy yakin sangat faham bahawa masa itu bukan setakat emas yg sgt berharga, tetapi masa itu juga ibarat pedang .. kalau kita x potong dia, dia akan potong kita ..
dalam Al-Quran pn ada mention ;

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (94 : 7)

Oh, sgt kena ayat ni dgn sy yg nak kena siapkan kerja sekolah masa cuti .. (maaf, emosi sy terganggu sbb belum pernah ada homework masa cuti, haha) .. andd andd, kalau dah siap something, kena terus start buat something yg lain .. yang berfaedah laa kan .. jgn la pulak, " okayy, coursework dah siap .. movie marathon jom !" .. =_=

ok .. cukup lah sy membebel .. cakap banyak tapi x buat, xde maknanya .. huhu ..

May Allah bless us all inshaAllah .. 
=)

p/s : oh, jangan lupa utk ambil tahu tentang saudara2 seakidah kita di Middle East sana .. check this out people ! menarik ! =)


Semoga bermanfaat .. Salam Jumaat ! 

=)

Thursday, December 8, 2011

Apa khabar?

Masa sy tgh tulis post ni,
masa sy dok usha fesbuk tadi,
masa sy g kelas, g workshop,
masa sy makan, minum, borak2,
masa sy siapkan coursework,
masa sy kejar bas tadi......

sy x pasti kalau2 sy ada terfikir,

apa lah yg saudara2 seakidah sy yg lain tgh buat ye?
makan ke x mereka hari ni,..
lena ke x tidur mereka ..
mungkin ada yg sedang terlantar kesakitan, kebuluran ..
mungkin ada yg baru sahaja kehilangan ahli keluarga ..

apa lah yg pembawa2 ajaran taghut sdg buat ye?
merangka serangan demi serangan ke atas umat islam, secara fizikal dan mental?
bergembira dan berbangga dgn kejayaan demi kejayaan yg mereka miliki?
mentertawakan manusia yg tunduk dan patuh kepada mereka?

selalunya kita lupa ..
duk pening nak makan apa jap lagi..
duk fikir nak ke mana cuti nanti..
duk stress baju2 lama x bertukar ganti ..
duk fikir movie mana yg belum tgk lg..

adoi, sakitnya kena 'tembak' bertubi-tubi !

Salam Jumaat ..

Tuesday, December 6, 2011

Gaza dan Kita .

Salam wbt ..

Nak share sikit apa sy dpt masa pergi 'Gaza Through Our Eyes', a sharing of journeys to Gaza, di Manchester smalam ...
Speakers adalah Syeikh Majdi Aqil n Dr Zin Iskandar ..

Basically mula2 tu diterangkan kenapa umat islam perlu berbicara soal Palestin, dan mcm mana keadaan di Palestin sekarang ..


Sebab itu adalah kiblat pertama kita, ada masjid Al-Aqsa, masjid ketiga bagi kita, ada kubur datuk Nabi kita,   dan banyak lagi kisah Nabi2 berlaku di Palestin .. Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Ishak.. (Apa yg berlaku? jom sama2 cari nak? heheh, homework2)
Palestin adalah kawasan terbersih, kerana semua botol2 plastik, kertas2 akan diguna semula oleh penduduk Palestin..
Palestin juga adalah tempat yg berbeza dgn negara lain, sbb kalau kat tempat lain, org akan lari bila ada bunyi bom, tp penduduk Palestin akan berlari ke arah bunyi bom tersebut, untuk menyelamatkan saudara2 mereka..
Ditunjukkan juga gambar sebuah terowong bagi menghubungkan Gaza dan Mesir, rumah2 yg dibina dari beg2 berisi pasir, dan kesan2 ledakan bom2 yg setiap satunya seberat 1 tan ..



Kemudian, sesi forum pn bermula. (saya hanya akan memberi ringkasan jawapan shj .. =)

1) What does this forum means to you? (Syeikh Majdi)
Mula2 Syeikh terangkan secara brief rentetan peristiwa yg berlaku di Palestin. Then he express his gratitude because Palestinians issues are not just for Palestinians, but it's a worldwide issue..it's for muslims and non-muslims to discuss about the issue .. he felt that Muslims are 1 Ummah !

2) Apa objektif Aqsa Syarif dalam misi-misinya ke Gaza? (Dr Zin)
2 main objectives to mention here .. 1st is to oppress the Israelis.. just to show them that the Palestinians have a huge support from all around the world.. 2nd is to show the world the true picture of Palestine ..

