Friday, December 24, 2010

PMS !!


Bismillah ..


Hari ni akn gerak ke Sheffield .. Jamia Al-Huda ..
Akan berPMS .. PMS ?? ye lah ..
Perhimpunan Musim Sejuk ...
Agak mencabar perjalanannya, sbb snow tebal kt sana ..
semuga dipermudahkan ..
betulkan niat, ikhlaskan hati ...
may Allah lead us all the way !!

=)


Tuesday, December 21, 2010

Siapa Saya


Bismillah ..

Heheh, x pasal2 publish blog .. ntah makhluk dari mane ntah .. ;p

X kisah la tuh .. yg penting sy di sini utk share apa yg sy rasa kat sape2 yg sudi baca ..
Mungkin akan tulis sendiri, tp rasenye banyak akn diambil dan dicedok dari sumber2 lain ..
Redha jek la ek .. =)

Cakap pasal asal usul nh .. tau tak dari mane kite semua dtg ??

Sedikit petikan dari sebuah hadis Nabi : "Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh ........................
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim "

Firman Allah SWT pula : " Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. (12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.(14) (Al-Mukminuun : 12-14)


Subhanallah !! Sungguh Allah Maha Bijaksana .. sampai skarang pun, xde kuasa lain yg mampu menandingi kuasa Allah SWT .. mampukah anda ??
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta



~NiaT~


Bismillah ...

'Usolli Fardhal ...... Lillahi Ta'ala' ...
mudahnya kata2 kerana Allah tu dilafazkan ..
tp betol2 ke masuk ke hati ??
bila amalan dan ibadah rase x ckup tanpa niat yg dilafazkan tu ..
tp itu ke tujuannya lafaz tu disebut ??sekadar menempurnakan rukun ibadah ??

Niat letaknya dalam hati ...
sabda Nabi : "...........Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. "

Maknanya, hati lah penentu elok atau tidaknya perbuatan seharian kite ek ?? maknanya nk kena letak perkara yg elok2 lah dlm hati kita neh ... baru la niat kita dlm buat sesuatu tu jadik betul .. mcm tu ke ??

Jadiknya, pada pandangan sy, dalam hati tu nak kena penuh dgn rase cinta pada Allah la kot ?? baru la mcm dipermudahkan utk buat sesuatu kerana Allah .. bkn kerana riya', bkn kerana mengharapkan sanjungan manusia, bkn kerana sesiapa, tp kerana Dia .. insyaAllah ...

Seseorang akan diuji dgn apa yg dia sampaikan .. oh diri, jaga lah hati .. =)


Wallahualam ...



Monday, December 20, 2010

~Permulaan~

Bismillah ..
Assalamualaikum ..

Blog .. dah lama nk ade blog .. dah byk kali jugak buat sebenarnye .. tp x penah bersungguh-sungguh .. busy sgt ke ?? xde lah .. just not a good blogger ..

Anyway, sy sedar, blogging adlah antare medium terbaik dan sgt relevan utk menyampaikan sesuatu kat semua org .. so sapa2 yg sudi membaca, bare with me, bertahan dgn ayat2 sy yg pelik dan berterabur, dan sila lah beri komen2 membina ye ?

Jazakumullah Khair .. (",)