3) Kata-kata yang akan menaikkan semangat mereka di luar sana untuk berjuang demi Palestin.
Syeikh bercerita bahawa lepas Perang Dunia Pertama dulu, Palestin sangat aman, walaupun ada org2 islam, kristian dan yahudi .. tapi skrg, semuanya berubah .. ada beberapa peristiwa yg akhirnya membawa kepada apa yg berlaku sekarang ni .. dan beberapa orang yahudi dan israel sendiri telah menzahirkan penentangan mereka terhadap Zionis, contohnya, Albert Einstein yg ditawarkan menjadi presiden, tetapi menolak kerana yakin bahawa apa yg berlaku sekarang di Palestin, tidak seharusnya berlaku.. bole baca kat sini ...

4) Apa usaha2 NGO seperti Aqsa Syarif dalam membantu penduduk Gaza?
Selain daripada apa yg disebutkan dalam soalan kedua, objektif Aqsa Syarif juga adalah untuk kita yg berada di luar Palestin ni, belajar dari mereka.. bagaimana mereka bangkit lepas diganyang oleh Israel pada 2008-2009 .. usaha dan semangat mereka yg x pernah putus walaupun dilanda kemelaratan dan kemiskinan ..
Then ada org tanya, "Is it going to Gaza that matters, or is it something else?"
Jawapan Dr Zin .. agak la kan, kenapa nak g Gaza? bahaya kot .. dan saya pernah diberitahu, wallahualam la betul ke x, tapi ada org2 dari Palestin berkata, mereka x mengharapkan sangat pn untuk kita dtg ke sana dan menggadaikan nyawa kita, kerana mereka yg berada di sana sudah mencukupi insyaAllah .. dalam erti kata lain, not now la kot ,, tapi mereka mengharapkan kita untuk bersedia dari segala segi .. mantapkan akidah dan iman kita, sebarkan islam semampu kita, dan ambil tahu sebanyak-banyaknya tentang isu ni .. supaya, bila bantuan kita benar-benar diperlukan di sana nanti, ramai yang akan tampil tanpa banyak bicara dan dalam keadaan yg sangat bersedia! insyaAllah ...



5) Youth's Tarbiyah (pendidikan) in Gaza.
Since 1978, the tarbiyah for youths in Gaza starts from Masjid, because Israelis are controlling the schools. 1st University in Gaza was pioneered by Syeikh Ahmad Yassin. This university is the best place for the youths to get education, but it's not the only place, since uni starts at the age of 18. That's why nurseries were also built in Gaza. Fund? Some countries from UAE gave donation for these projects. They also had a Sports Club. This will attract the non-praying people. By showing good attitude, good akhlak, high respect and obedience towards the 5 prayers, many hearts were touched and many non-praying people started to change. 1st graduate from the university will become either imaam or khatib in masajid. During summer, schools were transformed into madrasah tahfiz, and the achievement is that 20,000 tahfiz were produced every year ! mashaAllah ..

6) What can we do as ordinary people?
We must work together. Nationally and internationally. The Arabs, they might seem not helping, politically, but the people do help a lot, Syeikh Majdi said.

7) Short advice from Syeikh Majdi to us Malaysians.
-try to be the spokesman and spokeswoman for the Palestinians.
-increase our knowledge regarding this issue.
-make a lot of du'a.
-give financial support.
-boycott Israelis products.
-do believe that Islam will win 1 day, insyaAllah ..

8) Why Aqsa Syarif?
because they have done tangible project, thus we can be sure that what we gave to Aqsa Syarif will go straight to the Palestinians ..





Sedikit rentetan peristiwa di Palestin.
1990's - Oppression by the Israelis --> 1987 - 1st Intifadhah --> 2000 - 2nd Intifadhah --> 2002 - The Wall --> April 2002 --> Pembunuhan di Jenin --> 2003 - kisah Rachel Corrie --> 2004 - Syeikh Ahmad Yassin dibunuh --> 2006 - siege/blockade --> 2008-2009 - Gaza diganyang --> 2010 - Mavi Marmara attacked

Wallahualam ..
Tu je kot yang sy mampu share ..
Bak kata 2 org tokoh di atas, yes, it is not going to Gaza that matters .. but how do we prepare ourselves to go there. Pada sy, Allah akan pilih orang yg selayaknya untuk melaksanakan misi yg mulia ni. Jom sama2 berusaha meningkatkan iman dan amal, dan sama2 berusaha memperjuangkan islam, sehingga kita menang atau syahid kerananya, inshaAllah .

=)